Pages

Wednesday 6 January 2016

RESORT AGROFARMSTAY MELAKA | Tempat best seminar/ team building / wedding

Ehem ehemm…

Lembaran baru di tahun 2016
Jika korang ada perancangan untuk bercuti atau mengadakan seminar/ bengkel/ family day/ team building atau hari kekeluargaan yang berkonsepkan suasana alam semulajadi, Nina nak cadangkan satu tempat yang best. Kawasan seluas 30 hektar yang penuh dengan kehijauan yang nyaman lagi penuh dengan serta ketenangan.

Meh sini Nina nak share
Baru-baru ni, Nina berpeluang turut serta dalam
 Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang bertempat di Resort AGROFarmStay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka.




Pertama kali sampai sini, hati Nina cukup teruja melihat suasana kehijauan yang nyaman dan udara yang segar bersih. Lanskap yang menarik bersama bunga-bunga mekar sana sini, dimeriahkan dengan kicauan burung yang menenangkan minda. Seolah berada di kampung halaman.. Chewah! Macam Nina ada kampung lak kann…hahaha (verangan tak sudah)

Resort yang luas ini menyediakan 6 jenis penginapan. 
1-. Villa - 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil
6-. Challet – 10 katil

Jom cuci mata intai-intai bilik-bilik yang disediakan.
Hari tuu, Nina bermalam di bilik No.7. Ala dorm yang menyediakan 4 buah katil bujang dan 2 buah katil double decker. Ruang yang besar, luas, menempatkan 4 katil bujang dan 2 katil double decker. Kemas teratur aje susunannya. Suka suka...!! Ada air-cond ... Lena tido dibuai mimpi indah.. Bilik air pula, ada 3 shower dan 2 tandas. Tak perlu berebut nak mandi. Bagus!
Jangan intai kita mandi yaa.... hehe . . .





Villa
Ini pula Villa yang tersergam gah atas bukit - menyediakan 14 buah katil. Amat sesuai untuk beberapa buah keluarga yang ramai. Ruang yang sangat luas turut disediakan dapur, ruang makan, ruang tamu dan laman yang luas. Boleh parking kereta terus depan Villa. 






Challet
Ini pula ala-ala rumah comel yang berwarna warni. Berkonsepkan dorm ala asrama juga. Didalamnya menempatkan 4 buah katil double decker. Susun atur yang kemas dan teratur. Amat sesuai untuk kem bina semangat mahupun  re-union. Yang ini bilik air nya kat luar sekitar kawasan. Dekat jer.... 
Dah macam citer P.Ramlee lak Nina tengok. Beratur ramai-ramai depan pintu bilik air menunggu giliran.  Citer Bujang Lapok kalau tak silap. Tapi kat sini, jangan risau... Tak perlu beratur panjang gitu. Dalam bilik airnya ada banyak lagi bilik mandi dan bilik termenung yang lain! heheh . . . .




Surau
Surau juga disediakan di sini.
Besar , bersih, selesa dan nyaman … 
Apa yang menarik kan, Surau ini dibina terapung di atas dasar air. Sebab tuu sejuk jer tatkala berdiri kat laman surau ni. Kiri dan kanannya pula indah dipenuhi landskap yang mendamaikan. Kalau buat tazkirah pasti meruntum kalbu jiwa dan raga. Syahdu jer . . .


Bilik Meeting/ Seminar
Yang ni Nina suka….
Menyediakan beberapa ruang/bilik lain dalam sebuah bilik seminar. Ruang yang luas bersama susun atur yang kemas, tersusun rapi, dan kelengkapan yang lengkap untuk sesebuah acara seminar. Nak belajar pun selesa kan






Dewan Lily
Dewan ini serbaguna. Luas dan besar dan yang boleh memuatkan sehingga 70 orang. Sesuai  digunakan untuk sebarang majlis/acara tertutup. Contohnya untuk majlis kahwin mahupun dijadikan ruang seminar. Menyediakan ruang pentas yang luas untuk pelbagai guna. Disini juga dilengkapi kemudahan WiFi dan berhawa dingin.





Dewan Palma
Sesuai untuk apa jua majlis. Bertema kan outdoor. Kalau buat majlis kahwin ke, majlis akikah ke, majlis harijadi atau apa-apa keramaian amatlah sesuai. 
Ruang yang luas, selesa berkonsepkan kampung.. Walaupun outdoor, namun selesa dari  kehangatan panas mentari mahupun dibasahi hujan gerimis. Menarik kan?
Lain daripada yang lain.





Pet House
Kat sini pun ada menempatkan beberapa haiwan ternakan yang pastinya melengkapkan suasana yang berkonsepkan kampung, Ada kuda, kambing, merak, itik, gajah dan lain-lain. Semasa Nina kat sana, kami dimaklumkan beberapa haiwan lain ditempatkan ke tempat  lain sementara persekitaran Pet House ini dalam pengubahsuaian. Nak kasi lagi cantik laaa kan..
So, pada hari tu, hanya 2 ekor kambing dan kuda jantan yang peramah  bernama Bujang yang menemani kami. 
ppssttt >>>> Walaupun Bujang ni peramah, tak berani Nina nak selfie ngan dia. Risau laaa... Erti kata lain senang citer - penakut gak Nina ni.. hehee 






Disebalik rimbunan hijau kat sini, ada juga disediakan tempat hiburan yang pastinya menarik perhatian kita. 
Ini lah tempatnya….. Rekabentuk yang unik ala-ala sebuah kasut yang comel. 
Apa dalamnya?
Hah …!! Jangan terkezut tau, kat sini lah terletaknya sebuah bilik karaoke. Cun tak?
Dalamnya pula seolah berada dalam gua. Kemudahan sistem juga lengkap dan banyak lagu pilihan dihati yang pasti mengusik jiwa raga korang. Nina tak pandai nyanyi so layankan kengkawan lain mendodoikan suara mereka... Bilik karaoke ini boleh ditempah mengikut jam. 




Padang
Di sini juga ada padang yang luas. (Lokasi - sebelum sampai ke Villa) Dah ada padang, wajib laaa buat  aktiviti riadah/ sukaneka mahupun zumba yang pasti akan menghiburkan dan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita. 
Jangan segan jangan malu .... kita mulakan langkah macam ni, 1,2,3,4, empat lagi ..
Ok ulang.. Cehhh~ Teringat berzumba hari tu.. Seronok sangat!





Kolam renang
Hah ..!! Yang ini sememangnya tempat kegemaran anak-anak. Tidak dinafikan sama sekali. .
Kolam kat sini ada beberapa bahagian. Ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak.  So tak de laa risau sangat. Anak-anak sila mandi manda kat tempat cetek ya..
Apa yang menarik kat sini, ada bahagian kolam yang berbumbung. Nampak tuu...
Wahh ... Makin lama lah anak-anak berkubang dalam kolam sebab tak kena panas terik. Pulun laaa mandi kolam sampai kecut. Hahaa..




Ada map so korang tak akan sesat. Jangan risau...  Lagipun Nina perati staff mereka kerap berlegar-legar sekitar kawasan memantau persekitaran. 


Menarik kann?
Camner nak datang ke sini..? Mudah ajer
Hari tu Nina ikut highway keluar tol Ayer Keroh, pastu belok kiri akan susur masuk ke UTeM. Dari sini (lalu sini kira macam jalan pintas gitu tak perlu masuk Bandar Melaka) Cakap kat guard tuu nak tumpang lalu yaa.... 'sambil senyum manja' hehee...
pastu keluar UTeM simpang tiga belok ke kanan. Terus ajer…… Sambil lalu intai-intai belah kiri akan nampak signboard AGROFarmstay. Agak-agak tak faham, lagi senang ikut Waze aje. InsyaAllah sampai sebab hari tu Nina pun ikut Waze. Segalanya kini di hujung jari anda. Click ajer….


RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka

HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246

14 comments:

  1. Besar gak ye dalam tu.. bnyk katil..dh mcm homestay

    ReplyDelete
  2. Besar gak ye dalam tu.. bnyk katil..dh mcm homestay

    ReplyDelete
  3. Seronok juga agrofarmstay nie... rasa nak pergi lagi je

    ReplyDelete
  4. Seronok juga agrofarmstay nie... rasa nak pergi lagi je

    ReplyDelete
  5. suka tgk rumah kasut tuuu...cantik agro farm nie...mmg sesuai tuk team building.😎😎

    ReplyDelete
  6. Suasana kat Agrofarm ni yang best..tenang..nyaman..kalau datang time musim lagi best rasanya..

    ReplyDelete
  7. Suasana kat Agrofarm ni yang best..tenang..nyaman..kalau datang time musim lagi best rasanya..

    ReplyDelete
  8. Best ni. Blh jd tpt gath dgn kwn2.

    ReplyDelete
  9. dah makin cantik Agrofarm ni

    kami pergi sini tahun lepas. Budak budak mmg suka sebab kolam mandia yg besar tuh hahah

    http://miera301.blogspot.my/2014/09/agrofarmstay-skill-tech-melaka.html

    ReplyDelete
  10. Lagi banyak baca review, lagi teringin nak pi ke agrofarmstay ni.

    ReplyDelete
  11. Buat family gathering best niii

    ReplyDelete
  12. Buat family gathering best niii

    ReplyDelete