Yang ringkas lagi simple - Mee Goreng Hailam

As'salamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar kengkawan?
Moga sihat walafiat hendaknya. 
Kadang-kadang dah bosan makan nasi meh kita tukar menu Mee lak. ..

Mee antara menu ringkas yang kerap Nina masak. Senang lagi cepat... Makan pun senang.  Kemas lagi senang, kuali besar aje yang nak kena basuh! Tak de periuk bertingkek-tingkek..
Pemalas jugak Nina ni rupanya kannn?? Hahaa....

Orang dok puji Nina rajin, terus terang kadang Nina pun malas gak.. Nina biasa-biasa aje orangnya. Hehe...
Jangan puji sangat naaa, nanti kembang bontot koyak lak seluar. Kesian lak mygang nak kena belikan seluar baru. 
Nak nak ...!! **seluar baru** Ha-ha..

Jom tengok resepi simple Nina. (Ada ke resepi susah dalam blog Nina nie??
Jangan verangan mimpi di siang hari ya Cik Kiah. Tak akan ada sebab Nina suka yang ringkas aje. Itu konsep Nina :)

Cer tengok sikit kat gambar ni.... Nampak tak, datang kemalasan nya sampai kan cili pun Nina guna ready made.  Jimat masa. 
Tak payah nak potong-potong cili kering, tapis bijik nya, cuci tos rebus cuci lagi pastu blend. Masak cili sampai garing sampai pecah minyak. Api sederhana nak kena jaga. Hangus tak sedap! Banyak kan proses tu...
Datang mood rajin memang Nina akan buat sendiri dan masak sekuali besar terus. Macam nak buat kenduri gamaknya. Kengkonon tengah prepare catering. ***berangan tak sudah***

Ni nak story, Nina suka cili kisar jenama puteri. Sedap...!! Tak caya try laaaa

Tunggu punya tunggu punya tungguuu, bulan tak timbul-timbul. Akhirnya guna lampu minyak tanah.
Itu pasal laaaa gambar gelap. Huhuu~

Mee Goreng Hailam
Bahan-bahan
1 packet mee (cuci dan toskan)
1 biji bawang merah besar - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus

2 sudi besar cili kisar
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam - dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi - dipotong anggaran 4 cm
Carrot - Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee ...

Bahan hiasan;
Bawang goreng

Cara penyediannya
1-  Panaskan kuali dan minyak
2-  Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
3-  Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan. Kemudian masukkan cili kisar masak hingga garing naik minyak.
4-  Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-  Masukkan mee. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi.
6-  Sedia dihidangkan


Selamat mencuba !!

Labels: ,