Bubur Pisang aka Pengat Pisang... Hebatnya Bismillaahirrahmaannirrahiim

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Jumaat buat semua...
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

“Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim! 
Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di muka bumi).
Aamiin....

Lepas Bismillah, teruskan dengan Al-Fatehah
Mari kita sedekahkan buat diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, anak-anak kita, dan semua yang mengenali kita dan juga buat insan yang telah meninggalkan kita.
Moga kita sentiasa didalam lindungan Yang Esa dan dipermudahkan segala urusan seharian kita hendaknya
Aamiin...

Ada pisang tanduk kat rumah. Tak tahu apa nak dibuat sama ini pisang tanduk.
Setelah dihitung diconggak ditimbang kiraan untuk masa memasak so Nina decide buat pengat pisang ajer..
Almaklumlah semuanya nak cepat dan segera so semua pun perlu dibuat kira-kira dulu sebelum memulakan tugasan.
Tapi .... alamak! Gula melaka tak de.. Malasnya OOpsss..... tak rajinnyaaa nak drive semata-mata nak beli gula melaka. Masa lagi.....
Nanti kalau dah kedai >>> konon-konon nak beli gula melaka aje tetiba nak bayar penuh troli dah beli macam-macam. Hhrmm.... itulah pompuan! hehehe....

Maka pengat pisang yang brownies colour dan jadi bubur pisang sebab colournya puteh!
Puteh?? Qu puteh, Qu puteh baru lah puteh! Hahahaa.....
Jangan muntah hijau lak membacanya yea~
Tapi tetiba rasa nak buat apam pisang macam baru-baru nie (resepi sini). Mood verangan lebih~ Pisangnya seketul ajer!



BUBUR PISANG
Bahan-bahan
1 biji pisang tanduk
2 helai daun pandan, disimpul (kali nie tak letak pun)
5 sudu besar biji sago (cuci dan toskan)
500 ml air
500 ml santan (Nina guna santan kotak ajer)
Secubit garam
5 sudu besar gula pasir
secubit garam

Cara penyediannya
1- Pisang dipotong sederhana tebal dan ketepikan.
2- Dalam periuk, masukkan gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih
3- Kemudian masukkan biji sago dan biar mendidih hingga sago kelihatan jernih.
4- Masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan ..(kalau kuat-kuat nanti pecah lak pisang tuu)
5- Biar mendidih hingga pisang lembut. Kacau sentiasa supaya bubur tak pecah minyak.Masukkan garam secubit dan secukup rasa.Tutup api.
6- Sedia dihidangkan panas atau sejuk. ....







Labels: ,