Congo Bars... Senang aje buat rupanya..

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Congo bar antara kudap-kudapan yang pernah hot satu ketika dulu. Ramai dah dok cuba cuma  Nina aje yang lambat. Tak pe.laaa lambat dari tak mencuba langsung kannn~

Sebenarnya dah beberapa bulan Nina dah buat tapi entah macammana tak perasan belum share resepi nya. Aje kekurangan DHA gamaknya Nina ni.... Sel otak tak berhubung kot. Hurmm.... Yg penting sentiasa berhubung ngan hubby. Ke situ plak~ hahaa...

Jom nengok resepi sebelum Nina melalut ceritera bukan-bukan.. Nanti habis semua dicelotehkan...  Resepi ni Nina rujuk dari blog Kak Rima. Terima kasih Kak... Nina panjangkan disini pula ya..


Ok, Congo Bars senang aje buatnya. Nak makan lagi senang..!! Sekejapan licin..
Rasa dia sedap, chewy gitu.
Buat penggemar coklat dan kekacang gerenti suka! Kalau letak lagi nak banyak kacang lagi sedap.. Nina ada tambah parutan coklat bar, empingan jagung kat dalamnya. .. Lebih wallaaa~

Ni gambar step by step... Kot senang uolls nak bayangkan cara penyediannya..

CONGO BARS
Bahan-bahan
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Empingan jagung -Nina tambah
Parutan coklat bar -Nina tambah

Cara penyediannya

1.  Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2.  Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila.
4.  Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips, kekacang emping jagung, parutan coklat bar dan gaul sempurna. (Pakai senduk/spatula  aje)
5.  Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
6.  Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
7.  Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
8.  Dah sejuk, boleh potong-potong dan sedia dihidangkan....

Sesuai buat minum petang, kudap-kudapan dan juga buat door gift.

Kot malas nak buat, nak order kat Nina pun boleh juga.
Whatsapp Nina 0193406454 untuk tempahan.





Labels: , , ,