Posts

Showing posts with the label Resepi

Simple Strawberry Cake.. Senang, blend aje!

Image
Sapa aje yang pergi ke Cameron Highland pasti borong strawberry kann? Beli banyak-banyak tu selain makan korang buat apa? Ahaa... Nina nak shere ngan korang resepi cake paling mudah, Resepi Strawberry Cake Simple. Korang tak payah mixer bagai. Blender je! Senang kann? Baru-baru ni cuti sekolah Nina sekeluarga ke tempat yang nyaman lagi dingin (idok ler sejuk mana punnn sana) yang berpancaroba gigih untuk sampai ke sana. Cabaran anak-anak mual mabuk sepanjang perjalanan. Mujur dah siap sedia plastik untuk mereka. Paling rare Yana, dah inform akan pening nanti, naik aje kereta dia terus tido sampai destinasi. Settel! Hahahaa.... Bijak dia.  Balik dari Cameron Highland stok strawberry banyak dok melambai-lambai ala model.suh perabih kan.  Resepi Cake paling Mudah. Blender je Resepi ni Nina apditasikan dari resepi orange blend. Sebelum ni Nina dah pernah share dulu. Kali ni Nina bikin lagi sempena birthday gang. Happy birthday my gang. Moga diberi kelihatan yang baik walaf...

Minyak Zaiton untuk masak... Boleh ke?

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Meh rapat dekat sini kengkawan Nina yang tersayang..  Minyak apa yang uolls biasa guna untuk masak dan minyak apa pula untuk dressing salad? Sapa pernah guna minyak ini? Minyak Zaiton. Sapa lak Zaiton ni...? Bukan Zaiton Sameon atau Zaiton mata air Sudin dalam Seniman Bujang Lapok. Dok ketuk botol kicap sama botol cuka.  #ehh... Lebey sudaaa melalut. Hehee.... Minyak Zaiton aka nama omputeh nya Olive Oil. (Gambar bawah ni kalau tak kenal) Sekadar perkongsian ilmu berkaitan Olive oil... Selama ini kita memasak guna olive oil yang tak sesuai untuk memasak... Laaa... Iyer ke? Alamak...!! Alhamdulillah, baru-baru ni Nina terbaca satu artikel tentang Olive Oil.  Minyak zaitun mempunyai komposisi kimia yang unik. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 3 jenis minyak zaitun utama iaitu,  Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin olive oil (VOO)  Based Olive Oil (BOO). Yang boleh ditelan se...

Dessert mudah minum petang - Bubur Jagung, Keledek & Sagu

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ni , Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana Selain strawberry. Macam-macam jenis lak tuu... Ada madu, mutiara dan sedap juga dimakan begitu saja. Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya beli. Cultures shocked konon!  Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng belanja bayarkan .  Hehehe...!! Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baju kat rumah Nina bikin bubur. Biasanya  jagung Nina kombinasi bersama barli. Tapi kali ni Nina tambah keledek dan sagu.  Mmmm.... Sedap juga kerjasama sagu dan keledek. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung.  Ehh... sendiri buat, sendiri puji. Ahaks!  Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni.... BUBUR JAGUNG KELEDEK & SAGU Bahan-bahan 2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja) 4ketul kel...

Kek Nestum - sedap, moist dan bahannya pun mudah

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa suka makan Nestum? Cer angkat tangan . . . . macamlah Nina nampak lak kannn  . Nina suka makan nestum. Rasanya yang lemak dan tidak terlalu berat selesa aje lalu kat tekak. Ia juga tidak muak. Sesuai buat sarapan pagi. Selalunya Nina makan Nestum bersama air coklat panas. Nestum tuu lak tidak pekat. Ala-ala air bercereal gitu. Boleh laaa buat alas perut tatkala kelaparan tahap tertinggi atau sebagai appetizer sebelum makan berat. **Hamboi** banyak makan Nina nie…. Hehee Dah jemu asyik buat Choc Moist Cake yang paling sedap, sesekali nak juga coba buat kek lain. Selak punya selak buku resepi ‘Hidangan Kek’ keluaran penerbitan Alaf 21, akhirnya Nina decide nak cuba Kek Nestum.  Hurmm…. Sedap tau Kek Nestum ni. Terasa lemak manis Nestum, moist dan menepati citarasa Nina sekeluarga. Nak pula Nina dok calit skit topping cream cheese ngan strawbery, laju ajer Geng belasah.  Haipp…!! Ingat orang belakang sikit~...

Mee Hailam Mudah dan cepat.... Menu kegemaran anak-anak

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Rata-rata ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak payah nak suka makan nasi. Tak tahu kenapa. .. Mereka lebih suka makan menu lain terutama berasaskan roti dan Mee. Anak-anak Nina pun sama. Terutama sekali Eilyana. Nak suruh makan nasi umpama panas menanti beku. #ehh... Macam tak kena ehh... Erkk~ buat-buat faham je laa ehh  Hahahaa.. Dipendekkan cerita, mamanya kena laa rajin masak yang bukan berasal dari nasi. Kadang Nina gantikan menu bihun, Mee dan pasta. Amboi Yana, taste omputeh gitu!  Layankan aje janji dia makan. Settel...  Mee Hailam Mudah ini antara menu yang kerap Nina masak. Lagi pun cepat penyediannya. Masuk aje apa rencah yang ada dalam fridge. Kadang Ayam, Udang, daging (daging malas sikit pasal lambat empuk) . Untuk anak-anak tak perlu nak bersakan sangat masak, nanti depa tetiba tak mau makan kita yang stress. Keikhlasan dan kebersihan yang utama.  Kita lebih arif akan kehendak dan kegemaran me...

Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka. Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab senang dan kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran... Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnn.. Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng.  Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja.... Simpan dalam 'tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang.  "Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka"  Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan! Ok, tak mau...

Sotong tin REX masak asam.. Menu mudah lagi nostalgia

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Sapa pernah makan sotong dalam tin warna oren coklat? Kat luarnya tulis jenama REX. Ada logo ala-ala crown permaisuri gitu.... Tak tau sila google ya.  Kalau nak tahu, sotong dalam tin ni sangat nostalgia buat orang dolu-dolu. Menurut citer Abah Nina, Atok Nina dulu polis dan tika dulu mereka diberi subsidi bahan asas keperluan. Antaranya adalah sotong dalam tin jenama REX ini.  Resepi ini pun olahan dari zaman atok nenek Nina dulu. Sekarang menu ni antara menu kegemaran Nina sekeluarga. Paling best penyediaannya sangat cepat dan mudah.  Lebih tepat menu malas masak! Hehee.... Ssyyyhh.... Jangan cakap orang ehh.!!  Pecah lobang.  Hahaa..!!  (Idok lerr malas mana pun - ayat sedapkan hati) hihiii~ Ok, menu ni juga sesuai buat menu lauk bubur nasi terutama buat orang sakit, tak de selera makan, tekak tawar dan pelbagai sakit yang seangkatan dengannya. •••sakit hati pun boleh try••• Sebab.......

Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Ada yang bertanya apa menu Nina sediakan untuk baby Eilhan (1tahun++) untuk sarapan pagi dia. Katanya pepagi hari sibuk ngan pelbagai urusan kadang tak terbuat breakfast untuk anak-anak. Ya, betul.. Pepagi lah antara waktu yang buzy menguruskan pelbagai urusan. Bukan aje yang keje kat office, kat rumah lagi kelam kelibut dibuatnya. Nak nak sejurus 'bos besar' bangun tido ... Focus hanya untuk dia.  Sebenarnya focus dia hanya kat kita. Dok bully Mama dia. Huhuhuu~ Selalunya menu yang simple aje. Rushing kann...??  Konon  Hehehee~... Untuk baby Eilhan menu breakfast dia sangat mudah. Roti cecah susu, roti sapu jem kadang tuu roti kosong aje. Hehee... Roti aje?? Ya, sebab dia suka roti. Bukan malas ok! Hehee.... Yang penting eilhan harus makan dan ianya berkhasiat! Selain tuu kadang ada gak menu lain. Tak kan laaa setiap hari roti kann~  Menu lain boleh refer menu kudap-kudapan kat bahagian search (cari)...

Cucur Crab Meat buat minum petang anak-anak. Simple dan senang...

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Buntu kot nak sediakan juadah buat minum petang anak-anak. Selalu tak tau nak bagi makan apa petang cenggini. Nak pulak laa ni time hujan, pasti lapar. Kita yang mak budak pun terasa Sedapnya makan time hujan.... Mode verangan sambil minum kopi panas! Hahaa... Berangan tak sudah nanti apa pun tak siap! Huhuu... Usah dilayan. kan, kann kannnn.... Meh sini Nina share kan menu yang cepat dan mudah. Anak-anak pasti sukakannya... Kadang-kadang kan, menu yang mudah gini lebih mendapat bintang-bintang berkerdipan dihati daripada hidangan yang susah lagi remeh disediakan pastu sapa pun macam segan nak makan. Sedey kann.... So, play safe daripada penat dan sengal nak prepare, kita sediakan aje yang mudah dan cepat. Janji ada sesuatu juadah untuk anak-anak makan sat lagi.. Tok sah fikir banyak, buat stress ajer nanti. Relax~ Cucur Crab Meat Bahan-bahan Crab meat secukupnya - dipotong-potong. Anggaran 1inch 2 cawan tepung gandum...

Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...

Image
As'salamualaikum dan Salam Jumaat Daging korban masih ada dalam fridge ni... Uolls percaya tak? Betapa lama dok dalam freezer kan sejak Raya Korban lepas. Simpan lelama, mana tau kot beranak daging tu tetiba jadi 2kilo.  Untung kann?? Hahahaa... Ppsstt >>> Jangan lah ikut perangai buruk Nina ni ya.. Perap lelama dalam freezer. Hehe... Ker ramai macam Nina gak?? Cepat ngaku.... Tak baik bohong tau. Hahahaa.. HAHAHA.... **gelak jahat..!!** Sebenarnya tak tau dah nak masak apa daging ni. Ulang-ulang dok masak sup, goreng, Satay Goreng, masak Kicap. Hurmm.... Akhirnya masak Kicap juga pilihan di hati. Hitam tu kan menawan..!! Chewah~ Bukan apa, menu ni senang, anak-anak pun suka.  Jom intai resepi mudah dan ringkas ni. Mana lah kot ada yang tak reti masak Kicap rujuk aje sini.... Hehe Daging Masak Kicap Lemak Manis  Bahan-bahan +-300g Daging - dipotong kecil2 1 labu bawang besar - mayang halus 2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr ...

Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Ini antara menu yang rajin Nina masak. Rajin konon ... hehee Sebenarnya malas nak masak pelbagai menu lain, so semua pun Nina masuk sekali dalam ni. Senang kan.....?? Tak perlu masak menu sayur lak.. hihii Kot apa yang ada stok dalam fridge tuu, masukkan aje. Janji boleh makan dan disesuaikan ngan bahan utama. Jalan... Sebelum ni Nina pernah share Ayam Goreng Kunyit yang fofuler sebagai menu lauk tuk  nasi campur. Orang keje office suka menu ringkas gini.  Orang kat rumah pun suka gakkk.... hehee Oh ya, kot nak tengok resepi Ayam Goreng Kunyit silalah click  SINI sini sini sini....... Manalah tau, resepi yang Nina sharekan ini memberi inspirasi buat uolls yang buntu nak masak apa nanti.... Kali ni gambar live update dari dalam kuali kat dapur kecik Nina.. Tak done nak buh kat pinggan bagai Baby Eilhan dah berbisik kerinduan lagi syahdu nak bully mama dia ni... Semak Phone lak ada tepi ni, terus snap aje asal ...

Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bosan-bosan dok rumah kadang tak tahu nak makan apa tuk minum petang. Tapi perut dok nyanyi keroncong ala Hetty Kos Endang. Acaner? Nak plak yang tak de Kos. Bukan Hetty Kos Endang lagi ya.... Kos = duit Kekadang kedekut gak!  hahaa..!! Nak keluar rumah lak malas melanda. Ini malas punya orang susah mau cakap!  Ehh ... Jerebu laaa hehee Belek-belek kat dalam peti ais nampak kentang aje...  Hurmm.... bikin cucur kentang ajer laaa~ meh Nina kongsikan resepi cucur kentang yang paling mudah tapi heaven seyhh makan panas-panas cecah cili sos sambil dok depan TV sebelah Geng ... Itupun nak citer  HAHAA..!! suka hati laaa.... Ini kan blog Nina! Wakakaaa...!! Gelak JAHAT!  Maaf yea... sekali sekala gurau manja - tulis type  kecik ni. . Nampak tak?? Hehehee ... CUCUR KENTANG Bahan-bahan Tepung gandum Kentang buang kulit - potong dadu Carrots - parut jer Daun sup sikit cincang halus Air secukupnya...

Congo Bars... Senang aje buat rupanya..

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Congo bar antara kudap-kudapan yang pernah hot satu ketika dulu. Ramai dah dok cuba cuma  Nina aje yang lambat. Tak pe.laaa lambat dari tak mencuba langsung kannn~ Sebenarnya dah beberapa bulan Nina dah buat tapi entah macammana tak perasan belum share resepi nya. Aje kekurangan DHA gamaknya Nina ni.... Sel otak tak berhubung kot. Hurmm.... Yg penting sentiasa berhubung ngan hubby. Ke situ plak~ hahaa... Jom nengok resepi sebelum Nina melalut ceritera bukan-bukan.. Nanti habis semua dicelotehkan...  Resepi ni Nina rujuk dari blog Kak  Rima . Terima kasih Kak... Nina panjangkan disini pula ya.. Ok, Congo Bars senang aje buatnya. Nak makan lagi senang..!! Sekejapan licin.. Rasa dia sedap, chewy gitu. Buat penggemar coklat dan kekacang gerenti suka! Kalau letak lagi nak banyak kacang lagi sedap.. Nina ada tambah parutan coklat bar, empingan jagung kat dalamnya. .. Lebih wallaaa~ Ni gambar step by step... Kot s...

Menu paling mudah - Telur Rebus Masak Kari. .. Layannn~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Masak Kari? Menu apa pun sedap dimasak Kari. Samada Kari daging, ayam, ikan mahupun telur. Semua pun sedap dan terpulang ikut citarasa selera masing-masing. Kalau Nina, selalu gak masak Kari sebab balance kuahnya Nina akan buat cecah ngan roti. Favorite Nina dan Gang.. Hehe Kali ni Nina share menu paling simple - Telur Rebus Masak Kari. Nak prepare kuahnya pun Nina bikin simple as can... Maklumlah, kalau yang remeh temeh memang tak kuasa nak buat. Sekali sekala memang layan menu simple mudah gini... Telur Rebus Masak Kari Beberapa biji telur - rebus dulu kemudian kupas kulitnya 3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus 2 ulas bawang putih - dihiris halus Halia - 1 inci - dihiris halus 1 batang kayu manis 1 biji cengkih 2 biji bunga lawang 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan sedikit air menjadi pes 1 kotak santan segera - terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss. Garam secukup rasa Sedikit air - ikut citarasa ...