Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

As'salam semua ...
Begitu pantas masa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat. Jangan leka membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Betapa ruginya insan yang suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Nina nak share serangkap ayat  yang selalu memberi motivasi buat Nina.

Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik. Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya....

Dalam erti kata lain, kebahagiaan tak akan datang dengan sendirinya. Kenangan terindah juga tidak  akan tercipta  tanpa usaha. Semua yang berlaku kita lah penentunya. 
Syukur Alhamdulillah, Nina bersyukur kehadrat Ilahi diatas apa yang Nina ada sekarang. Semuanya adalah 'kenangan terindah' buat insan yang bernama "Nina". Alhamdulillah :)

Hari nie Nina 1st time buat Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce. Alhamdulillah... Walla ~~~~menjadi. Sungguh tak sangka... Maklumlah, selalunya nak makan chicken chop pasti ke restaurant Western Food. Mahal plak tuu... Hehehe ....

Terima Kasih banyak buat Kak Fida dari MyResepi sebab Black Pepper Sauce beliau sangat menepati citarasa Nina dan terutama sekali Hubby Nina. Memang SEDAPPPPP ....!!! Hingga ke titisan terakhir sos tuu kami menikmatinya ~~~
Jom kita tengok resepinya .... 








Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce  

(Kita prepare Sauce nyer dahulu yea ....)
Mushroom Sauce / Sos Cendawan Chicken Chop
Sumber : My Resipi -   Kak Fida

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)

Cara-caranya



Bahan-bahan untuk Chicken Chop
5 ketul peha ayam yang dibuang tulangnya (Nina beli yang dah siap ajer kat market)
sedikit  tepung jagung
sebiji telur  - dipukul
sedikit serbuk roti (Nina tak der stok so Nina guna Nestum)
garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan perencah untuk diperapkan bersama daging ayam 
2 sudu besar sos 'Worcestershire' (Nina guna brand MAGGI)
1 sudu besar sos titam
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar lada sulah 
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 sudu besar jus halia (tumbuk2, perah dan  ambil airnya)
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
 * * * * Kesemuanya diperap selama 3-4 jam. Kemudiaan dimasukkan ke dalam peti ais selama 15minit sebelum digoreng. (TIPS : jangan lebih 15minit dalam peti ais yea)

Cara-cara menggoreng Chicken Chop



Selamat berChop Chop ....... !!!






Labels: ,