Minyak Zaiton untuk masak... Boleh ke?

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Meh rapat dekat sini kengkawan Nina yang tersayang.. 

Minyak apa yang uolls biasa guna untuk masak dan minyak apa pula untuk dressing salad?

Sapa pernah guna minyak ini?
Minyak Zaiton. Sapa lak Zaiton ni...?
Bukan Zaiton Sameon atau Zaiton mata air Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dok ketuk botol kicap sama botol cuka. 
#ehh... Lebey sudaaa melalut. Hehee....

Minyak Zaiton aka nama omputeh nya Olive Oil. (Gambar bawah ni kalau tak kenal)


Sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil...
Selama ini kita memasak guna olive oil yang tak sesuai untuk memasak... Laaa... Iyer ke?
Alamak...!!

Alhamdulillah, baru-baru ni Nina terbaca satu artikel tentang Olive Oil. 

Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu, 

Extra Virgin Olive Oil (EVOO),
Virgin olive oil (VOO) 
Based Olive Oil (BOO).

Yang boleh ditelan secara terus adalah jenis EVOO, (gambar kat atas) 
ianya melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun. EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan (packaging). 

Paling utama, ianya tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah hipertrigliseridemia, iaitu lebihan lemak dalam darah. ***patutlaa Nina ni banyak kolestrol***

Minyak zaitun yang digunakan untuk menumis ada jenisnya. Selain dari itu, minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk dressing makanan sahaja.**untuk salad tau**

Antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu ditelan terus adalah jenama Olive House, import dari Syria. Itu antara jenama yang dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan.

Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk tujuan melemahkan agen resistant starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis.
InsyaAllah ..

So lepas ni, nak masak-masak, Sila guna minyak kelapa sawit aje! Itu yang terbaik. Buatan Malaysia! #ehh... Terpromote macam iklan lak. Hehe...
Kengkonon nak khasiat lebih, padahal .....
Untuk salad dan makan telan gitu aje. 
Ok noted!

Moga perkongsian info yang tak seberapa  ini memberi ilmu dan pendedahan bahan asas dalam makanan kita selamat ini  buat semua. Sesama kita menjaga pemakanan dan kesihatan orang yang tersayang.

Salam ikhlas,
Nina Mirza


Labels: , , , ,