Ssyyhh...... Nina sorok pisang! Motif? Nak buat Apam Pisang Gebus lagi Moist.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lamaNina  tak buat kueh mueh tradisional...   Tapi nak buat kueh apa ehh...?
tetiba teringat nak buat apam. Sedapnya makan sambil cecah sama kelapa parut. Lemak manis gitu.... Buat minum petang memang sesuai~
Lepas ajer masak, suam-suam gitu Eilyana dah bawak lari 3-4 ketul rasanya... (tau-tau ajer dah kurang kat atas meja) 
Nina lak dah belasah 4-5 ketul sebelum MyGang balik keje. Sedapp..!! Gebu, lembut dan tak berapa manis. Saya suka.. saya suka...!!

Kat rumah Nina nie pantang ada pisang, laju je licin!. Disebabkan itu, diam-diam Nina simpan sorok  dalam 4-5 biji dalam fridge dan ada masa Nina pun buat apam pisang. Ada sebelum nie, Nina buat muffin pisang tapi tak done nak snap picture sharekan resepinya. tapi sebelum-sebelum nie Nina dah pernah share muffin pisang kat  SINI dan kalau nak buat cake pisang yang sedap dan cepat siap lak boleh refer SINI
Masa MyGang makan apam nie, dia siap tanya .....  Mana dapat pisang, bila beli? Jeng jeng jengg~
(Nina sorok tapi tak jawab - diam ajer) Hehehee . . . .

Resepi Nina refer kat blog sifu yang tak lain tak bukan >>>> Che Mat Gebu. aka tiffinbiru.com . Thanks banyak Che Mat di atas perkongsiannya.  Izinkan Nina panjangkan resepinya kat teratak Nina yea...
Nina buat 1 1/2 adunan. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. .. 



APAM PISANG
Bahan-bahannya
170 gram pisang montel (kurang lebih 3 biji)
1/4 cawan gula perang
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh garam
1 cawan tepung gandum
100 ml minyak jagung (atau minyak sayuran)
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen pisang (Nina tak letak pasal tak der)

Cara membuatnya
1-  Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Pisang dilecek bersama garam dan soda bicarbonate hingga lumat. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, masukkan telur, gula perang dan minyak jagung. Kacau dengan whisk hingga berkrim dan gula hancur.
2-  Masukkan pisang lecek, gaul rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Rehatkan 10 minit.
3-  Kemudian isikan ke dalam acuan apam yang telah disapu sedikit minyak (atau che mat guna bekas aluminium seakan2 muffin cup dan che mat alas dengan paper cup bersaiz sederhana) dengan adunan 3/4 penuh. Buat hingga siap.
4-  Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk mendapatkan apam yang merekah permukaannya. Sejukkan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut yang digaul sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.
CATATAN MAT GEBU :- Selain pisang montel, anda boleh ganti dengan pisang embun atau pisang emas. Dan untuk memudahkan cara, anda boleh timbang pisang tadi sebelum dilecek, pastikan timbang pisang yang tanpa kulit. Kalau anda kukus guna loyang, tempoh mengukus lebih lama kurang lebih 35 minit....Selamat mencuba!!




Labels: , ,