Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bagaimana uolls menjaga kulit muka?
Wajah kita adalah tanggapan pertama apabila kita bertemu dengan sesiapa jua. Senang citer ia adalah imej kita. Kulit wajah yang bersih, tanpa cela, flawless, terlajak gebus antara ciri-ciri idaman semua orang. Tak kira wanita mahupun lelaki. 

Tapi macammana nak dapatkan yang cantik gitu? 
Bermacam jenis kaedah rawatan dan penjagaan wajah boleh dilakukan. Hanya terpulang pada setiap individu untuk memilih cara masing-masing. Ada yang suka buat rawatan sendiri di rumah dan ada juga yang suka buat di spa. Bestkan dibelai-belai~ hehe . . .


Macammana Nina jaga muka?
Errkkkk~ Malu nak jawab sebab Nina bukannya kategori terlajak cantik gitu. Cuma kulit muka Nina sejak dulu tiada masalah dan Alhamdulillah masih kekal bersih tanpa cela. Kengkonon malu nak ngaku flawless. Bluekkkk~ 
Ok, biasanya Nina buat yang basic kat rumah. Simple jer - Sekadar cuci muka, pelembap dan sekali sekala Nina akan scrub muka dan badan Nina. Mask? Hurrmm.... dah lama sangat tak buat. Macamlah buzy sangat kannn.... (housewife pun buzy hokey!) 


Baru-baru ini,  MBH Medispa menjemput Nina ke Spa mereka untuk review. Vavavaa~
Peluang keemasan ni..!! Giler tak nak kannn...?? Tak femes macam Nina dapat jemputan pun dah seronok giler! Yeah yeahhh~~ Melompat girang bukannya orang nampak kann... hehee....

Lagipun dah berkurun lama Nina tak cuci muka di Spa.   Memandangkan MBH Medispa mempunyai serata cawangan diseluruh negara, Nina pilih yang paling dekat ngan kawasan rumah Nina di Wangsa Maju.  (Belakang Imigresen Malaysia, Seri Rampai). 


Sejurus melangkah masuk ke MBH Medispa Wangsa Maju, teruja Nina lihat dekorasi dalaman yang amat simple, moden, relax dan bersih! Lagi best Nina disambut mesra oleh  2 orang beauticians yang friendly. Cik Zida dan Cik Yaya. Yup, Nina selesa dan amat menenangkan berada di sini... 
***Mau tak tenang, sambil duduk santai-santai Nina dihidangkan Hot Green Tea**** luv it!


Selepas sesi perkenalan, Nina dibawa untuk menganalisa  kulit wajah Nina secara mendalam. Hah...!! Dengan mesin analisa ini, segala mak nenek yang ada kat muka kita boleh nampak! Jangankan jerawat batu,  lapisan paling dalam yang bakal muncul pun depa nampak. Dari sini lah kita akan tahu jenis kulit kita, permasalahan yang ada, dan juga jenis rawatan yang bakal kita buat nanti.   

Masa check tu kan, walaupun secara live muka Nina nampak macam tiada apa-apa masalah kengkonon flawless tapikan dengan mesin canggih ni dah nampak kewujudan tanda awal pigmentasi kat muka Nina.  Oh tidak...!! Harus lebih jaga-jaga ni. Huhuuu . . .
Tu laaa, suka verangan perasan gebus over~ Hahaha.... Gelakkan diri sendiri


Setelah diberi penerangan, akhirnya Nina memilih rawatan Luminous Skin Treatment. Melalui rawatan ini, kulit akan dirawat agar tampak lebih segar, lebih glowing dan bermaya. Memang sesuai untuk mereka dengan kulit kusam, kulit kering dan tidak punya banyak masalah jerawat. Ya, macam Nina. Ulang - kulit kusam sebenarnya ya.... hahahaa.... Gelakkan diri sendiri lagi..

Ok, dengan rawatan  Luminous Skin Treatment ni, wajah kita akan dibersihkan secara deep cleansing,  dan whitehead serta blackhead akan disedut keluar dari kulit. Nina suka sangat  masa proses vakum  dilakukan, memang terasa keluar semua whitehead yang ada kat wajah Nina. "Dah dahh.... nyah kau dari kulit kusam ku" hahaaa...
Paling best lagi masa pakai mask. Wajah terasa tegang lagi segar lepas mask ditanggalkan. Seolah kulit wajah ni baru bernafas setelah berkurun keladak dok  terbenam tertimbus kat wajah Nina selama ni.  hehe...


Nak story kat sini, Nina amat berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh beautician MBH Medispa Wangsa Maju Branch. Terima kasih banyak ya.... Mereka amat peramah, sopan santun dan lagi amat lembut mengalun tiap pergerakkan ke wajah Nina hinggakan terlena dibuai mimpi indah Nina semasa rawatan dijalankan. Dah habis rawatan pun macam nak sambung mimpi. Ngada kannn...!! Hahhaa.... Mau tidak?? Hampir 3jam juga proses rawatan dijalankan. Banyak syoikkkk ooo~ Bonus therapy buat diri Nina. Terasa diri ini begitu berharga.. Chewah~
Good job girl...!! Kekalkan prestasi uolls~



Untuk info lanjut dan promosi terkini , bolehlah layari 

Web : www.mbhmedispa.com
Instagram :  @MBH_Medispa <<<< Click Sini 
Facebook :  MBH Medispa <<<< Click sini
Hotline : 011 3236 3754

Paling mudah follow aje instagram, MBH Medispa selalu update info dan promosi terkini disana. 
Disarankan untuk telefon dan buat temujanji sebelum datang kerana ini akan memudahkan proses rawatan supaya tidak bercanggah dengan pelanggan lain.  Kot ada yang berminat nak ke MBH Medispa Wangsa Maju branch, ini alamatnya

MBH Medispa
55-2 Jalan 45/26
Taman Seri Rampai Wangsa Maju
Tel : 03-4031 8802
Waktu Operasi : 11pagi - 8malam (Selasa - Ahad) Isnin tutup.

Akhir kata, jaga lah wajah anda. Sayangi diri anda...
Usah dibiar umur mencerminkan wajah begitu saja

Salam sayang,
Nina Mirza



Labels: , , , , ,