PRETZ N' BEANZ | Pretzel, Pizza dan Coffee yang memukau selera

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sapa pernah makan Pretzel? Apa tuu....Alaaa... Roti yang berpintal-pintal tuu... Tau tak? Cer ingat, pernah kann.. . .
Kat mana? Pasti ada yang cakap pernah beli kat Makcik Anne 
Itu jawapan yang standard. Mostly ramai yang pernah beli buatan Makcik Anne. Bohong laaa kalau bilang tak pernah kann..  acecehh~
Tak baik bohong, dosa!

Buat penggemar roti pintal aka pretzel, meh sini Nina nak share kat mana nak pekena Pretzel yang terlajak gebus, lembut, syiokkk makan sampai boleh lupa orang kat sebelah. OOppss...!! Tak bermaksud pun



PRETZ N' BEANZ CAFE
Terletak di IPC Shopping Mall, Mutiara Damansara. 
Kalau dari Ikano, betul-betul tepi pintu masuk ke IKEA dan bertentangan Starbuck. 
Kalau pegi jalan-jalan di IKEA lepas kaunter bayaran, arah ke kanan dan terus aje pastu uolls akan nampak belah kanan Cafe ini. Ia menyajikan menu utama yang berasaskan dari doh pretzel yang amat lembut walaupun dah sejuk bersama coffee.  Menu yang ringkas, menarik dan menyelerakan. Uniknya lagi, ada pizza dari doh pretzel. Pertama di Malaysia tau. 

Apa yang menarik disini?
Pertama sekali Pretzel lah kann..... dah Cafe pun nama Pretz. hehee . . .
Nina sukakan rasa nya yang terlajak gebus, lembut. Selalunya Nina makan agak liat kena main tarik-tarik sama gigi gitu terutama sekali bila dah sejuk! Tapi kali ini ternyata berbeza. Dah rasa sekali, makan lagi, makan lagi dan lagi .... ehh . . Lupa lak kengkawan lain belum makan! HAhahaa . . . 
buruk tul perangai Nina hehee Sedap weiii.....!! Serius tak tipu you


Pretzel Cinnamon Sugar - RM6.25
Pertama kali Nina rasa gigitan pertama Pretzel dari Pretz n Beanz ni hati Nina melompat girang. 
Walaweii.. . . . . Sedap you! Lembut, gebus, tak manis sangat. Ermm . . . Senang citer sedap yang amat! Saya suka .. Saya suka ..!!
Ada pelbagai menu Pretzel yang ditawarkan namun Pretzal Cinnamon Sugar paling menepati citarasa Nina. Original pun sedap gak dimakan begitu saja atau dicecah bersama sos pilihan. nak cakap sama sos caramel dia  lagi best!

Prizel Basil Cheese - RM7.30
Sapa sangka doh Pretzel sedap dijadikan pizza. Lembut...
Memang terasa perbezaan kesedapannya  ngan pizza yang biasa kita makan.  Walaupun Nina antara menggemar pizza di pasaran, namun doh Pretzel Pizza ini telah mengusik selera Pizza Nina sebelum ini. Ternyata sedap! Tak mampu Nina menidakkannya... 
Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10") - RM22.15

Pretzel Pizza Hot Pepper Chilli Chicken (7")  - RM15.80  (sedap, tak pedas sangat pun)
Pretz n Stew Chicken Green Curry ni menepati selera Nina. Memula Nina cecah pretzel ngan kuahnya, pastu cecah lagi, makan lagi .... rasa lak ayamnya. Lembut dan cukup empuk. Makan lagi, cecah lagi dengan pretzel dan lagi dan lagi . .  .. #Ehh... Lupa lak nak bagi kengkawan rasa! hahaha .. . . 
Memang sedap wei~ Recomended. Tak sangka Pretzel gebus ni match lak ngan green curry. Nasib baik laaa hidang 2 aje pretzel untuk Green Curry ni, kalau boleh bawak roti, mau sebuku roti pun Nina boleh belasah sorang! Harus cuba tau... 
#ceehh ..... pesan lagi. Kuah dia sedap!
Pretz n' Stew Chicken Green Curry - RM17.90 (sedap weii ..... suka sangat!)

Champignon Baked Egg  - RM17.90 

Minuman
Hah...!! Penggemar tegar coffee macam Nina harus cuba coffee yang ada kat sini, Mereka menggunakan coffee yang terpilih lagi istimewa khas untuk pelanggannya. Memang ketara perbezaan nya! Paling best lagi ada Green Tea Latte. 1st time Nina rasa Green Tea yang ada susu. Selalu dok minum yang plain tanpa gula kadang rasa macam rumput pun ada. Hahhaa . . .Yang ini memang sedap. Tak sangka.... 
Lepas ni bila senang Nina singgah lagi nak repeat order Green Tea Latte dan Piccollo Latte.. Rasa coffee yang not strong tapi tetap terasa keunikkan kopi nya. Wallaaa~~ 
Saya suka , saya suka ....!!

ikut arah jam / dari kiri
jam 10 -  Caffe Latte RM11.00
jam 12 - Green Tea Latte - RM11.90 (sedap....!!)
jam 6 - yang ini Nina order... Piccolo Latte  RM7.90 Suka!

Dessert
Dah selesai makan harus order dessert kan.....
Kami order yang pasti membuat uolls tenung lelama screen ni. jangan jilat sreeen udah lah ya!
Sememangnya menggugat jiwa raga tatkala menikmati dessert Pretz n' Beanz ni...
Kombinasi yang membunuh jiwa!
Choc cake bersama lava ganache coklat yang melimpah mengalir meleleh ayaq liuq sambil type ni pastu lak ice cream vanilla. Aduyai .. . . . tak terkata! 
Harus cuba!
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65 (upload ni pun leleh air liur)
Cheese Cake memang antara dessert kegemaran Nina. Sedap..!! 
American Cheese Cake  - olcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65 (upload ni pun leleh air liur)

Nina suka akan deckorasi cafe ini yang kemas, teratur, ringkas dan luas. Berkonsepkan santai dan selesa. Amat sesuai  makan sini bersama anak-anak, keluarga dan lepak sama kengkawan. Menu pun meriah dan pelbagai.  Selesa laaa kalau nak bersantai bersama kengkawan bergosip sakan. Kalau bawak family lagi best! Tenang menikmati hidangan. Bukan apa, kalau pegi IKEA, makan kat sana memang terburu-buru. Payah nak dapat tempat duduk, pastu bila dah ada tempat kena lak makan laju-laju. 
Yolah, tak selesa sebab pasti akan ada yang dok tercongok berdiri sebelah kita nak kan tempat duduk kita. Dengan anak-anak ni bukan boleh nak cepat kann.... Serius tak selesa. ... Jangan buat kat orang lain tau
Kat sini tak gitu, selesa aman tenteram.



Ppsstt >>>>> Kat sini juga menyediakan WiFi tau 
Yeayyy.. suka suka ...!! Segera boleh buat live update Ahaks.. hahaha

Ada smoking area! So yang merokok tuu boleh laaa lepak-lepak kat luar hembus-hembus karbon dioksida sambil menikmati  pretzel, pizza dan coffee dan cuci mata usha kereta idaman sambil intai aweks yang lalu lalang kat luar cafe. Ala-ala menghidup udara segar gitu! Kalau malam memang hapenning sini Hehehe . . . .

tetiba posing... amacam, boleh jadi model pizza tak?? Verangan! hahahaa. . . .

Parking
Senang jer parking kat sini... Melambak! Masuk aje kat zone parking turun bawah pepandai laa cari yang kosong. Cuma kalau weekend memang agak padat. Tapi kena rajin round pusing pasti ada. Security pun kerap dok usha sekeliling. 
Pembayaran auto ticket, sebelum keluar sila lah bayar dulu kot lupa lak nanti jenuh Q dah panjang kat exit buat kena marah orang nanti. Ya... sila take note ya!
Kalau tak pun, paling mudah guna aje Touch n Go. Baki kena minima RM15. Touch aje card dah settel.

Pretz n' Beanz ini baru beroperasi dan so far ada 2 cawangan. Yang mula-mula buka di Solaris. Dengar citer akan ada beberapa cawangan tak lama lagi... 
Sila laaa singgah dan nikmati hidangan mabeles terlajak gebus! Menepati citarasa Nina...
Recomended ... Pretzel nya Nina bagi 5 Bintang!


Pasni kalau jengjalan ke IKEA uolss harus singgah makan sini. Rugi tau tak cuba....


Info lanjut layari : www.pretznbeanz.com

Facebook : Pretz n' Beanz Cafe (klik)
Tel : 03-7732 0175

Pretz n' Beanz 
G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,

No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,

47800 Petaling Jaya, Selangor.


Haaa... kot rumah uolss sekitar Mutiara Damansara pastu nak gak merasa terlajak gebus  pretzel yang Nina dok citer ni tapi emosi tuuu dah tahap gaban malas nak drive, boleh ajer order delivery.  Call  hubungi 010-9507 393 untuk order... 
makan kat cafe lagi best!


Ini lah geng gosip yang lepak-lepak santai menceriakan petang sabtu Nina... 
Makan, borak, makan, borak, makan sampai licin, borak, gelak, ketawa, gelak, ketawaaa.....
#Ehh .....  tetiba ada gegeran gempa bumi. Sapa gelak bawak Tsunami tuuu?? Eerkkk~~  tak sebut nama punnn hehee

Nanti kita repeat makan sini lagi ehh . . . . indahnya~






Labels: , , ,