Posts

Showing posts with the label Telur

Menu paling mudah - Telur Rebus Masak Kari. .. Layannn~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Masak Kari? Menu apa pun sedap dimasak Kari. Samada Kari daging, ayam, ikan mahupun telur. Semua pun sedap dan terpulang ikut citarasa selera masing-masing. Kalau Nina, selalu gak masak Kari sebab balance kuahnya Nina akan buat cecah ngan roti. Favorite Nina dan Gang.. Hehe Kali ni Nina share menu paling simple - Telur Rebus Masak Kari. Nak prepare kuahnya pun Nina bikin simple as can... Maklumlah, kalau yang remeh temeh memang tak kuasa nak buat. Sekali sekala memang layan menu simple mudah gini... Telur Rebus Masak Kari Beberapa biji telur - rebus dulu kemudian kupas kulitnya 3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus 2 ulas bawang putih - dihiris halus Halia - 1 inci - dihiris halus 1 batang kayu manis 1 biji cengkih 2 biji bunga lawang 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan sedikit air menjadi pes 1 kotak santan segera - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss. Garam secukup rasa Sedikit air - ikut citarasa ...

Nasi Goreng Ayam leftover... Jimat cermat amalan mulia..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Lama Nina tak update enty. Maaf ya... Baru-baru ni eilhan tak sihat dan alhamdulillah dah kembali sihat, ceria dan lorat.  Terima kasih banyak buat yang sentiasa ambik berat bertanya khabar. Terharu Nina.... Ok,  kalau ada balance sikit nasi semalam uolls buat apa? Sikit jer... Simpan fridge, bagi kucing, bagi Mr.Tong (tong sampah) atau pura-pura tak nampak... Kalau Nina, andai nasi balance tuu sikit nina akan simpan dalam fridge beku dan kemudian dikumpul sampai cukup lalu Nina buat nasi Goreng.  Kalau banyak, sapa ngada tak makan tuu,  Esoknya Nina akan terus buat nasi goreng. Jangan laa dibuang nasi tuu walau sikit, kesian nanti nasi tuu nangis! Bukan Nina yang memandai cakap, tapi orang tua-tua yang cakap.   ****Jangan melawan -degil, dengar cakap orang tua!**** hehee.... Kan, kan kannn..?? Bukan nasi jer, lauk-pauk pun sama. Terutama sekali kalau ada baki Ayam Goreng. Sayang dibuang. Bayangkan saudara kita...

Mee goreng mudah dan cepat buat tetamu. Mee Goreng Kasihku Ramadhan... Dah Raya laaa Nina...

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Dah bosan makan nasi dan roti? Meh Nina share menu Mee lak.. Senang lagi cepat Mee Goreng. Kalau meehoon lambat sikit sebab nak kena rendam atau masak lama sikit supaya meehoon lembut. Yang mana tetiba tetamu kunjung rumah,  boleh jer sediakan Mee Goreng buat tetamu. Cuma pastikan stok bahan masak sedia ada kat rumah. Kejap jer masak, kelentang-kelentung kat dapur dan siap dimasak. Kenapa nama Mee Goreng Kasih ku Ramadhan? Ni dah nak habis Syawal laaaa Nina. Hahaa... Masa bulan Ramadhan yang lalu, Nina kengkonon joint peraduan Kicap Mahsuri. Verangan nak Menang RM500. Kini tinggal mimpi di siang hari. Hehee~ Masa Ramadhan, Nina suka sediakan menu yang ringkas dan mudah. Mee goreng antara menu kegemaran Nina.  Ok,  Jom tengok resepi mudah Nina. Mee Goreng Kasihku Ramadhan Bahan-bahan 1 packet mee kuning 1 biji bawang merah besar - dihiris halus 3 ulas bawang putih - dihiris halus 1 sudu besar serbuk secukup rasa mi...

Resepi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Esok sabtu, pasti ramai yang buzy dok buat open house kan? Sekarang ni nak beraya dah segan terus ke rumah kengkawan. Semuanya tunggu dijemput open house barulah bertandang. Gitu kann....?? Teringat masa sekolah dulu, konvoi naik basikal pegi rumah ke rumah ngan kengkawan sekolah. Entah rumah sapa pun selamba gi beraya. Kedatangan kita disambut meriah oleh tuan rumah. Bukan nak makan sangat pun.... Minum air sirap, kuih Raya sikit, kenal-kenal, borak-borak, salam salam pastu  balik.... (Kalau dapat duit Raya punyalah seronok -bonus! , tak dapat pun ok jer dulu) Motif dulu kenal sesama Jiran setaman..anak sapa, isteri sapa, dok mana, adik beradik berapa. Sekarang? Jiran sebelah sapa pun tak kenal pastu jarang nampak. Huhuu... Kan kan kannnn~ Yelah.... Dulu lain sekarang lain..  Ok, berbalik pada menu open house - Kot ada yang buntu nak masak apa esok, apakata try masak Mee Kari Style Nina yang mudah lagi simple ni.. Semua...

Buntu daaaa.... Masak menu campak-campak aje. Mudah dan cepat. Tofu telur bersos tiram.

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Lama sungguh Nina cuti Raya. Dan.... Bermula kembali episod masakan menu yang simple lagi mudah buat Nina sekeluarga. Dan lagi.... Bermula juga sakit kepala kebuntuan melanda bila bab nak masak. Selalu kekeringan idea.  Agaknya Nina kurang DHA kot... Sebab tuu sel otak kurang berhubung. Mungkin sebab Nina masih susukan Baby Eilhan, pastu dia  dah kaut semua agaknya.. #ehhh memandai jer kan? Jangan percaya ehh ini hanyalah  khayalan  belaka... Hehee~ Apa nak masak hari ni? Tetiba tak tau nak masak apa kan... Selalu terjadi. Hurmm....  Untuk hari ni Nina masak menu campak-campak aje. Manalah tau kot-kot menu ini dapat membantu uolls kann~ (Uolls pun sama ehh macam Nina - kekurangan DHA) tak mau mengaku sengsorang. Haishh..... Buruk perangai lak Nina ni.  hahahaa~ Tofu Telur Bersos Tiram Bahan-bahan 400g tofu (Nina guna Tofu telur - 2 pack) 1sm halia - dihiris-hiris Carrot -potongan ikut suka 1...

Sambal Telur Burung Puyuh dan khasiatnya....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Cuti sekolah telah bermula. Ke mana uolls bawak anak-anak bercuti atau hanya biarkan anak-anak habiskan masa cuti di rumah sahaja? Jangan laaaa gitu. kesian mereka. Atau yang ada kampung bolehlah pulang ke kampung halaman beramah mesra bersama atok dan nenek. Tentu seronok! Kalau tak der idea boleh ajer ke Farm In The City di Seri Kembangan Selangor. Boleh refer   SINI untuk ceritera di Farm In The City . Dengarnya pihak sekolah pun banyak yang adakan lawatan dan sambil belajar ke sana. Kalau kita yang bawa anak-anak tentu lagi hapening! Berbeza mereka bersama kawan-kawan dan cikgu. Ambillah masa terluang ini bersama insan tersayang... Bila lagi kann? Ok... hari nie Nina sharekan menu Sambal Telur Burung Puyuh. Jangan tak tahu, telur puyuh nie antara paling banyak khasiatnya berbanding telur ayam biasa. Kecik bukan sebarang kecik tau~  Sebelum nie Nina pernah share kan antara khasiat telur puyuh nie... Sebiji telur puyuh nie bers...

Tips masak telur rebus..... hhrmmm~

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera.... Hari yg busy So nina just nak share tips masak telur rebus. Aik? Ini pun nak share? Pasti ada yg berkata-kata..... :P Jangan tak tahu... Ada juga yg tak tahu tips ini. So.sharing is caring. Kalau perlu , take note dan  kalau rasa tak perlu just ignore..... Simple rite!

Tauhu Goreng Sumbat Isi Ayam..... kenapa sumbat? pasal.......

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jumaat Al-Fatehah ….. Titipan ikhlas dari Nina buat mangsa MH370. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Andai benar mereka telah terkorban, T_T Nina doakan moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya. Aamiin… Tak tau nak story mory tentang apa hari nie. Sayu, sebak rasa hati ini …. Kat kawasan rumah Nina time gini, cuaca mendung macam nak hujan seolah memahami kesedihan seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Nina dimaklumkan selepas solat Jumaat tadi, masjid-masjid utama di Malaysia mengadakan bacaan tahlil buat mangsa MH370. Dalam pada kesedihan dan kehibaan, mangsa MH370 amat bertuah lagi beruntung kerana seluruh rakyat Malaysia sama-sama tanpa henti mendoakan untuk mereka. … Walaupun kami tidak mengenali mangsa MH370 secara peribadi. Tak mau citer banyak lagi …… sedey~ huhuuu . . . . Back to basic, soalan yang kerap di tanya kat Nina.. Hari nie Nina masak apa? Apa menu lunch Nina hari nie? Nina...

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari nia Nina share kan lagi menu dari lebihan makanan. Kali nie, menu utama adalah satay. Sapa kat sini suka makan satay?  Angkat tangan....!! Angkat, angkat tangan... angkat!  Ala-ala iklan deodorant kat TV. So, pesanan dari penaja hari nie >>> lepas mandi gunalah deodorant :)  **plak daaaa** dari citer pasal satay tetiba deodorant  hehee~ Satay merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia tanah tumpah darah ku... Nina penggemar satay. Kalau ada tempat yang dikatakan sedap, Nina sedaya upaya nak pegi try merasa. Kalau sedap gerenti Nina akan tapau sikit buat makan2 kat rumah lagi.  Dan kalau tak sedap pun Nina akan tetap akan tapau. **macam sama aje kan**  Tak kisah laaa.... Janji tapau kalau tak rugi ooo….  Tak baik membazir. Kan kan kannn? Selalunya kengkawan  yang rekemen tempat makan satay semua sedap belaka. ker tekak nie tolak batu kayu jer kot Satay yang sedap kat mana? ...

Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Aduh ..... dah beberapa hari Nina tak berkesempatan nak update entry. Maaf sesangat buat yang ternanti-nanti story mory Nina yea. Ke'buzy'an yang amat sejak cuti sekolah nie. Rumah Nina  riuh dengan anak-anak dan syukur Alhamdulillah order untuk cake, dessert dan juga goodies door gift kenduri kendara perlu diselesaikan. So terpaksa lah Nina dahulukan apa yang penting dulu. Terharu lak ada yang email dan whatsapp bertanya khabar Nina.... Nina amat hargai keperihatinan anda.  Hari nie Nina update kan sikit story menu petang yang Nina prepare buat anak-anak.  Maaf sekali lagi, dah lewat petang baru done  nak update.  Asal petang ajer Nina jadi buntu nak sediakan menu minum petang buat anak-anak....  Kali nie Nina nak share roti telur. Tapi ..... roti telur kali nie akan lebih menarik minat anak-anak sebab ada cheese! Laju jer licinnya~ Kalau ada yang punya anak-anak yang kurang nak minum susu, boleh digant...

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Image
  As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Memandangkan MyGang kurang nak makan nasi so Nina sediakan menu dinner yang tak heavy tapi simple, mudah dan cepat disediakan. Yang penting ianya berasaskan roti.  Dah beberapa kali Nina nampak resepi nie kat facebook namun Nina tak sempat nak save. Tetiba rasa nak buat so Nina main agak-agak ajer sukatannya.  Untuk intinya, Nina buat ala-ala inti MyHomemade Roti John yang Nina pernah buat sebelum nie. Boleh tengok SINI   Hhrmm…. Gambar Roti John Nina nie pun dah bersepah orang yang tak bertanggungjawab dok guna pakai tempek kat page/blog mereka. So sad~ huhuu . .. Apalah nasib badan……. Setidaknya bagi lah credit pada tuan empunya gambar. Iyer tak? Berbalik pada cerita resepi Roti Lapis Daging Cheese nie, Nina gunakan loyang size 210mmx210mmx65mm maka Nina pun kecikkan adunan sukatan. Kalau guna loyang sama size macam Nina, kena lah rajin potong-potong dulu rotinya mengikut ketepatan size loyang. Kalau nak senang just guna lo...

Tauhu Kukus Goreng buat Baby Eilhan dan bekalan anak sekolah.

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Tidak dinafikan pastinya semua ibu, emak, umi, mama, mummy selalu akan runsing dan buntu bila nak menyediakan makanan buat si manja. Nina pun juga… Tambahan sekarang nie Baby Eilhan dah 10bulan dan dah ada gigi. Mula-mula gigi bawah 2batang, pastu gigi atas satu dan kemudian gigi atas dah keluar lagi satu. Total 4batang gigi. Tak kan asyik nak bagi makan bubur ajer kan…? Dah boleh bagi food yang gigit-gigit, kunyah-kunyah. Senaman gigi gitu! Hehe . .. Disebabkan petrol dah jadi mahal per litter dan banyak makanan pun dah mula menaikkan harganya so kita tukar menu yang murah tapi penuh dengan khasiat. Sahut cabaran kerajaan untuk berjimat atau lebih tepat 'ikat perut'. erkkk.....~?! OOpss...! Tak mau comment lebih-lebih ;P Tauhu merupakan antara makanan yang mewah dengan sumber protein. Selain protein, kaya juga dengan sumber kalsium. Wahh….! Bagus nie untuk baby Eilhan, boleh develop muscle.  Eh ehh.. Jangan salah sangka lak, buka...

Sandwich Egg Mayonnaise .. breakfast paling cepat, senang dan berkhasiat.

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari nie nina nak share menu breakfast paling ringkas dan mudah.  Sandwich Egg Mayonnaise! Tak perlu masa yang banyak/lama untuk disediakan. Orang malas-malas pun boleh buat.  Tapi kalau ada itu batu besar dok atas kapla atau dok terus menetap dalam badan tu tak tahu laaaa nak cakap camner lagi~~ Tapi untuk orang-orang bekerjaya aka sibuk naaa pegi balik keje, pun boleh jer buat menu nie.. Kalau sibuk sangat pepagi tak done nak buat, boleh sediakan malam pastu masukkan dalam tupperware dan simpan fridge. Esoknya dah ready to eat! Tak perlu gopoh gapah esok paginya. Senangkan….. Dalam apa jua perkara, jika kita inginkan ianya terjadi….  Paling penting haruslah ada sifat positif dalam diri. Semua benda bermula dari mind set kita sendiri. Kita yang create! In Sya Allah (dengan izin Allah) semuanya akan dipermudahkan dan berjalan dengan baik.  “Hendak seribu daya tak nak berjuta-juta dalihnya” Tapi kalau dok vera...

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh. Kecik bukan sebarang kecik tau! Banyak khasiatnyaa....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang.... Telur burung puyuh....!! Pasti ramai yang kenal akan telur burung puyuh nie kan...... Kecik bukan sebarang kecik tau telur nie kerana sebiji telur burung puyuh nie bersamaan dengan 4biji telur ayam!!! Dasyat kannn.... Sapa lah yang sanggup nak makan sekali gus 4biji telur ayam~~ Hehhee... Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak  namun begitu, kepelbagaian itu penting.  Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia.  Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Te...

Telur Dadar Berinti

Image
 As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Salam JUMAAT buat semua ...... Syukur Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Sebaiknya kita p erbanyakkan salam selawat ke atas Nabi, moga-moga kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan oleh NYA dan Insya'Allah akan dipermudahkan segala urusan kita ...  Amin.... Imam As Syafii berkata, “Segala puji hanya milik Allah yang satu saja dari nikmat-Nya tidak dapat disyukuri kecuali dengan menggunakan nikmat baru dari-Nya. Dengan demikian nikmat baru tersebutpun harus disyukuri kembali, dan demikianlah seterusnya.” (Ar Risalah oleh Imam As Syafii 2) Tak semua kanak-kanak suka dan mahu makan sayur. Kat sini Nina share menu yang mungkin boleh membuka selera dan minat mereka untuk makan sayur tanpa mereka sedari. Kadang-kadang tuu, lagi dipaksa lagi  tak mahu jadinya minat untuk mereka makan sayur. Sebaiknya kita cuba pelbagaikan menu agar menarik minat mereka. Deco yang menarik juga memainkan peranan.  Alhamdulillah...