Posts

Showing posts with the label Kisah dan Tauladan

Nasi Goreng Ayam leftover... Jimat cermat amalan mulia..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Lama Nina tak update enty. Maaf ya... Baru-baru ni eilhan tak sihat dan alhamdulillah dah kembali sihat, ceria dan lorat.  Terima kasih banyak buat yang sentiasa ambik berat bertanya khabar. Terharu Nina.... Ok,  kalau ada balance sikit nasi semalam uolls buat apa? Sikit jer... Simpan fridge, bagi kucing, bagi Mr.Tong (tong sampah) atau pura-pura tak nampak... Kalau Nina, andai nasi balance tuu sikit nina akan simpan dalam fridge beku dan kemudian dikumpul sampai cukup lalu Nina buat nasi Goreng.  Kalau banyak, sapa ngada tak makan tuu,  Esoknya Nina akan terus buat nasi goreng. Jangan laa dibuang nasi tuu walau sikit, kesian nanti nasi tuu nangis! Bukan Nina yang memandai cakap, tapi orang tua-tua yang cakap.   ****Jangan melawan -degil, dengar cakap orang tua!**** hehee.... Kan, kan kannn..?? Bukan nasi jer, lauk-pauk pun sama. Terutama sekali kalau ada baki Ayam Goreng. Sayang dibuang. Bayangkan saudara kita...

Sampai hati..... Insaf ler wahai si pencuri gambar~

Image
As'salamualaikum dan salam sejahtera Dah banyak ... diulangi.... Banyak, banyak kali Nina terperasan gambar masakan/dessert Nina di culik oleh si pencuri siber. Hhhrrmm..... Mula-mula dulu memang lah Nina akan terasa hati bila nampak gambar masakan Nina kat wall fb page/blog lain. Macam-macam rasa ada. ,... Bohong lah kalau Nina tak terasa sedih, marah, kecewa, geram, menyampah dan macam-macam rasa lagi !!! Rasa yang akan menyuntik aura negetif dalam diri Nina.  Tak suka , tak suka.... Dan Nina juga tak nak buruk sangka fikir bukan-bukan macammana mereka sampai hati ambik gambar tanpa kebenaran dan ada lagi >>>>>> siap boleh buang 'Watermark' dan cover/'tutup' ngan watermark mereka. Hamboi..!! Banyak lak masa nak buat semua tuu.... Kan senang click share ajer? Nina nak  prepare masak, memotong, mencuci, menyediakan, snap picture, mengemas, type dalam blog, edit gambar letak watermark, publish semua tuuuuuuuuu memerlukan masa. Itu belum n...

Paku Di Hati ...

Image
PAKU DI HATI... Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada seti...