Cucur Crab Meat buat minum petang anak-anak. Simple dan senang...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


Buntu kot nak sediakan juadah buat minum petang anak-anak. Selalu tak tau nak bagi makan apa petang cenggini. Nak pulak laa ni time hujan, pasti lapar. Kita yang mak budak pun terasa Sedapnya makan time hujan.... Mode verangan sambil minum kopi panas! Hahaa... Berangan tak sudah nanti apa pun tak siap! Huhuu... Usah dilayan.
kan, kann kannnn....


Meh sini Nina share kan menu yang cepat dan mudah. Anak-anak pasti sukakannya...
Kadang-kadang kan, menu yang mudah gini lebih mendapat bintang-bintang berkerdipan dihati daripada hidangan yang susah lagi remeh disediakan pastu sapa pun macam segan nak makan. Sedey kann....

So, play safe daripada penat dan sengal nak prepare, kita sediakan aje yang mudah dan cepat. Janji ada sesuatu juadah untuk anak-anak makan sat lagi..
Tok sah fikir banyak, buat stress ajer nanti. Relax~

Cucur Crab Meat
Bahan-bahan
Crab meat secukupnya - dipotong-potong. Anggaran 1inch
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
1 biji bawang besar - hiris halus
Secubit soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya

1-.  Satukan kesemua bahan. Kacau rata
2-.  Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng
3-.  Basahkan jari, jemput-jemputkan dan goreng
4-.  Toskan dan sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.

Selamat mencuba!


Labels: , , ,