Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


Sapa suka makan Nestum? Cer angkat tangan . . . . macamlah Nina nampak lak kannn .
Nina suka makan nestum. Rasanya yang lemak dan tidak terlalu berat selesa aje lalu kat tekak. Ia juga tidak muak. Sesuai buat sarapan pagi.

Selalunya Nina makan Nestum bersama air coklat panas. Nestum tuu lak tidak pekat. Ala-ala air bercereal gitu. Boleh laaa buat alas perut tatkala kelaparan tahap tertinggi atau sebagai appetizer sebelum makan berat. **Hamboi** banyak makan Nina nie…. Hehee

Dah jemu asyik buat Choc Moist Cake yang paling sedap, sesekali nak juga coba buat kek lain. Selak punya selak buku resepi ‘Hidangan Kek’ keluaran penerbitan Alaf 21, akhirnya Nina decide nak cuba Kek Nestum. 


Hurmm…. Sedap tau Kek Nestum ni. Terasa lemak manis Nestum, moist dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Nak pula Nina dok calit skit topping cream cheese ngan strawbery, laju ajer Geng belasah. 
Haipp…!! Ingat orang belakang sikit~ hihiii . . . . (sedap lah tuu)

Jom tengok resepi mudah Kek Nestum. Kali ni sukatan gram so kena lah pupuk kegigihan kerajinan menimbang ya.. Sebenarnya kan, Nina paling suka resepi yang guna sukatan cawan namun Nina kena terima hakikat bahawa sukatan timbang-timbang gram ni lebih tepat dan biasanya Kek lebih sedap! Contohnya Choc Moist Cake yang ramai dok buat dan puji akan kesedapannya… 
Berduyun-duyun dok repeat order. Sedap lah tuu kannn…. 

Terima kasih ya sudi order tanpa jemu ngan Nina .. :)

#ehh.... Nak resepi Choc Moist Cake yang sedap tuu? Buleh.... Click SINI SINI Sini...... 
Sudi lah try ya, nanti comment ehh~
Dah dahh..... Cepat salin resepi Kek Nestum yang berkhasiat ni lak...


KEK NESTUM
Bahan-bahan
250gm Butter
200gm Gula Kastor
230gm Tepung Kek – diayak (**)
1 Sudu Teh Serbuk Penaik – diayak (**L
70gm Nestum
50gm Air Susu
4 biji Telur Gred A
3 Sudu makan Golden Syrup

Cara membuat
1-. Griskan acuan berukuran 8x8inch. Laping dengan kertas serap minyak. Panaskan oven pada suhu 180c
2-. Satukan butter dan gula kastor lalu di pukul hingga kembang dan berkrim
3-. Masukkan telur sebiji demi sebijisambil dipukul hingga sebati
4-. Kemudian masukkan Nestum dan golden syrup lalu digaul rata. (Nina guna senduk aje)
5-. Akhir sekali masukkan bahan yang di ayak (**) sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air susu.
6-. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 1jam atau hingga kek masak.

Selamat mencuba!


Nak pesan sikit ni >>>> guna nestum untuk family pack kuning original tuu tau, Jangan lak pi guna nestum baby yang tak dak gigi tuu
Hehe.. . 
Faham kot naa~





Labels: , ,