Jom sertai #YeosCharityChallenge dan menang RM1000 sempena Wajah Baru YEO's

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Sapa suka minum air YEO’s ??
Yeo’s - Nama yang tidak asing lagi buat kita semua sejak dari zaman kanak-kanak. Nina juga antara jutaan yang suka kan air keluaran Yeo’s. Paling Nina suka Teh Kundur, Laici dan Teh Ais Limau. Rangkaian lain - Krisantimun, Teh Hijau, Tebu dan Susu Soya juga punya standard rasa yang hebat juga. 
Seiring dengan kualiti rasa yang tetap sama, pihak Yeo’s telah transfomasi wajah baru produk mereka. Peralihan zaman membentuk kita semakin matang begitu juga Yeo’s Malaysia. 

Dari kiri : Tan Kai Hong, GM - 1st Vice President, Sales ; Lee Hon Seng, Senior Vice President Sales, Malaysia & Indonesia; Ong Chay Seng, Group Vice President , Yeo's Malaysia & Indonesia; Vincent Chui, 1st Vice President, Marketing

Semalam 26hb November 2015 bertempat di Aloft KL Sental, berkonsepkan design wajah baru yang lebih moden dan segar di tampilkan. Ianya berkonsepkan ‘Pelangi Hijau’ melambangkan Kebaikan Semulajadi, Segar dan Keharmonian. Masih mengekalkan kualiti rasa yang tetap sama dan mengekalkan nutrisi, khasiat dan rasa 'less sugar' seperti yang telah lama kita nikmati sebelum ini. 

Sempena nafas baru ini, pihak Yeo’s Malasyia melancarkan segmen ‘Cabaran Amal Yeo’s Ceria Ria Pelangi Hijau’ untuk mengumpulkan dana sehingga RM100,000 untuk enam buat rumah kebajikan terpilih di Malaysia. Bagus kann?? 
Sekali membeli kita sesama beramal. Mudahnya mendapat pahala. . . .


Ini contoh step tarian yang uolls boleh buat dan upload nanti. Amacam, ajak kengkawan buat bersama-sama

Jom sesama joint dengan menghasilkan video berdurasi 30saat (kejap jer, tak payah lelama sampai nak buat movie punnn) atau lagi mudah snap aje gambar kita bersama produk design wajah terbaru ini pastu upload jer kat fb ke IG dengan letakkan hashtag #yeoscharitychallenge. Mudah kan…??

Nak tau apa hadiahnya..?? Jeng jeng jenggg~
Setiap minggu peserta berpeluang memenangi RM1000 (Wow… banyak ni, nak joint, nak joint. Dan Nak Menang..!!.) dan ianya berlangsung selama 14 minggu! Cepat joint dan rebutkan peluang yang ada, mana tau rezeki menang nanti. .. Tuah manusia siapa yang tahu ye tak?


Design baru ni dah boleh beli di mana-mana kedai runcit, stesyen minyak, pasaraya dan hypermarket store. 
Boleh laaa usha-usha kot mana yang berkenan. Ada dalam bentuk kotak 250ml dan 1L. Dan ada juga bentuk botol ‘isian-sejuk’ dalam 350ml, 500ml dan 1.5L 
Nina suka beli botol yang besar terus, senang bawak dan sesuai untuk seisi keluarga…




Ppsstt >>>> yang mana joint contents kot menang nanti belanja Nina ehh…. Hehehe . . .
Atau doakan Nina menang nanti …!! Nnggeee~~

Maklumat lanjut, layari www.yeos.com.my





Labels: , , ,