Posts

Showing posts with the label Sayur-sayuran

Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bosan-bosan dok rumah kadang tak tahu nak makan apa tuk minum petang. Tapi perut dok nyanyi keroncong ala Hetty Kos Endang. Acaner? Nak plak yang tak de Kos. Bukan Hetty Kos Endang lagi ya.... Kos = duit Kekadang kedekut gak!  hahaa..!! Nak keluar rumah lak malas melanda. Ini malas punya orang susah mau cakap!  Ehh ... Jerebu laaa hehee Belek-belek kat dalam peti ais nampak kentang aje...  Hurmm.... bikin cucur kentang ajer laaa~ meh Nina kongsikan resepi cucur kentang yang paling mudah tapi heaven seyhh makan panas-panas cecah cili sos sambil dok depan TV sebelah Geng ... Itupun nak citer  HAHAA..!! suka hati laaa.... Ini kan blog Nina! Wakakaaa...!! Gelak JAHAT!  Maaf yea... sekali sekala gurau manja - tulis type  kecik ni. . Nampak tak?? Hehehee ... CUCUR KENTANG Bahan-bahan Tepung gandum Kentang buang kulit - potong dadu Carrots - parut jer Daun sup sikit cincang halus Air secukupnya...

Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti pita antara menu paling senang dan cepat disediakan buat yang tak makan nasi.   Konon-konon diet kan.... Rotinya beli aje yang dah siap pastu inti nya lak terpulang pada citarasa individu. Part sayur juga terpulang selera tekak masing-masing. Kot ada tak minat makan mix vege boleh digantikan dengan tomato, timun atau coleslaw. Part intinya pula,.kalau tak minat daging, boleh jer ganti ngan ayam, seafood, fillet ikan. Ikut mana suka dan mana yang mudah. Yang penting berkhasiat dan seimbang.  Kata nak diet makan nasi memang bagus tapi jangan lak dok belasah roti pita sampai 3set.  Rosak rosak..!! Hahaa Nak diet lagi bagus, ikut style P.Ramlee. Macam adengan 3 Abdul.  Ambik bau aje! Hehee.... Ok, sebelum Nina dok tambah ngan dialog P.Ramlee Jom tengok resepi simple Roti Pita Berinti Dating yang mudah ni... Zassss~ Roti Pita Daging Simple Bahan-bahan 5 keping roti pita 1 paket daging kisar 4 ulas bawang p...

Resepi mudah open house / jamuan : Mee Kari Simple

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Esok sabtu, pasti ramai yang buzy dok buat open house kan? Sekarang ni nak beraya dah segan terus ke rumah kengkawan. Semuanya tunggu dijemput open house barulah bertandang. Gitu kann....?? Teringat masa sekolah dulu, konvoi naik basikal pegi rumah ke rumah ngan kengkawan sekolah. Entah rumah sapa pun selamba gi beraya. Kedatangan kita disambut meriah oleh tuan rumah. Bukan nak makan sangat pun.... Minum air sirap, kuih Raya sikit, kenal-kenal, borak-borak, salam salam pastu  balik.... (Kalau dapat duit Raya punyalah seronok -bonus! , tak dapat pun ok jer dulu) Motif dulu kenal sesama Jiran setaman..anak sapa, isteri sapa, dok mana, adik beradik berapa. Sekarang? Jiran sebelah sapa pun tak kenal pastu jarang nampak. Huhuu... Kan kan kannnn~ Yelah.... Dulu lain sekarang lain..  Ok, berbalik pada menu open house - Kot ada yang buntu nak masak apa esok, apakata try masak Mee Kari Style Nina yang mudah lagi simple ni.. Semua...

Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Ayam Goreng Kunyit Ini antara menu kegemaran yang disajikan oleh peniaga nasi berlauk di warga kota Kuala Lumpur. Ada juga peniaga yang hanya menjual menu ini sahaja.  Simple jer kan... Harga ?? Hurmm.... Lain tempat lain pula standard harganya.  Ada yang RM5 sebungkus dan ada juga mencecah sehingga RM7 sebungkus!   Mahal?? Oh Malaysia... Syukur masih aman. Ok, nampak mahal walaupun sebenarnya senang aje nak buatnya namun menu Ayam Goreng Kunyit inilah antara menu laris yang dijual semasa waktu rehat makan tengahhari di kawasan tumpuan pejabat di KL.  Bagi pembeli ada nasi, ada ayam bersama sayur dan ada sikit sambal belacan. Ringkas! Makanan seimbang.  Setuju tak...?? Sebenarnya nak masaknya pun senang dan sekejap ajer... Cuma atas kerajinan dalam diri samada nak buat atau tidak. Itu ajer kann.... Kalau tetiba kot-kot kerajinan datang menjelma,  boleh aje sediakan bahannya malam dan esok pepagi...

Buntu daaaa.... Masak menu campak-campak aje. Mudah dan cepat. Tofu telur bersos tiram.

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Lama sungguh Nina cuti Raya. Dan.... Bermula kembali episod masakan menu yang simple lagi mudah buat Nina sekeluarga. Dan lagi.... Bermula juga sakit kepala kebuntuan melanda bila bab nak masak. Selalu kekeringan idea.  Agaknya Nina kurang DHA kot... Sebab tuu sel otak kurang berhubung. Mungkin sebab Nina masih susukan Baby Eilhan, pastu dia  dah kaut semua agaknya.. #ehhh memandai jer kan? Jangan percaya ehh ini hanyalah  khayalan  belaka... Hehee~ Apa nak masak hari ni? Tetiba tak tau nak masak apa kan... Selalu terjadi. Hurmm....  Untuk hari ni Nina masak menu campak-campak aje. Manalah tau kot-kot menu ini dapat membantu uolls kann~ (Uolls pun sama ehh macam Nina - kekurangan DHA) tak mau mengaku sengsorang. Haishh..... Buruk perangai lak Nina ni.  hahahaa~ Tofu Telur Bersos Tiram Bahan-bahan 400g tofu (Nina guna Tofu telur - 2 pack) 1sm halia - dihiris-hiris Carrot -potongan ikut suka 1...

menu sahur : ringkas dan cepat - Sotong Goreng Berempah

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera, Puasa hari ni? Tadi sahur makan apa? Mostly untuk sahur ramai ibubapa yang memilih untuk makan nasi berlauk untuk anak-anak supaya mereka dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. Dan lagi supaya lambat rasa lapar nanti. Kalau tak nanti mamanya yang stress dok menjawab soalan ulangan bertubi-tubi "mama, lama lagi ke waktu berbuka" **sekali sehari ok lagi tapi kalau setiap 30minit sekali lepas asar??**  huhuhuu~ (Tetiba rasa nak buat recording voice! Auto play every 30minute) Hahahaa... It's ok, itulah episod kesengalan kesabaran keadaan keibubapaan. Ngeee~ Menu untuk bersahur selalunya adalah yang ringkas  dan cepat penyediaannya. Semestinya penggunaan cili dan sambal amat tipis.  So Nina prefer yang goreng tapi ada rasa yang akan membangkitkan selera.  Nak lagi cepat, sahur semua sekali Nina buh dalam tuu... Sekali masak jer! **bukan alas tapi bijak**  Yolah.. Bijak lah sangat kannnn~ sapa lagi nak puji kita.. Hehe...

Menu tutup mata - paling senang! Bendi masak asam rebus.... Tak reti gak tak tahu nak cakap apa daaa....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bendi Selalunya dimasak sebagai bahan sampingan dalam masakan. Contohnya kari, asam rebus dan tidak ketinggalan asam pedas untuk dia. Eehh.... Pengaruh drama TV   hehee Citer tuu memang best kann...?? Ok, Bendi.... Menu lain untuk bendi yang selalu orang masak adalah bendi goreng bercili. Tapi macam leceh sikit kan nak buat sambalnya dulu. Yelah, nak kena rebus cili, blend, goreng cili jadi sambal lagi.  bla bla blaaa...... banyak keje!  K adang tuu Nina malas gak.  Oopssss..hahahaa.....!! Pecah tembelang, Nina jujur okey~  hehee Hari ni Nina sharekan menu paling senang, ringkas, cepat. Kiranya sambil masak tutup mata pun gerenti jadi lah! Bohonglah tuu masak sambil tutup mata   ***Tolong jangan tiru aksi ini, dilarang sama sekali*** Tapikan memang mudah pun masaknya.  Sap sap sui ajer~ Hanya campak-campak segala bahan yang ada dan rebus siap!  Paling penting rasa keseimbangan masam, masin dan ...

Akhirnya..... Tauhu celop tepung ajer. Senang!

Image
As'salamualaikum dan salam sejahtera Cuti sekolah dah bermula. Haru biru huru hara lah rumah dari pagi ke malam hari.... Nina pasti mama permaisuri  rumah akan sibuk kat dapur menyediakan menu untuk anak-anak. Maklumlah, time cuti sekolah nie anak-anak cepat naaa laparnya. Ada ajer yang nak di kunyah-kunyah.  Apa laaa nak masak buat kudap-kudapan anak-anak petang gini.  Buntu jadinya... Semalam Nina dah buat cucur bawang untuk minum petang. Hari nie..?? hadoii~~ Actually, Nina ada beli lebih beberapa tauhu. Rancangnya nak buat tauhu kukus goreng. Nina pernah share sebelum nie. Boleh singgah tengok resepi kat  SINI Dok ulang alik  kat dapur tup-tup dah petang. Menu minum petang tak sedia lagi.... Akhirnya tauhu tuu Nina goreng celop tepung ajer... senang! Selesai. Hahahaa....  Ada yang nak tengok gak ker cara-cara tauhu celop tepung. Hehee.... Nina guna tepung serbaguna jenama Pak Long colour hijau. Beli kat kiosk Ramly. Nina suka tepung nie, se...

Tauhu Kukus Goreng buat Baby Eilhan dan bekalan anak sekolah.

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Tidak dinafikan pastinya semua ibu, emak, umi, mama, mummy selalu akan runsing dan buntu bila nak menyediakan makanan buat si manja. Nina pun juga… Tambahan sekarang nie Baby Eilhan dah 10bulan dan dah ada gigi. Mula-mula gigi bawah 2batang, pastu gigi atas satu dan kemudian gigi atas dah keluar lagi satu. Total 4batang gigi. Tak kan asyik nak bagi makan bubur ajer kan…? Dah boleh bagi food yang gigit-gigit, kunyah-kunyah. Senaman gigi gitu! Hehe . .. Disebabkan petrol dah jadi mahal per litter dan banyak makanan pun dah mula menaikkan harganya so kita tukar menu yang murah tapi penuh dengan khasiat. Sahut cabaran kerajaan untuk berjimat atau lebih tepat 'ikat perut'. erkkk.....~?! OOpss...! Tak mau comment lebih-lebih ;P Tauhu merupakan antara makanan yang mewah dengan sumber protein. Selain protein, kaya juga dengan sumber kalsium. Wahh….! Bagus nie untuk baby Eilhan, boleh develop muscle.  Eh ehh.. Jangan salah sangka lak, buka...

Situ sana sini... Mana-mana ada Potato Fritters. Sedap ranggup!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Potato Fritters!  Fenomena baru yang melanda geng masak-masak kat Fb sekarang nie. Rata-rata semua kengkawan Nina kat Fb dah mencubanya. Masing-masing berdesup-desup tayang gambar mereka. Ini tak boleh jadi nie..... Nak kena try! Depa pun dok citer betapa bestnya menu kudap-kudapan nie.  Ranggup laaa, menerujakan laaa, asyik laaaa, makan tak ingat laaa, dan macam-macam komen positif. So Nina pun tak nak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasa menu yang ramai dok khabarkan situ sana sini sinun.... Walaupun dah kelewatan Nina mencubanya (rasanya dah sebulan resepi nie fofular) dan ala-ala tertinggal keretapi lambatnya Nina mencuba but its ok. Better than nothing right? So far kat Fb ada ramai yang komen positif tentang Potato Fritters nie namum ada juga yang memperlekehkannya.... "alaa.... nie macam jemput-jemput ajer"    lain sikit pasal jemput-jemput banyak tepung "setakat kentang pun nak kecoh satu malaya "...

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai dan Khasiatnya

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Siapa suka makan petai?? angkat tangan ..... Wahh ...!! Ramainya suka makan petai. Hehhee .. . . Petai merupakan sejenis sayuran dalam golongan ulam-ulaman. Selalunya petai akan dimasak bersama sambal tumis udang mahupun ikan bilis. Kombinasi yang sangat ideal.  Makan pula bersama nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan punyaaa~~ Ada tuu, makan sampai berpeloh-peloh (macam berlari 5kali padang bola)  sambil lap-lap keringat. Hehheee .... itu semua penangan 'Petai' Petai nie banyak khasiatnya. Antaranya ; 1. Boleh membantu menurunkan tekanan darah, jadi mereka yang berpenyakit darah tinggi, sangat bagus mengamalkan makan petai nie. 2. Kandungan fiber yang tinggi dalam petai boleh mengurangkan sembelit. ? Ianya akan memudahkan proses penghadaman! Try makan petai banyak-banyak masa dinner, tengok esok pagi apa jadi~~ Hehhe .... 3. Menghilangkan gigitan nyamuk, gatal-gatal dan bengkak- caranya hanya gosok kulit petai ditempat ...

Telur Dadar Berinti

Image
 As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Salam JUMAAT buat semua ...... Syukur Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Sebaiknya kita p erbanyakkan salam selawat ke atas Nabi, moga-moga kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan oleh NYA dan Insya'Allah akan dipermudahkan segala urusan kita ...  Amin.... Imam As Syafii berkata, “Segala puji hanya milik Allah yang satu saja dari nikmat-Nya tidak dapat disyukuri kecuali dengan menggunakan nikmat baru dari-Nya. Dengan demikian nikmat baru tersebutpun harus disyukuri kembali, dan demikianlah seterusnya.” (Ar Risalah oleh Imam As Syafii 2) Tak semua kanak-kanak suka dan mahu makan sayur. Kat sini Nina share menu yang mungkin boleh membuka selera dan minat mereka untuk makan sayur tanpa mereka sedari. Kadang-kadang tuu, lagi dipaksa lagi  tak mahu jadinya minat untuk mereka makan sayur. Sebaiknya kita cuba pelbagaikan menu agar menarik minat mereka. Deco yang menarik juga memainkan peranan.  Alhamdulillah...

Homemade Mashed Potato with Gravy...

Image
As'salam dan Salam Sejahtera ... Cuti sekolah kembali lagi .....  Kemana cuti sekolah nie? Pasti ibubapa akan membawa anak-anak pergi bercuti tak pun balik ke kampung halaman. Buat Nina sekeluarga, belum plan lagi utk holiday ke mana-mana.  Kadang-kadang tuu kalau terasa nak kemana-mana terus ajer pegi tanpa planning. Pack ajer baju terus berangkat ke destinasi. Cuma ....  Untuk tahun nie, masa tak begitu mengizinkan kerna weekend Nina pula dah sibuk bersama urusan kuliah. Tengok laaaa anak-anak yea..... Pasti akan mama adakan  aktiviti bersama sempena school holiday nie. Pasti ada ~~~~   Sebelum nie Nina ada post entry Chicken Grill with Black Pepper Sause tapi Nina lupa lak nak masukkan entry resepi mashed potato yang interframe sekali  kat chicken grill tuu ... Resepi chicken grill tu boleh refer kat  SINI . Mashed Potato nie amat mudah penyediaannyer. Anak-anak pasti suka ~~~~ Bak kata anak-anak Nina, "sayanggg mama...." sambil peluk k...

Sayur Tolak Campur Capsicum~~

Image
As'salam dan salam sejahtera semua .... Suka makan sayur tak?? Tak suka ehhh ....... Haishhh ..... tak boleh gitu, kena makan tau~~ Sayur merupakan makanan yang penting dalam sajian kita seharian. Sayur juga merupakan menu wajib yang perlu ada untuk keseimbangan diet seharian.  Biasa tak makan capsicum atau cili benggala? Nina suka sangat pada capsicum nie sebab tak pedas dan warnanya cantik. Ada beberapa warna antaranya merah, hijau dan kuning.  Capsicum atau Cili benggala punya banyak khasiat yang mungkin tanpa kita sedari. Kalau kita perasan, dekat fastfood seperti Pizza Hut,  capsicum antara sayur yang menjadi pilihan untuk diletakkan sebagai topping.  Suka Nina nak share disini tentang khasiat capsicum/cili benggala Cili benggala • Cili benggala amat tinggi dalam kandungan vitamin C dan merupakan sumber vitamin dan mineral lain. Kandungan vitamin C adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. • Cili benggala merah juga amat tingg...

Kobis Masak Lemak Putih

Image
As'salam dan salam sejahtera buat teman-teman semua .... Alhamdulillah syukur .... Bagai nak gugur jantung Nina apabila semalam tak boleh nak sign in account blog Nina. Entah dimana silapnya Nina pun tak tahu. Berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Sedih, kecewa, marah, geram .... semuanya ada. Setelah episod demi episod rintangan dilalui, akhirnya CoratCoret Nina kembali lagi. Syukur Alhamdulillah .... .. Dengan harapan perkara ini tak akan berulang lagi. Amin .... Menu hari nie cukup simple. Menu ala-ala masakan kampung gitu. Sangat menyelerakan, anak-anak pasti suka..... Untuk kita pula, makan bersama ikan goreng yang digoreng garing-garing atau pun ikan masin bersama sambal belacan.  Perghhhh!! tak pandang lauk lain daaaa~~ Ok.. jom tengok resepinya.... Kobis Masak Lemak Putih Bahan-bahan 1/2 biji kobis bulat saiz sederhana, hiris sederhana kasar 1 camca besar penuh udang bersaiz kecil 1 biji bawang besar, hiris halus 4 ulas bawang putih, dititik 1 biji cili ...

Sayur Kacang Boncis Bersos Tiram

Image
As'salam dan Salam Sejahtera buat semua ... Apa khabar semua hari ini? Moga-moga sihat walafiat hendaknya ... Buat yang kurang sihat tuu, segera lah berjumpa doktor dan dapatkan ubat yang berkaitan untuk di makan. Ubat perlu dimakan mengikut jam yang sepatutnya baru effektif ubat tuu .... Jangan lah main taramm ajer bila nak makan dan jangan lupa makan dulu sebelum makan ubat yea .. Kalau tak nanti penyakit lain lak yang mengundang. Parahhh dibuatnyer~~  Dalam kehidupan seharian, sayuran amatlah penting. Sayur kacang boncis antara sayur pilihan Nina sekeluarga. Alhamdulillah, anak-anak Nina tak cerewet dalam bab makan-makan nie. Semuanya makan cuma yang kecil tu ajer payah nak kasi makan. Siap main kejar-kejar  dengan dia kalau time makan. (dah tentu mama dia yang dok mengejar anaknya.... heehee...) Tapi, biasalah.. anak kecil normally memang begitu.   Sabar ajer laaaa . . . . . . Jom intai-intai resepi Nina yang tak seberapa nie... Kacang Boncis Bersos Tir...