Posts

Showing posts with the label Ikan

Nak ringkas.... Ikan Sambal Berlado. Anak-anak tak makan pedas sila makan ikan goreng aje ehh....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Ini antara menu yang senang dan all in one. Ikan sambal berlada Untuk anak-anak yang tak makan pedas hanya ikan goreng untuk mereka dan ibubapa lak ada sambalnya. Goreng ikan sekali banyak untuk semua. Nak pedas ada sambal. Senang kan.... Antara ikan yang sesuai - ikan tenggiri, merah, cencaru dan bawal. Selain tu, apa-apa jenis ikan lain pun ok. Kalau dapat ikan besar lagi best! Banyak isi. Senang nak makan, tak payah belek-belek tulang. Terutama sekali buat anak-anak. Surirumah macam Nina pun perlu ikan  tak banyak tulang sebab kadang tu time makan pun rushing. Kalau isi ajer senang ngap ngapp !! hehee... (bukan gelojoh ehh) #ehh .... dok rumah pun rushing? Ya, itulah hakikatnya....  nak nak yang punya anak bersekolah tadika dan sekolah dua sesi. Pastu lak waktu balik sekolahnya berlainan antara satu sama lain... nanti petang nak ke sekolah agama lak~ Kalau nak cerita mau 3hari 3malam tak sudah. Hahaha.... Sebelum Nina menerusk...

Salam Rabu... Minggu nie nasi goreng apa? Nasi Goreng Ikan Bilis

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Wednesday! Amboi….. pepagi dah dapat whatsApp tanya hari ni Nina masak Nasi Goreng style apa? Prihatin sungguh…. Terharu you~ Actually, kadang kala antara pertanyaan gini jelas menampakkan seseorang itu antara teman dan sahabat kita. Mereka ini lah yang selalu follow dan ambil tahu tentang diri kita. Mahu kan tidak?? Dari soalan pun dah sedia maklum beliau dah memang lebih arif dan kenali Nina… Asal Rabu ajer Nasi Goreng~~ hehee Terima kasih teman alam maya. Walaupun tidak mengenali secara live ** cakap omputeh lak** namun persahabatan di alam maya lebih telus nampaknya…. Yea.. Zaman sekarang ramai kawan yang tikam kawan dari belakang. Zaman sekarang? **Nina lahir zaman batu kah?? Tetiba terasa dah tua~ ** jap jap, tengok cermin nak kira wrinkle. Masih belum ada wrinlke banyak laaaa. Muda lagi~** Ini reality, pernah terjadi satu ketika dulu. Nina tak salah kan sesiapa tapi bersyukur kerana itulah pengajaran dan pengalaman berharga buat Nina. Te...

Kari Ikan Patin... Sedap ker?

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Kari ikan Patin? Aik…!! Selalunya Ikan patin kan masak tempoyak.  Hah…! Kali nie Nina masak lain dari yang lain…. Kalau Ikan Patin ajer dok asyik masak tempoyak, kadang tu jemu juga. Kadang Nina masak asam pedas, kadang tu Nina goreng tapi kali nie Nina masak kari lak. Kita yang masakkan dia so belasah ajer laaa…… Janji ikan tu dimasak dan boleh dimakan . Sedap ker? Hhrmm…. Not bad. Anak-anak suka. Licin periuk belanga Nina~ Senang dicuci. (Bukan Nina pun yang cuci~ Terima kasih Abg) hehee….. Beruntung Nina punya hubby yang ringan tulang. Selalu & always forever tolong keje-keje rumah. "Sayangggg Abg banyak-banyakkk" Wah wah wahhh….. tetiba feeling loving lak~ hahaa…. Jangan u all termuntah hijau lak. *Oopssss!!* Anak-anak makan sama nasi panas dan macam biasa MyGang prefer makan roti. Cecah sama roti! Fav dia.. Kuah kari automatic jadi pekat bila kita masukkan ikan patin sebab ikan patin banyak lemak. So kari nie Nina tak masukkan ...

Kari Kepala Ikan Kerapu.... jangan dok merapu sudaa lah yea... hehehe

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Kari Kepala Ikan…. Kari style mana yang sedap?  Kari Melayu yang ada santan ker, Kari style mamak tanpa santan? Ker Kari style baba nyonya? Hah..!! Mana satu pilihan kalbu… Bagi Nina pula, kari ikan mana-mana pun sedap. Itulah keunikkan makanan Malaysia. Satu jenis masakan yang dipelbagaikan akan terserlah kenikmatannya yang tersendiri. Itu belum bab kari lain2 negeri ……. Yang pedas, yang lemak, yang berempah, macam-macam ada… Kalau masak kari ikan style Nina sangat simple! Pasal Nina pun tak gemar yang remeh~ Bahan asas yang utama mesti ada – rempah campuran kari ikan. Apa tuu? Senang ajer…. Nina beli yang dah ready packing dan memang tertulis label rempah campuran kari ikan. Kat mana nak beli? Boleh didapati kat Mydin, Giant dan Tesco pun ada rasanya… Dalam satu paket semua ada… All in One Selain tuu, bahan asas yang utama tentu lah rempah serbuk kari ikan.  Jangan tanya Nina brand apa yang sedap. Macam-macam brand Nina cub...

Bila mama demam..... Sambal sardine ajer lah yea~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar? Nina harap teman-teman semua sihat walafiat hendaknya.. Kesihatan adalah satu anugerah rezeki yang tak ternilai tanpa kita sedari. Tanpa kesihatan yang baik, belum  tentu kita  dapat menjalankan tanggungjawab dan keje dengan lancar. Apatah lagi dalam mencari rezeki. Rezeki bukan terletak hanya pada duit atau kekayaan tapi juga kesihatan, keceriaan, kebahagiaan, dan juga kesederhanaan. Syukur~ HomeMade bakers macam Nina nie  (merangkap surirumah) lagi perlukan kesihatan yang baik untuk menunaikan permintaan pelanggan. Nina selalunya mula baking lepas semua anak-anak tido hinggalah ke subuh.  Bergantung juga pada kuantiti tempahan. Kalau banyak, petang Nina dah mula baking... Bila tido? hhrrmm..... asal done. Dapat siap cepat, cepat lah dapat tido sebelum anak ke sekolah esoknya... Gitu laa rutin harian Nina bila ada tempahan. Homemade bakers lain pun gini lah life depa kan..?? Normal jerr~ Namun, Nina enjoy! Seba...

Fish & Chips with Rice Ball.. Menu untuk SiManja anda..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Pernah tak mengalami situasi anak yang sukar makan? Kebiasaan ibubapa akan mengalami situasi begini dan mostly kanak-kanak punya sifat begini...   Jarang ada anak yang suka makan, tak memilih menu, terima dan makan ajer apa yang dihidangkan...  Setuju tak? Jangan risau kerana anak yang sedang membesar sedang mencari minat mereka. Ibubapa lah yang harus hormati minat dan citarasa mereka. Tak semua kanak-kanak sama citarasa walaupun mereka adik-beradik. Mereka pun macam kita juga,  punya selera dan citarasa makanan  yang pelbagai menu, begitu juga mereka. Yang penting, kita harus sajikan makanan yang berkhasiat dan  seimbang. Kadang-kadang memang stress dibuatnya kan...??  But how ....? Disini Nina sharekan menu yang simple dan berkhasiat untuk simanja anda. Ada ikan untuk protien, ada kentang untuk karbohidrat, ada sayuran, tomato dan tak lupa Nina sediakan nasi (makanan utama kita) yang telah Nina kepal-...

Fish n Chips with Mushroom Black Pepper Sauce~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Imam Hasan Al-Basri r.a. berkata: “Berbahagialah orang yang sibuk melihat keaiban diri sendiri daripada sibuk melihat keaiban orang lain." Salam Jumaat buat semua .... Apa khabar teman-teman semua yang tersayang...? Nina doakan semuanya sihat walafiat disamping tugasan yang sedia menanti dan juga bersama keluarga tercinta.  Setiap insan di dunia ini sememangnya tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan  namun jika kekurangan dan keaiban yang ada pada diri sendiri dipandang dari sudut yang positif, ingin sentiasa belajar dari kesilapan pasti akan memberi sejuta kebaikkan dalam diri.  Berbalik kepada menu hari nie merupakan menu yang simple, cepat, sederhana lagi berkhasiat antara menu yang selalu menjadi pilihan Nina sekeluarga. Tambahan pula, Mr.Hubby kurang sangat nak makan nasi so menu western lah yang selalu menjadi pilihan dihati.... Hari nie Nina nak share resepi Fish n Chips with Mushroom Black Pepp...

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai dan Khasiatnya

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Siapa suka makan petai?? angkat tangan ..... Wahh ...!! Ramainya suka makan petai. Hehhee .. . . Petai merupakan sejenis sayuran dalam golongan ulam-ulaman. Selalunya petai akan dimasak bersama sambal tumis udang mahupun ikan bilis. Kombinasi yang sangat ideal.  Makan pula bersama nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan punyaaa~~ Ada tuu, makan sampai berpeloh-peloh (macam berlari 5kali padang bola)  sambil lap-lap keringat. Hehheee .... itu semua penangan 'Petai' Petai nie banyak khasiatnya. Antaranya ; 1. Boleh membantu menurunkan tekanan darah, jadi mereka yang berpenyakit darah tinggi, sangat bagus mengamalkan makan petai nie. 2. Kandungan fiber yang tinggi dalam petai boleh mengurangkan sembelit. ? Ianya akan memudahkan proses penghadaman! Try makan petai banyak-banyak masa dinner, tengok esok pagi apa jadi~~ Hehhe .... 3. Menghilangkan gigitan nyamuk, gatal-gatal dan bengkak- caranya hanya gosok kulit petai ditempat ...

Grilled Salmon With Black Pepper Sauces

Image
A'salamualaikum dan salam sejahtera ... Doa Ramadan: Hari Kesebelas "Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."  Amin... Pernah makan Ikan salmon tak? Ikan Salmon nie sedappp, isinya lembut dan punya rasa yang tersendiri. Memang sesuai lah dengan harganya yang agak mahal kerna ikan salmon nie punya bermacam-macam khasiat berbanding ikan-ikan yang lain. Antara khasiatnya adalah  kaya dengan Omega-3. Baik untuk otak! Tidak hairan lah ramai ibu-ibu mengandung akan makan ikan salmon nie time pregnant. Disamping itu, kebanyakkan para ibu akan memilih ikan salmon nie sebagai hidangan untuk sikecil. Masih dalam ingatan time baby Nina yang sulung baru mula belajar makan, pasti ikan salmon yang Nina pilih untuk dimasukkan dalam bubur.  Omega-3 ju...

Fish and Chips with Coleslaw

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Western Food lagi ~~~~ Sebelum nie Nina pernah tayang resepi Ikan Dory Grilled. Boleh tengok kat SINI . Kali nie Nina nak share resepi Fish & Chips with Coleslaw. Resepi yang mudah dan cepat penyediannya. Cuma bab coleslaw tuu ajer, sebaiknya disediakan dulu. Kalau nak buat awal sehari dua pun boleh. lagi bagus kerna lagi lama coleslaw tuu dok dalam peti ais, coleslaw tuu akan sebati rasanya antara satu sama lain dan rasanya akan lebih sedap! Percaya lah ~~~ Ikannya pula seperti biasa, Nina beli kepingan ikan Dory yang ada jual dibahagian frozen kat mana-mana hypermarket pun ada. Selalunya dalam satu pack ada 3-4 keping. Cukup lah untuk keluarga yang kecil macam Nina nie.... Selalunya kat restaurant, mereka sediakan Fish & Chips bersama Black Pepper Sauce. Memang sedappp kombinasinya cuma kali nie Nina makan as simple as can ; hanya bersama cili sos dan mayonnaise ajerr... Untuk yang berminat nak buat Mushroom Black Pepper Sauce boleh ...

Grilled Dory Fish With Garlic And Lemon Sauces

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Mama, masak apa tuu...??  Mama nak panggang ikan Dory.. Hah??? Ikan Dory yang colour biru yang banyak cakap pass tu selalu lupa macam kat dalam cerita 'Nemo' tu ker...??? Haishhh ..... itu cerita dalam filem. Kuat pengaruh filem laaaaa bebudak nie Hahahaaaa . . . . . Ikan Dory berasal dari laut dalam Australia. Kebanyakkannya dijual dalam bentuk fillet. Mostly menu  Fish and Chips menggunakan ikan fillet nie. Isinya berwarna putih dan sangat lembut. Selalunya ikan dory nie  sedap dimasak panggang ataupun goreng salut tepung. Ada juga yang buat masak masam manis setelah digoreng salut tepung dulu. Terpulang laaa kepada setiap citarasa. Hari nie Nina nak share kan lagi antara menu berkhasiat untuk semua.  Grilled Dory Fish With Garlic & Lemo Sauce.  Wahhh .....!! Ala-ala menu western hari nie kita~~ Ikan dory nie boleh dibeli kat pasaraya bahagian frozen. Selalunya dalam satu pack ada beberapa keping. Cukup...

Ikan Siakap Kukus Berkicap

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Hari nie nak share menu yang konon-kononnya makanan berkhasiat. Ala-ala stim gitu .... Kalau asyik dok makan bergoreng, menumis, berlemak bagai nanti badan pun naik lemak.  Entah mana laaaaa... lemak tuu nak dok nyorok lagi kan.. Spare tyre pun dah tak der ruang nak letak daaa ... Nak kena pikul agaknya lemak-lemak tu nanti.  Parah parahh ..!!! ~~~~ Hehhee . . . . Menu kukus mengukus nie antara menu fav Nina. Sebab nya :::: cepat dan mudah. Taruk semua dalam pengukus dan kukus dalam 10-15 minit dah siap! Senangkan ...... Lagipun ini antara menu yang amat berkhasiat dan baik lagi bagus untuk mereka-mereka diluar sana yang amat mementingkan diet yang berkualiti.  (Kualiti lah sangat kannnn...)  Kalau dah makan dengan 2 mangkuk nasi memang tak der makna nyer diet tuuuu.  Hehee . . . . Sebelum-sebelum nie Nina dah pernah masak Ikan Talapia Kukus ,  Ikan Talapia Kukus Carca Marba Nina . ..Kali nie Nina buat Ika...

Ikan Masak Taucu

Image
As'salam dan Salam Sejahtera ... Salam 1 Rejab. Syukur Alhamdulillah Rejab kembali lagi .....  Moga-moga Rejab kali ini dapat dimanfaatkan bersama dengan kebaikkan yang ada.  Bulan Rejab nie bulan yang sangat mulia dalam Islam dan punya  banyak kelebihan dan kebaikkan jika beramalkan sebaiknya ... nak tahu kelebihan bulan Rejab?? Boleh lah singgah kat  SINI . Terdahulu Nina dah pernah share tentang kebaikkan Bulan Rejab. Renung-renungkan dan selamat beramal ~~~ (biasa dengar kan tag line tuu ~~~) Ikan Masak Taucu nie adalah entry lama yang tertinggal nak update sebelum nie. Entah macam  mana lah Nina boleh terlupa nak masukkan. Tengah tengok-tengok  gambar lama dan kebetulan terperasan yang ikan nie belum pernah interframe rupanya ... hehehe Tak per laa... walaupun gambar lama akan tetapi resepi dan rujukan yang penting. Ini antara masakan yang biasa-biasa ajer cuma sesekali pekena memang menyelerakan. Boleh bikin seseorang itu tambah nasi t...

Asam Pedas Tumis (Melaka ) Ikan Pari

Image
As'salam dan salam sejahtera .... Asam pedas merupakan masakan kegemaran family Nina. Boleh dikatakan setiap hari Mama Nina akan masak asam pedas. Maklum lah, asam pedas nie fav Baba Nina.... Orang Johor lah katakan walaupun asam pedas nie trademark masakan orang Melaka. Tapi mostly ramai orang Johor suka asam pedas. Pada pendapat Nina, ikan yang digunakan amat memainkan peranan penting sebab lain ikan maka lain lah rasa kuahnya. Kalau Mak Long Nina dari Johor, pelbagai sama pedas ada.... Asam Pedas Daging, Asam Pedas Ayam dan macam2 pun dia akan masak asam pedas. Pernah sekali tuuu, Nina rasa asam pedas daging. Memang sedappp...!! Air tangan Mak Long Nina memang sedappp!  Mmmm ...... citarasa masing-masing. Buat Nina pula, nak kata fav sangat asam pedas tuu tak der fav sangat sekadar sekali sekala masak lah juga. Ok laaa.... jom kita tengok resepi Asam Pedas Melaka yang Nina ambil dari salah satu buku - harta karun Nina... Asam Pedas Melaka Ikan Pari sumber: Buku Resip...