Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Hari ke-3 : Kenangan terindah kita semua.... Bukan Sekadar Blogger | We Unite Together

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Ok, sambungan lagi untuk ceritera family day Kelab Blogger ben Ashaari. Memandangkan Family Day kami selama 3hari 2malam di Sebuah Resort di Hulu Langat yang Hangat kebabommm so nina asingkan cerita kepada 3part. 
Bukan apa, nanti panjang berjela-jela letih lak uolls baca. Boleh bikin novel lak gamaknya. Kannn……~ 
Ini juga antara kenangan yang tak ternilai untuk Nina sekeluarga. So Nina ambik kesempatan ini coretkan tiap bait-bait angin lalu andai satu masa nanti tersepak batu kot-kot lupa lak kannn…… Hahhaa….

Hari ke-3 acara bermula dengan sarapan… makan aje kejenya kannn…!!
Nasi lemak kosong. 0-0 (tak sedap... makan jer, kalau tak nanti lapar) huhuuu . . . .
Lepas sarapan, acara Zumba. 
Memang havoc zumba nie… Di ketuai oleh blogger Razzwey yang terlajak comel. Tengok dia sapa sangka dia mampu lead Zumba. Hebat!

Tengok tuu .... Eilhan pun sama joint zumba!
Semua sporting…. Salah step pun belasah aje. Janji langkah ke depan, ke tepi dan ke belakang. Goyang-goyang bontot pinggul sikit kira passed dah tuu…. Ada video nak tengok? Tak payah laaaa ya.. nanti buat uolls gelak guling-guling ala hindustan pastu sampai krem otot perut. Kesiannnn~
Nak tengok sila youtube. Pepandai laa cari ehh... Ahaks! Hahaa . . .

Kemudian acara diteruskan dengan Photoshoot bersama T-Shirt tajaan Azzura Travel. Terima kasih banyak yaa…. Cantik baju ni. Saya suka, saya suka…!! 

Yang dok bawah kiri pakai spek comel terlajak gebus tuu laa Razzwey. 
Pastu acara terakhir Jungle Tracking.
Menurut petugas kami akan dibawa ke kawasan air terjun milik Resort tersebut. Perjalanan sekitar 30minit pegi dan 30 minit balik berjalan kaki. Bukan naik moto ya…
Menurut petugas, ini peringkat yang mudah so tak de laaa penat sangat sebab jalannya landai. Dan kawasan air terjunnya pun idok lerr mencabar sangat. Ok ok ajer…. Boleh bawak anak-anak follow kalau mahu. Anak sulung Nina – Eillya ikut sama. Seronok dia … (Dia lah tukang snap picture ganti abahnya.. hehee)
Puas juga kami bermandi-manda kat air terjun sana. Dan seperti biasa dok snap sana, snap sini untuk kenangan bersama..



Cer tengok atas tuu.... Dasat punya posing! hehe. . . .

Sekitar 12pm kami check out. Dan sebelum balik kami makan tengahhari dulu dan serahkan kunci pada urussetia. Sedih lak dah nak balik .......uhuk uhuk uhukkkk~




Jutaan terima kasih berbillion-billion >>>> lebih 2.6billion tau buat penaja rasmi COSMODERM yang menaja Family Day kami.

Foto dan video rasmi oleh KAIO STUDIO

# Azzuha Traver Tours
#Buku PTS
#KaryaSeni
#TeamUmmieOffical

Banyak lagi foto-foto awesome oleh Kaio Studio sepanjang Family Day ini. Semuanya uolls boleh jenguk kat IG  Kelab Blogger Ben Ashaari
Pi follow  sana  #KelabBloggerBenAshaari dan uolls dan boleh dapatkan update terkini aktiviti kami.
Selain tuu, uolls boleh jer singgah intai kat Facebook Nina, ada album Family Day kat sana.  >>>>> Sini Sini Sini .... Click Sini yaa..   
Atau follow instagram Nina @Nina.MirzaBanyak candid dan moment indah  yang tak dapat dijual beli. 

Alhamdulillah tamat sudah Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari. Segala kenangan manis akan terpahat dalam kenangan terindah buat Nina sekeluarga. The best ever Family Day yang pernah Nina joint.
Havoc, sporting, enjoy, hapenning semuanya… Tiada jurang antara kami.
Inilah family ke-dua Nina


Ya, kami Bukan Sekadar Blogger dan di sini We United  Together


Love you all~



Labels: , , , , ,