: : : : mix semua dalam blender kecuali pewarna dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang-lubang)
1- Adunan dibahagi kepada 2 dan campurkan pewarna yang digemari. ..
2- Sediakan kuali leper yang tak melekat
2- Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
3- Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali, terus mendadar dan terus buat dot dot. (Nina guna picagari baby tuk dot dot)
4- Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
5- Tak perlu di balikkan
6- Terus angkat
7- Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
1- Pukul Non dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
2- Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
3- Bentangkan 1 keping crepe
4- Paipkan Whipping Cream di tengahnya
5- Letakkan isi durian
6- Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7- Lipatlah crepe
8- Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1-2jam (kat bawah ajerr, jangan lak simpan kat beku tau~)
9- Sedia dimakan..... makan sejuk-sejuk >>>> Walla!
Kat sini Nina nak share juga resepi cream kastard.... Sejujurnya, Nina prefer resepi whipping cream ajerr tapi kalau ada sesiapa yang punya kerajinan tahap tertinggi bolehlah mencuba filling cream kastard. Kalau ikut tekak Nina, kombinasi whipping cream sahaja pun dah cukup sedapp bersama isi durian D24 yang segar! Tepuk dada (pelan-pelan ehhh) tanya lah selera~
Filling Cream Kastard
bahan-bahan
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halusKacau atas double boiler hingga pekat. Biarkan seketika hingga sejuk...
250 gm whipping non dairy ~ putar sehingga kental dan kaku
Caranya : : : : Setelah adunan susu, kuning telur dan gula yang telah dimasak double boiler tadi sejuk, satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. Pastu boleh lah memulakan episod 'crepe' meng'crepe...
Selamat meng'crepe!
ppsstttt >>>>>>> kalau malas nak buat dan berminat nak order ngan Nina pun boleh...
email nina.azlan1@yahoo.comtempahan sekitar Kuala Lumpur dan kalau nak collect sendiri pick up point kat
Petronas sebelah Giant Batu Caves
TQ