Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka.

Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab senang dan kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran... Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnn..

Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng. 
Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja.... Simpan dalam 'tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang. 

"Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka" 
Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan!

Ok, tak mau ulas lagi bab politik, ekonomi, menteri... Tetiba sakitnya tuh disini didalam hatiku... Huhuuu


Roti Sausage Gulung
8 keping roti
8 sausage
1 biji telur
sedikit garam
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer - hehee...)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam
4-   Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak,  roti dah rentung aka over fried)
5-  Toskan dan sedia dihidangkan

Senang aje kan....?? Jom menggulung roti
Selamat mencubĂ !



Labels: , ,