Fish & Chips with Rice Ball.. Menu untuk SiManja anda..

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Pernah tak mengalami situasi anak yang sukar makan? Kebiasaan ibubapa akan mengalami situasi begini dan mostly kanak-kanak punya sifat begini...  
Jarang ada anak yang suka makan, tak memilih menu, terima dan makan ajer apa yang dihidangkan...  Setuju tak?

Jangan risau kerana anak yang sedang membesar sedang mencari minat mereka. Ibubapa lah yang harus hormati minat dan citarasa mereka. Tak semua kanak-kanak sama citarasa walaupun mereka adik-beradik. Mereka pun macam kita juga,  punya selera dan citarasa makanan  yang pelbagai menu, begitu juga mereka. Yang penting, kita harus sajikan makanan yang berkhasiat dan  seimbang. Kadang-kadang memang stress dibuatnya kan...?? But how ....?

Disini Nina sharekan menu yang simple dan berkhasiat untuk simanja anda. Ada ikan untuk protien, ada kentang untuk karbohidrat, ada sayuran, tomato dan tak lupa Nina sediakan nasi (makanan utama kita) yang telah Nina kepal-kepal bentuk bebola - comel kann... untuk menarik minat anak-anak.  Jom tengok resepinya~~


Fish & Chips
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory - Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Sampingan
Kentang Goreng - Nina guna ready made ajer then goreng garing dan toskan.
Mix Vege - direbus seketika
Nasi - dimasak seperti biasa, kepal-kepalkan 
Tomato
& apa sahaja mengikut citarasa masing-masing


Cara-cara
1- Ikan Dory dinyahbekukan. 
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur 
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, bahan sampingan lain dan juga  sos kegemaran.

Selamat mencuba!

Untuk sos, boleh dihidangkan bersama sos pilihan mereka samada cili sos, tomato sos, mayonnaise ataupun thousand Island. Tepuk dada tanya selera~~

Kalau nak mencuba  Lemon Sauce boleh lah singgah SINI dan jika inginkan kombinasi pedas terangkat a.k.a Black Pepper Sauce click SINI pula yea...


Moga menu ini akan membuka selera dan minat anak-anak anda untuk makan. Jika anak-anak tak mau juga makan, anda ajer lah yang perabih kan ehhh ..... hehehe . . . .
Jangan berputus asa kerana setiap hari adalah pengalaman berharga untuk kita :)






Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam