Dessert mudah minum petang - Bubur Jagung, Keledek & Sagu

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ni , Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana Selain strawberry. Macam-macam jenis lak tuu...
Ada madu, mutiara dan sedap juga dimakan begitu saja.

Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya beli. Cultures shocked konon! Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng belanja bayarkan
Hehehe...!!

Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baju kat rumah Nina bikin bubur. Biasanya  jagung Nina kombinasi bersama barli. Tapi kali ni Nina tambah keledek dan sagu. 

Mmmm.... Sedap juga kerjasama sagu dan keledek. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung. 
Ehh... sendiri buat, sendiri puji. Ahaks! 
Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni....


BUBUR JAGUNG KELEDEK & SAGU
Bahan-bahan
2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja)

4ketul keledek (size kecik) -dibuang kulit, potongan dadu
Secawan sagu -cuci bersih kemudian toskan
1 kotak kecil santan
500 ml air - kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi ...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara penyediaannya
1- Didihkan air dalam periuk. Masukkan keledek, rebus separa masak.
2- Bila dah separa empuk masukkan jagung,  sagu dan gula, masak seketika hingga jagung lembut

3-  Kemudian masukkan santan, tunggu hingga mendidih sambil kacau sentiasa.
4- Setelah mendidih, rasakan dengan garam secukup rasa (sikit jer - kang masin lak)

5-  Tutup api dan sedia dihidangkan

ppssttt >>>> nak dimakan samada sejuk mahupun panas pun sedappp!
ikut citarasa masing-masing :)





Labels: , ,