Mee Hailam Mudah dan cepat.... Menu kegemaran anak-anak

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rata-rata ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak payah nak suka makan nasi. Tak tahu kenapa. ..
Mereka lebih suka makan menu lain terutama berasaskan roti dan Mee. Anak-anak Nina pun sama. Terutama sekali Eilyana. Nak suruh makan nasi umpama panas menanti beku. #ehh... Macam tak kena ehh... Erkk~ buat-buat faham je laa ehh Hahahaa..

Dipendekkan cerita, mamanya kena laa rajin masak yang bukan berasal dari nasi. Kadang Nina gantikan menu bihun, Mee dan pasta. Amboi Yana, taste omputeh gitu! Layankan aje janji dia makan. Settel... 

Mee Hailam Mudah ini antara menu yang kerap Nina masak. Lagi pun cepat penyediannya. Masuk aje apa rencah yang ada dalam fridge. Kadang Ayam, Udang, daging (daging malas sikit pasal lambat empuk).
Untuk anak-anak tak perlu nak bersakan sangat masak, nanti depa tetiba tak mau makan kita yang stress. Keikhlasan dan kebersihan yang utama. 

Kita lebih arif akan kehendak dan kegemaran mereka. Hargai lah citarasa mereka sekali sekala. Yang penting ianya berkhasiat.

Mee Hailam ni masak time nak makan. Kalau lelama terendam ngan kuah, tak sedap! Nanti Mee kembang tak feel nak makan. Atau cara lain buat kuah asing, nak makan baru tuang  kuah atas mee yang dah dicelur. 


Mee Hailam Mudah
Bahan-Bahan
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam - nina hiris nipis
100 gm udang kecik

1 cawan air
4 ulas bawang putih  - Nina ketuk aje
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudi besar sos tomato
minyak masak untuk menumis

Bahan sampingan
sawi hijau -potong anggaran 2inch
bunga kubis
kobis
1 biji cili merah

bahan hias
3 batang daun sup
3 batang daun bawang

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Selamat mencuba!



Labels: ,