Menu breakfast paling mudah dan cepat : Roti Bakar Cheese
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ada yang bertanya apa menu Nina sediakan untuk baby Eilhan (1tahun++) untuk sarapan pagi dia. Katanya pepagi hari sibuk ngan pelbagai urusan kadang tak terbuat breakfast untuk anak-anak.
Ya, betul.. Pepagi lah antara waktu yang buzy menguruskan pelbagai urusan. Bukan aje yang keje kat office, kat rumah lagi kelam kelibut dibuatnya. Nak nak sejurus 'bos besar' bangun tido ... Focus hanya untuk dia.
Sebenarnya focus dia hanya kat kita. Dok bully Mama dia. Huhuhuu~
Selalunya menu yang simple aje. Rushing kann...?? Konon Hehehee~...
Untuk baby Eilhan menu breakfast dia sangat mudah. Roti cecah susu, roti sapu jem kadang tuu roti kosong aje. Hehee...
Roti aje?? Ya, sebab dia suka roti.Bukan malas ok! Hehee.... Yang penting eilhan harus makan dan ianya berkhasiat!
Roti aje?? Ya, sebab dia suka roti.
Selain tuu kadang ada gak menu lain. Tak kan laaa setiap hari roti kann~
Menu lain boleh refer menu kudap-kudapan kat bahagian search (cari).
Jom tengok menu breakfast pagi tadi. Simple cepat dan mudah. InsyaAllah anak-anak suka dan akan ada episod siaran ulangan. Silalah rajin melayan nanti ya...
ROTI BAKAR CHEESE
Bahan-bahan
Beberapa keping roti
Cheese secukupnya
Magic pan (non-stick pan)
Penyediaannya
1- panaskan pan, susun 2keping roti dan Bakar seketika. Balikkan
2- letakkan cheese atas roti dan tutupkan dengan roti lagi satu
3- kemudian tutup pan seketika. Supaya cheese cair dan melekat antara roti.
4- sedia dihidangkan.. Ulang semula bergantung pada berapa set yang diperlukan. ..
Senang kan? 5minit pun dah boleh siap....
Setakat gini, Abah pun boleh buatkan lain kali. Iyer dak??
"Mama nak 3set ya..." #ehhh... Hihiii~
Setakat gini, Abah pun boleh buatkan lain kali. Iyer dak??
"Mama nak 3set ya..." #ehhh... Hihiii~
Jangan lak kita diet sampai anak pun kena follow skip makan. Pasti berkeroncong perut mereka. Sian diaaa~
Sapa buat gini??? kejamnya. Bababb you!!
Walau apa pun menu yang kita sediakan untuk si manja, pastikan ianya berkhasiat. Sesibuk mana pun kita, pastikan mereka diberi sarapan terlebih dahulu. Ini kerana dengan sarapan yang berkhasiat akan membekalkan tenaga seharian untuk si manja kita. Semua dah cukup tak de laa nanti episod pujuk memujuk, tantrums bagai...
Tips >>> tak perlu menu yang payah lagi remeh untuk si manja,.nanti kalau dia tak mau makan, tak minat dengan menu yang kita susah payah sediakan tu, kita juga yang frust menonggeng lalu stress. Jangan terjun bangunan lak! Haishh......
Biar simple senang cepat janji berkhasiat dan habis licin! Kita pun happy.... Lalalaaa~
MENARIKNYAAAAA
ReplyDeletesedapnya!
ReplyDeleteAkiff pun suke jugak kalau gini sbb ade cheese... akiff mmg pencinta cheese sama mcm ummie die...
ReplyDeletewow.. nampak sangat menyelerakan tuh! macam nak mintak satu je. hahaha
ReplyDeleteWah nampak menyelerakan..blh cuba utk anak2..
ReplyDeletebercorak jadinya roti ni..nmpk sedappppp
ReplyDelete