Makan Malam di WARISAN AYAH 3Q STATION terbaik! Ehh .... Breakfast pun sedap kat sini.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Kat mana nak makan malam yang best  dan sedap di Selayang?
Hah...!! Hari ni Nina nak share satu tempat makan yang  menyediakan pelbagai menu yang akan membuatkan anda tetiba terlupa anda sedang diet.  #Ehh... sapa yang diet tuu?? Semestinya bukan Nina hehee

Warisan Ayah 3Q Station
Buat warga Selayang, Rawang, Batu Caves, Kepong, Sg.Buloh, Taman Ehsan (disini tempat jatuh lagi dikenang)  Oopsss...!! Taman Melati, Sentul dan seangkatan sewaktu dengannya 
Nina cadangkan anda cuba merasai dan nikmati pelbagai menu makan malam yang ada disini. 

Kenapa ehh..??
Disini  menyajikan  30jenis Roti!! Mak ooiii...... banyaknya!! Serius tak tipu.....
Mmmm....  Bermula dari roti canai biasa hingga lah ke roti canai luar biasa. Roti sandwich yang bukan biasa-biasa pun ada.  Semuanya special gitu. 
*** Sapa yang diet tak mau makan nasi??*** Meh sini pekena macam-macam roti adoo...

Antara yang 'hot seller' adalah Roti Hawaii, Roti Jepun dan Roti Salad
Roti mula berterbangan di tebar pada jam 8am - 12pm dan mula ditebar semula pada jam 5pm hingga lah cafe tutup 12am. *** Breakfast kat sini pun best ***


Roti Salad
Roti Salad
Sayur campuran di adun bersama mayonnaise - boleh tahan sedap!
Roti Hawaii
Ini Roti Hawaii
Dalamnya ada sausage, daging burger, telur, cheese. Sedap weyhh..!!
Nina suka ni...... recommended! Nyum nyummm


Roti jepun Warisan Ayah 3Q Station
Roti Jepun

Nampak macam roti telur kann...?? Jangan silap, dalam Roti Jepun ni ada cheese, telur  Planta dan susu pekat manis.  Kombinasi kesemua adunan menyelerakan. Rasa lemak manis, masin semua ada. Seimbang. Anak-anak suka, mamanya lagi lah suka! 
citarasa bebudak kot Nina ni..... hahahaa . . .


Apa lagi yang menarik kat sini?
Selain roti,  Nina recommend menu masakan panas ala-carte. Terbaik! Sedap menepati selera. Anda akan keciwa kalau tak mencubanya.... Serius Nina bilang ni... Rugi tak cuba!
Jom cuci mata . . . .  Menu Ala-Carte

Siakap Stim Halia
Siakap Stim Halia
Nina suka rasa ikan yang segar (tidak over cook) dan kuah stimnya yang sedap! Berkali-kali Nina dok hirup.. Slurppp slurppp~
Kerapu 3 rasa
Kerapu 3 Rasa terbaik! Lain dari lain rasa 3 rasanya.. Menepati selera Nina
Ikan digoreng garing tapi isi ikannya tetap moist. Teror  aaaa Chef mereka.


Kerapu Phak Phu Nenas
Kerapu Phak Phu Nenas
Ini recommended sangat...!! Satu menu baru yang 1st time cuba. Namanya pun tak pernah dengar.  Ikan yang digoreng garing tapi isi ikannya lembut didalam. Paling syok kuah sosnya yang unik. Tak tau camner nak bilang. Serius sedap!

Telur Bistik - Menu pilihan anak-anak. 


Kailan Ikan Masin - menu sayur pelengkap santapan


Kerabu Ikan Bilis. 
1st time Nina try dan tak sangka sedap sangat! Ikan bilis yang rangup bersama racikkan daun bunga kantan, cili padi amat menggamit selera.
Yang ini Nina bagi 5star! Serius sedap seyhh....!! 

TomYam Warisan Ayah 3Q Station
TomYam Campur  - isi banyak, kuah pekat. Tak pedas berapi boleh hirup-hirup...
Suka!!

Ayam Goreng Berempah Warisan Ayah 3Q Station
Ayam Goreng Berempah
Tak dapat makan ayam (bagi kat anak), makan rempah nya aje dah cukup sedap!
Ni kalau pekena sama Nasi Lemak lagi terangkat.. Pasni Nina nak try datang pagi sarapan sini lak~

Minuman
Air Kelapa Janda Pulang
Kombinasi air kelapa  bersama gula melaka dan isi kelapa yang segar memang laju jerr lalu kat tekak. ..  Tau-tau aje dan licin gelas. hihii....  
Ppssttt >>>> tak cukup segelas! Lain kali nak kena order Gelas Giant lak.. hahaa
Sila jangan mengada nak tanya "kenapa namanya air kelapa janda pulang?"
Bababb nanti..!!


Air Kelapa Janda Pulang

Ni lagi Nina nak story, harga di sini juga amat berpatutan dan berbaloi-baloi dengan hidangan yang disajikan. Kalau uolls nak tahu, Ikan - ikan yang dok posing seksi atas pinggan tadi  tuuu hanya berharga sekitar RM25-30 seekor mengikut size.  Sedap lak tuu...!!



Konsep dekorasi cafe yang santai dan ringkas sesuai untuk seisi keluarga. Gambar besar lukisan cat minyak di dinding cafe amat menarik perhatian Nina. Berapa lama agaknya masa pelukis ini menyiapkannya? Hebat! 




Memandangkan kawasan ini agak baru dan masih belum banyak premis lain dibuka, parking kat sini amat mudah dan banyak.  Tak perlu risau. Depan-depan cafe pun boleh park. Kalau sayang naaa kat kete tu  nak dok tenung  aje sambil makan pun boleh. No hal ...
Cuma hati-hati takut tertelan tulang ikan lak nanti. Hehee . . . 

Sukacita Nina nak war-warkan bahawa Warisan Ayah 3Q juga ada menyediakan perkhidmatan sewa dewan/ruang untuk pelbagai majlis keramaian, aqiqah, cukur jambul, harijadi atau sebagainya yang terletak bersebelahan cafe. Perkhidmatan katering juga disediakan. 

Info lebih lanjut, sila lah terus ke cafe yang beralamat di

Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights

Selayang Selangor
Tel : 03-6128 0236  |  013-307 5369  |  013-307 5234  


Landmark :  Kolej Komuniti Selayang

kemudian terus ke depan simpang kedua toleh kiri akan nampak Jalan SH1/1. 

Depan sikit akan nampak signboard Cafe Warisan Ayah 3Q Station belah kanan anda.

Kot susah sangat, meh Nina sharekan Waze....  Click SINI Sini Sini ......

Waktu operasi

8am-12am
Tutup : Sabtu 


Atau layari Instagram mereka   >>>> @Warisan_Ayah3Q


Kesempatan ini, Nina mengucapkan jutaan terima kasih buat Puan Aqma yang friendly lagi mesra dok senyum kerana sudi mengundang kami dari #KelabBloggerBenAshaari 
Nina doakan semoga perniagaan cafe Puan Aqma ini akan mengorak langkah lebih jauh, maju jaya  selepas ini. InsyaAllah
Aamiin ...


Antara blogger yang joint the FoodHunter di Warisan Ayah 3Q Station bersama owner Puan Aqma (bertudung purple). Terima Kasih semua..... 



Labels: , , ,