Pages

Wednesday 2 December 2015

Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ni cuti sekolah Nina sekeluarga ke tempat yang nyaman lagi dingin (idok ler sejuk mana punnn sana) yang berpancaroba gigih untuk sampai ke sana. Cabaran anak-anak mual mabuk sepanjang perjalanan. Mujur dah siap sedia plastik untuk mereka. Paling rare Yana, dah inform akan pening nanti, naik aje kereta dia terus tido sampai destinasi. Settel! Hahahaa.... Bijak dia. 

Balik dari Cameron Highland stok strawberry banyak dok melambai-lambai ala model.suh perabih kan. 

Resepi ni Nina apditasikan dari resepi orange blend. Sebelum ni Nina dah pernah share dulu. Kali ni Nina bikin lagi sempena birthday gang.
Happy birthday my gang. Moga diberi kelihatan yang baik walafiat, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiin. . . . 
Jom tengok resepi mudah dan cepat ni...


Simple Strawberry Cake
Resepi : Nina Mirza

Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan buah strawberry yang dah di potongan kecik
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)

Bahan B:
Beberapa biji buah strawberry dipotong kecil (tak letak pun ok)
1/2 st pewarna pink
2 cawan tepung gandum naik sendiri - diayak dulu

Cara-cara:
1- Panaskan oven 170'C. Alaskan loyang berukuran 7" dengan dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2- Kisar halus semua bahan A. Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3- Masukkan ke dalam bowl perisa strawberry dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4- Masukkan tepung gandum naik sendiri  sedikit demi sedikit, kacau kaup balik sebati.
5- Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl. Kacau rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7- Periksa kek samada dah cukup masak atau belum dengan mencucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8- Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan, keluar kan posisi asal dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9- Sedia dihidangkan


Sangat sesuai ngan topping cream cheese. !!
Wallaaa~





2 comments:

  1. nina....wah...harus try ni...masuk arkib dulu..suka yg senang2 ni tau...

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap. Nanti nakntrylah. Thanks share resipi

    ReplyDelete