Posts

Showing posts with the label kudap kudapan

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE

Image
RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE! Buat penggemar Kek Batik korang harus cuba. Selalu orang buat kek batik guna biskut Marie kan. Tapi kali di inovasikan amboi ayat... HAhaa! Takde inovasi manapun, hanya tukar biskut marie kepada biskut cream crackers atau orang dolu-dolu suka panggil biskut lemak. Jenama apa pun ikut suka korang yang penting pastikan halal. KEK BATIK Bezanya bila guna biskut lemak lagi senang sebab susun susun je biskut lemak yang dah bentuk petak petak dalam bekas. Yelah, kalau biskut Marie kan bulat so kita kena pecahkan atau lenyek nak bagi mampat sebati sama sos coklat. Biskut lemak ni lembut so kita layer layer kan aje sama sos coklat. Resepi Kek Batik Cream Crackers ni takde telur, sukatan cawan yang mudah untuk korang cuba dan follow. RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK   bahan-bahan 1 paket biskut lemak / omputeh panggil cream crackers 1/2 potong butter 1/2 tin susu pekat manis 1 cawan mil0 atau serbuk air coklatmalt - j...

Dessert mudah minum petang - Bubur Jagung, Keledek & Sagu

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ni , Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana Selain strawberry. Macam-macam jenis lak tuu... Ada madu, mutiara dan sedap juga dimakan begitu saja. Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya beli. Cultures shocked konon!  Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng belanja bayarkan .  Hehehe...!! Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baju kat rumah Nina bikin bubur. Biasanya  jagung Nina kombinasi bersama barli. Tapi kali ni Nina tambah keledek dan sagu.  Mmmm.... Sedap juga kerjasama sagu dan keledek. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung.  Ehh... sendiri buat, sendiri puji. Ahaks!  Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni.... BUBUR JAGUNG KELEDEK & SAGU Bahan-bahan 2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja) 4ketul kel...

Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa suka makan Nestum? Cer angkat tangan . . . . macamlah Nina nampak lak kannn  . Nina suka makan nestum. Rasanya yang lemak dan tidak terlalu berat selesa aje lalu kat tekak. Ia juga tidak muak. Sesuai buat sarapan pagi. Selalunya Nina makan Nestum bersama air coklat panas. Nestum tuu lak tidak pekat. Ala-ala air bercereal gitu. Boleh laaa buat alas perut tatkala kelaparan tahap tertinggi atau sebagai appetizer sebelum makan berat. **Hamboi** banyak makan Nina nie…. Hehee Dah jemu asyik buat Choc Moist Cake yang paling sedap, sesekali nak juga coba buat kek lain. Selak punya selak buku resepi ‘Hidangan Kek’ keluaran penerbitan Alaf 21, akhirnya Nina decide nak cuba Kek Nestum.  Hurmm…. Sedap tau Kek Nestum ni. Terasa lemak manis Nestum, moist dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Nak pula Nina dok calit skit topping cream cheese ngan strawbery, laju ajer Geng belasah.  Haipp…!! Ingat orang belakang sikit~...

Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka. Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab senang dan kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran... Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnn.. Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng.  Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja.... Simpan dalam 'tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang.  "Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka"  Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan! Ok, tak mau...

Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Ada yang bertanya apa menu Nina sediakan untuk baby Eilhan (1tahun++) untuk sarapan pagi dia. Katanya pepagi hari sibuk ngan pelbagai urusan kadang tak terbuat breakfast untuk anak-anak. Ya, betul.. Pepagi lah antara waktu yang buzy menguruskan pelbagai urusan. Bukan aje yang keje kat office, kat rumah lagi kelam kelibut dibuatnya. Nak nak sejurus 'bos besar' bangun tido ... Focus hanya untuk dia.  Sebenarnya focus dia hanya kat kita. Dok bully Mama dia. Huhuhuu~ Selalunya menu yang simple aje. Rushing kann...??  Konon  Hehehee~... Untuk baby Eilhan menu breakfast dia sangat mudah. Roti cecah susu, roti sapu jem kadang tuu roti kosong aje. Hehee... Roti aje?? Ya, sebab dia suka roti. Bukan malas ok! Hehee.... Yang penting eilhan harus makan dan ianya berkhasiat! Selain tuu kadang ada gak menu lain. Tak kan laaa setiap hari roti kann~  Menu lain boleh refer menu kudap-kudapan kat bahagian search (cari)...

Cucur Crab Meat buat minum petang anak-anak. Simple dan senang...

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Buntu kot nak sediakan juadah buat minum petang anak-anak. Selalu tak tau nak bagi makan apa petang cenggini. Nak pulak laa ni time hujan, pasti lapar. Kita yang mak budak pun terasa Sedapnya makan time hujan.... Mode verangan sambil minum kopi panas! Hahaa... Berangan tak sudah nanti apa pun tak siap! Huhuu... Usah dilayan. kan, kann kannnn.... Meh sini Nina share kan menu yang cepat dan mudah. Anak-anak pasti sukakannya... Kadang-kadang kan, menu yang mudah gini lebih mendapat bintang-bintang berkerdipan dihati daripada hidangan yang susah lagi remeh disediakan pastu sapa pun macam segan nak makan. Sedey kann.... So, play safe daripada penat dan sengal nak prepare, kita sediakan aje yang mudah dan cepat. Janji ada sesuatu juadah untuk anak-anak makan sat lagi.. Tok sah fikir banyak, buat stress ajer nanti. Relax~ Cucur Crab Meat Bahan-bahan Crab meat secukupnya - dipotong-potong. Anggaran 1inch 2 cawan tepung gandum...

Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bosan-bosan dok rumah kadang tak tahu nak makan apa tuk minum petang. Tapi perut dok nyanyi keroncong ala Hetty Kos Endang. Acaner? Nak plak yang tak de Kos. Bukan Hetty Kos Endang lagi ya.... Kos = duit Kekadang kedekut gak!  hahaa..!! Nak keluar rumah lak malas melanda. Ini malas punya orang susah mau cakap!  Ehh ... Jerebu laaa hehee Belek-belek kat dalam peti ais nampak kentang aje...  Hurmm.... bikin cucur kentang ajer laaa~ meh Nina kongsikan resepi cucur kentang yang paling mudah tapi heaven seyhh makan panas-panas cecah cili sos sambil dok depan TV sebelah Geng ... Itupun nak citer  HAHAA..!! suka hati laaa.... Ini kan blog Nina! Wakakaaa...!! Gelak JAHAT!  Maaf yea... sekali sekala gurau manja - tulis type  kecik ni. . Nampak tak?? Hehehee ... CUCUR KENTANG Bahan-bahan Tepung gandum Kentang buang kulit - potong dadu Carrots - parut jer Daun sup sikit cincang halus Air secukupnya...

Congo Bars... Senang aje buat rupanya..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Congo bar antara kudap-kudapan yang pernah hot satu ketika dulu. Ramai dah dok cuba cuma  Nina aje yang lambat. Tak pe.laaa lambat dari tak mencuba langsung kannn~ Sebenarnya dah beberapa bulan Nina dah buat tapi entah macammana tak perasan belum share resepi nya. Aje kekurangan DHA gamaknya Nina ni.... Sel otak tak berhubung kot. Hurmm.... Yg penting sentiasa berhubung ngan hubby. Ke situ plak~ hahaa... Jom nengok resepi sebelum Nina melalut ceritera bukan-bukan.. Nanti habis semua dicelotehkan...  Resepi ni Nina rujuk dari blog Kak  Rima . Terima kasih Kak... Nina panjangkan disini pula ya.. Ok, Congo Bars senang aje buatnya. Nak makan lagi senang..!! Sekejapan licin.. Rasa dia sedap, chewy gitu. Buat penggemar coklat dan kekacang gerenti suka! Kalau letak lagi nak banyak kacang lagi sedap.. Nina ada tambah parutan coklat bar, empingan jagung kat dalamnya. .. Lebih wallaaa~ Ni gambar step by step... Kot s...

Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jumaat buat semua... Mulakan setiap perkara yang kita lakukan dengan "Bismillah'.. Dah lama tak masak kuey teow, ikutkan hati nak bikin char kuey teow tapi tetiba masa masak dok layankan pot pet pot pet Yana akhirnya jadi Kuey Teow campak-campak jer... hehee... Yana anak Nina no.3.  Orangnya memang suka bercakap. Dan jenis tak henti bila bercakap. Asal celik mata ajer mulalah celotehnya.  Ada aje yang  nak diceritakan, nak ditanyakan. nak dipersoalkan.. tak lupa - nak diperbentangkan segala usul idea yang ada dalam mindanya.  Kalau Nina tengah drive, memang tak perlu on radio. DJ  pun tak serupa dia. ada gak time rehat masa lagu dimainkan. Yana ni dari mula kereta gerak sampai dah sampai ke destinasi dia berceloteh~ pot pet pot pet >>>>>  Kalau tetiba senyap tuu maknanya dia tido!  hahaa..  Bayangkan..... sampai ada seketika masa sampai Nina minta tolong dia diam kejap...

Mee goreng mudah dan cepat buat tetamu. Mee Goreng Kasihku Ramadhan... Dah Raya laaa Nina...

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Dah bosan makan nasi dan roti? Meh Nina share menu Mee lak.. Senang lagi cepat Mee Goreng. Kalau meehoon lambat sikit sebab nak kena rendam atau masak lama sikit supaya meehoon lembut. Yang mana tetiba tetamu kunjung rumah,  boleh jer sediakan Mee Goreng buat tetamu. Cuma pastikan stok bahan masak sedia ada kat rumah. Kejap jer masak, kelentang-kelentung kat dapur dan siap dimasak. Kenapa nama Mee Goreng Kasih ku Ramadhan? Ni dah nak habis Syawal laaaa Nina. Hahaa... Masa bulan Ramadhan yang lalu, Nina kengkonon joint peraduan Kicap Mahsuri. Verangan nak Menang RM500. Kini tinggal mimpi di siang hari. Hehee~ Masa Ramadhan, Nina suka sediakan menu yang ringkas dan mudah. Mee goreng antara menu kegemaran Nina.  Ok,  Jom tengok resepi mudah Nina. Mee Goreng Kasihku Ramadhan Bahan-bahan 1 packet mee kuning 1 biji bawang merah besar - dihiris halus 3 ulas bawang putih - dihiris halus 1 sudu besar serbuk secukup rasa mi...

Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti pita antara menu paling senang dan cepat disediakan buat yang tak makan nasi.   Konon-konon diet kan.... Rotinya beli aje yang dah siap pastu inti nya lak terpulang pada citarasa individu. Part sayur juga terpulang selera tekak masing-masing. Kot ada tak minat makan mix vege boleh digantikan dengan tomato, timun atau coleslaw. Part intinya pula,.kalau tak minat daging, boleh jer ganti ngan ayam, seafood, fillet ikan. Ikut mana suka dan mana yang mudah. Yang penting berkhasiat dan seimbang.  Kata nak diet makan nasi memang bagus tapi jangan lak dok belasah roti pita sampai 3set.  Rosak rosak..!! Hahaa Nak diet lagi bagus, ikut style P.Ramlee. Macam adengan 3 Abdul.  Ambik bau aje! Hehee.... Ok, sebelum Nina dok tambah ngan dialog P.Ramlee Jom tengok resepi simple Roti Pita Berinti Dating yang mudah ni... Zassss~ Roti Pita Daging Simple Bahan-bahan 5 keping roti pita 1 paket daging kisar 4 ulas bawang p...

Resepi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Esok sabtu, pasti ramai yang buzy dok buat open house kan? Sekarang ni nak beraya dah segan terus ke rumah kengkawan. Semuanya tunggu dijemput open house barulah bertandang. Gitu kann....?? Teringat masa sekolah dulu, konvoi naik basikal pegi rumah ke rumah ngan kengkawan sekolah. Entah rumah sapa pun selamba gi beraya. Kedatangan kita disambut meriah oleh tuan rumah. Bukan nak makan sangat pun.... Minum air sirap, kuih Raya sikit, kenal-kenal, borak-borak, salam salam pastu  balik.... (Kalau dapat duit Raya punyalah seronok -bonus! , tak dapat pun ok jer dulu) Motif dulu kenal sesama Jiran setaman..anak sapa, isteri sapa, dok mana, adik beradik berapa. Sekarang? Jiran sebelah sapa pun tak kenal pastu jarang nampak. Huhuu... Kan kan kannnn~ Yelah.... Dulu lain sekarang lain..  Ok, berbalik pada menu open house - Kot ada yang buntu nak masak apa esok, apakata try masak Mee Kari Style Nina yang mudah lagi simple ni.. Semua...

RESEPI MUDAH JUADAH BERBUKA PUASA : Sagu bronok paling mudah dan cepat buatnya.....

Image
As'salamualaikum .... Sapa suka makan kueh sagu? alaaa... kueh yang warna merah, pastu disalut ngan kelapa parut. Lembut ajer dalamnya... Eilman antara penggemar kueh sagu. Dah banyak hari dia request Nina buatkan kueh favorite nya....  Bila fikir nak buat kueh aje, dok tak de mood. Mood asyik ke laut. Padahal kueh sagu ni antara kueh paling senang, cepat lagi mudah nak buatnya.  Haishh.... Pi mana laaa mood nie? Laut mana pun tak tau laaa.... Lautan Hindi kot~ Alamak....!!  tersebut lak. Tetiba macam ada orang kupas bawang lak. Sayu sebak ajer rasa bila terkenangkan misteri MH370 Al-Fatihah buat semua mangsa. sob sob sobbb~ T_T Nina dah pernah share resepi sagu bronok sebelum ni... dah lama daaaa... Bertahun sudah!   Nampak naa dah lama sangat tak buat kueh sagu ni  hahahaa.. Boleh intai  kat SINI SINI SINI   cerita sejarah tahun dolu.  Ngeeee~ ok.. Jom tengok resepi sagu paling mudah, cepat dan sedap dimakan... ...

Juadah berbuka puasa simple dan mudah : MyHomeMade ROTI JOHN...

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera, Apa menu sampingan yang paling anda  suka buat juadah berbuka puasa? Mengikut pencarian google blog Nina sepanjang bulan Ramadhan dimenangi oleh En.John. ... Sapa tuu? Hehee.... Bukan Mr.John tapi Roti John.  Sapa pun pasti suka kan ... Kalau tak, takkan ramai dok beratur panjang sanggup tunggu. Iyer tak?  Jangan bohong tak baik dosa.. Hehee.. Nina dah pernah share sebelum ni (tahun Bila punya entry tahh...)  Boleh tengok   SINI sini sini .... ada gambar step by step  Dan alhamdulillah  masih ramai yg dok google resepi ini. Terima kasih banyak diatasi sokongan anda semua. Baru-baru Nina Nina buat lagi dan Nina share kan semula di sini.   My Homemade Roti John Bahan-bahan 2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus 2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu 2 ulas bawang putih - cincang halus 1 inch halia - ketuk dan cincang halus 1 sudu besar rempah kari 1/2 sudu kecil...

JUADAH BERBUKA PUASA : Dessert paling senang > PUDING SUSU KIWI

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera DOA RAMADHAN : HARI KE -10 Bismillahirrahmanirrahiim Allâhumma shalli ’ala Muhammad wa âli Muhammad Allâhummaj’anî fîhi minal mutawakkilîna ‘alayka, waj’alnî fîhi minal fâizîna ladayka, waj’alnî fîhi minal muqarrabîna ilayka, bi-ihsânika yâ Ghâyatath thâlibîn. Ya Allah, jadikan aku di bulan yang mulia ini tergolong pada orang-orang yang bertawakkal pada-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang beruntung, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang mendekatkan diri pada-Mu, dengan kebaikan-Mu wahai Tujuan orang-orang yang berharap. Ama@Syamsuri (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3) Pencuci mulut ataupun dessert yang paling senang nak buat adalah agar-agar dan puding. Bahan yang diperlukan tak banyak dan amat mudah didapati. Cara penyediannya pun cepat lagi ringkas. Hari ni Nina kongsikan Puding Susu Kiwi. Memandangkan kat rumah Nina punya extra kiwi so nak bagi cepat licin Nina buatkan puding kiwi.  ...