Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Aktiviti hari ke-2 - Lebih Havoc, Hapenning lagi Peninggg...!!

As'salamualaikum kengkawan.....

Hari nie Nina nak sambung ceritera semalam. Aktiviti untuk hari ke-2 Blogger Day “Family Day” Kelab Blogger Ben Ashaari lebih  santai tapi havoc!
Antara acaranya adalah poco-poco, fliying fox, sukan rakyat, dan majlis makan malam penutup.
Apa agaknya aktiviti yang mana uolls nak dengar baca dulu?????  Hhurmm….. 

Nak kasitau, entry ni panjang berjela, sila lah gigih membaca dengan jayanya. Nasib baik tau Nina asingkan part by part....

Acara pertama dimulakan dengan sarapan pagi. Makan bersama-sama dan tengok sapa habis dulu, sapa paling banyak, sapa diet  dan sapa selfie paling cun! Amboi~ hehee
Biasalah . . .  Blogger dan selfie sememangnya tidak dapat dipisahkan. Agak-agak jemu tuuu, sila lah buat-buat tak nampak yaa~ ehhehe


Actually, sebelum sarapan adalah poco-poco namun entah kenapa poco-poco nampaknya dah jadi poyo-poyo! Nama baru ker?? Ehh .. Hahaha. . . .
Yalah, “tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu tak juga kunjung tiba. Engkau bukan tak tahu Jebat, ini sudah hampir tujuhh kali! Cut…!!!”
Eh ehhh . . . Tetiba lak dialog P.Ramlee. dah mulalah tuu Nina nie kannn?
Dan kemudian acara yang ditunggu pun bermula selepas sarapan. Boleh ker nak poco-poco bersama perut yang kepadatan? Belasah ajer laaa . . .
Memula instructor ajar step by step tanpa music. 
Dua step ke kiri, pastu ke kanan, ke depan dan kebelakang pusing dan ulang....

Ok .. senang. Kacanggg jer ni...berlagak terror konon. 
Lepas  dia on aje music, mostly kesemua blogger & family dapat ikut step ayng di ajar tadi. Kemeriahan semakin seronok dan lelama  kemudian ehh …. Awat semua berterabur stepnya ni? Hahaa . . .
***Tadi cakap besar konon senang***



Selepas itu, kami ‘terpaksa’ follow step “Chicken Dance’…!!
Alamak…. Yang ini selalu anak ajer dok terkinja-kinja gediks depan kita kat rumah. Dan hari nie, kita lak turut sama menggediks ala ayam terlajak tembam tembun. Hahah . . . .
Seronok yang amat bila kesemua kami sporting menari sama dan paling havoc bila rentak lagu semakin rancak. Berterabur step mak bapak ayam! Haha . . .

Okey, ini lah acara yang paling Nina tunggu-tunggu. Flying with wings. Ehh… bukan bukan. Itu nama lagu. = Flying Fox. 
Sila fahamkan diri sendiri, Flying Fox ini bukan kami terbangkan serigala (fox) atau aksi serigala terbang ya..
Lenguhnya mendaki bukit yang nun menggunung tinggi ni. (actually orang lain mendaki steady jer kot, ) Nina ?? Lama tak mengeluarkan peloh jantan so memang kecungapan terjadi disana..Belum naik flying foz dah rasa kepala lutut tertinggal masa menari ‘Chicken Dande” sebelumnya. 
Namun gigih ku daki demi sebuah kenangan.. Ehh… macam lirik lagu kannn?? 
Dah puas terbang mengerbang bagai, rehat dan makan tengahhari dan berehat. Kot yang penat tuu sure terlelap melepaskan lelah. 

Yeehaaa...!! Seronoknya..
Belah petang, acara sukan rakyat. Amenda laaa agaknya permainan sukan rakyat ni ...
Rupanya acara pertama dimulai dengan kasut terompah giant. Seramai 4 peserta lelaki dan perempuan harus menggerakkan papan terompah dan berjalan serentak sampai hujung pastu U-Turn.
Group biru terjatuh tergolek sampai terseliuh kaki Nani mama kembar tiga. Kesiann dia, moga cepat sembuh ya…Lepas sorang dah cedera, diganti ngan Kak Long kawasan. 
Akhirnya kami menang...!! Yeahhh .. . . .  menang drama jerrr~~ huhuhuuu . . . .

Selepas itu, acara kepit bola.  kat ketiak, bukan senang hokey! Bola asyik nak terjatuh aje. Kumpulan biru menang lagi .... Yeahh..!! Menang sorak juga.. hehe

Kemudian  acara pancing tin. Petugas bagi masa selama 3minit dan lihat sapa dapat pancing tin paling banyak. Masa ni Kumpulan merah jahat! Curi tin dari kumpulan purple. Dan keputusannya ... Yeahh..>!! Biru menang... Yes kali ni memang Biru menang! Dapat kumpulkan sebanyak 12 tin keseluruhannya. 

Acara bowling kelapa memang susah. Lain dibaling lain lak peginya kelapa tuu...
Kumpulan merah memang power! Mereka menang. 


Jangan tak tahu, sukan rakyat ini juga ada bahagian sukan air. Hah! Lenjun laaa pasni. 
Nasib baik acara sukan air untuk kaum lelaki sahaja. Selamat~ 
Untuk sukan air - isi air sampai naik bola pingpong ada juga kaum hawa yang joint. hebat mereka - group purple! 
Selain tuu, acara wrestling atas titi dan tarik tali dalam air. 
Bahagian paling seronok ditonton adalah acara westling titi. Bukan mudah nak jatuhkan lawan dengan hanya bertahan dok atas titi. Yang berbadan sado boleh lah stay lama, yang comel kurang sado kurus tuu sedialah menjatuhkan aje  diri sendiri sebelum ditolak pihak lawan. Hehehe . . . .

Inilah keputusan keseluruhan Sukan Rakyat
Nina team biru .... redha ajer laaa~ yang penting happy!
1st – Team Purple
2nd – Team Merah
3rd – Team Hijau
4th – Team Biru



Selesai acara pagi dan belah malamnya ada acara BBQ , karaoke , lucky draw, sambutan birthday baby September... dan persembahan orang api. Best!
Sebelum ni Nina ada cerita tentang karaoke malam pertama, keputusan juara karaoke diumumkan pada malam ke-dua . Suka buat suspen kann depa ni..... 
Seperti ceritera Nina, suara Abe memang memukau dan sememangnya Ace (Que Achmad) adalah pemenangnya! Tahniah Abe, Ayu dan Razi. Tidak lupa juga buat yang bertuah lucky draw. 

Pertandingan Karaoke:
1st – Abg Que Ahcmad
2nd – Ayu Jean
3rd – Razi


Nina dapat hadiah Lucky Draw... Yeah yeahh~ Selalunya nama Nina tak lucky pun..
Alhamdulillah... Terima kasih buat sponsor kak Qaseh. Cantik kain ela pemberian beliau. Raya tahun depan Nina dah ada kain.....  Sudilah follow IG beliau QasehSu . . . .



Persembahan api memang suspend.  Baby Eilhan takut rupanya.... So Nina bawak dia jalan-jalan tempat lain. Risau lak nanti malam ngigau...hehee
Alhamdulillah, tak de lak racaunya, Tido lena dibuai mimpi indah.... Dok tersenyum-senyum tak sudah.  
Buat yang tak biasa nonton, ngeri gak laaa..... 
Sila dok tengok dari jauh ya dan awasi anak-anak anda! Cehh ...... dah macam nasihat orang-orang tua lak gamaknya...


Selesai sudah malam ke-dua kami.
Alhamdulillah aktiviti yang sungguh bermakna buat kami semua. Semangat kesukanan, semangat bersatu padu sesama kami mengukuhkan silatularahim antara kami, 
Jelas terpampang di wajah kami penuh keceriaan, kegembiraan, keseronokkan yang tiada gantinya. 

Banyak lagi foto-foto awesome oleh KAIO STUDIO   selaku jurufoto dan video kami sepanjang Family Day ini. Semuanya uolls boleh jenguk kat IG  Kelab Blogger Ben Ashaari
Pi follow  sana  #KelabBloggerBenAshaari dan uolls dan boleh dapatkan update terkini aktiviti kami.

Selain tuu, uolls boleh jer singgah intai kat Facebook Nina, ada album Family Day kat sana. >>>>> Sini Sini Sini .... Click Sini yaa..  
Atau follow instagram Nina @Nina.MirzaBanyak candid dan moment indah  yang tak dapat dijual beli. 

Next Nina akan ceritakan aktiviti hari terakhir kami disana, Walaupun tempat penginapan ini tak seberapa namun kegembiraan yang kami lalui  bersama  telah menutupi segala cacat-cela resort ini....

We are the best!





Labels: , , , , ,