Pages

Thursday 25 December 2014

2014 Banjir terbesar di Malaysia. ... hibanya hati ini...

As'salamualaikum dan salam sejahtera...
Hujan masih tak henti mencurahkan airnya ke.bumi.
Walaupun sekadar gerimis di Kuala Lumpur namun buat di kawasan pantai Timur banjir besar melanda. Sedihnya...

Nina di sini mendoakan agar semua mangsa dalam lindungan yang ESA.
Berilah mereka kekuatan dan ketabahan mengharunginya. Jauhilah mereka dari kesukaran. Permudahkan segala urusan mereka. Segerakan lah tamat musibah ini Ya Allah.
Walaupun Nina sekadar membaca dan mendengar berita pun tak sanggup nak teruskan.... Apatah lagi yang menanggungnya di sana.....

Buat para penyelamat -  bomba, polis, doktor dan semuanya....jasa u all meninggalkan Ibubapa, anak, suami mahupun isteri  dan orang tersayang sangat lah dihargai.....
Moga mereka juga dipermudahkn segala urusan mereka. Besarnya pahala u all....

Ini gambar yang sempat MyGang snap beberapa hari lalu sewaktu Nina dan keluarga ziarah adek ipar Nina yg bekerja di Kem Batu 3, Temerloh Pahang.
Gambar bawah pula Nina dpt dari beliau.
Mereka terpaksa dipanggil bekerja semasa cuti kerana khidmat mereka diperlukan....

Kita di sini bantulah semampu daya..banyak saluran yang ada. Tak kisah macammana cara sekalipun. Yang paling penting, keikhlasan dari hati....

Ikhlas,
Nina Mirza

1 comment:

  1. Gobang tu restoren ikan patin tempoyak yg terkenal kan... macam mana lah diorang cari rezeki lepas ni kan....

    ReplyDelete