Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di awal bulan February 2013. February ...... ramai yang mengatakan tentang bulan Cinta. Almaklum lah kalau omputeh kata Valentine Day gitu... (14 Feb)
Akan tetapi Nina tak celebrate punnn.... Cuz hari-hari pun Cinta mekar dalam hati
Chewahhhh~~~~ Ooucchh!!


Hari nie Nina nak share resepi Butter Cake yang paling simple dan juga Cream Icing yang paling mudah tapi sedap! Resepi nie Nina dapat dari owner kedai kek. Punya lah baik hati beliau nak berkongsi ngan Nina resepi yang digunakan di kedai kek nya. Kata beliau, kek yang sedap tidak semestinya perlu menggunakan bahan yang banyak tetapi bahan yang digunakan itu haruslah yang berkualiti tinggi dan bersih. Itulah rahsia kedai kek beliau bertahan lama .....

Story mory tentang Cream Icing pula, ada bermacam-macam versi resepi cream icing. Ada yang buh butter, vanilla esen, krimwell, shortening dan macam-macam lagi ~~~
Pada mulanya, Nina terkezut juga bila owner tuu bilang yang resepi cream icingnya hanya krimwell + gula icing sahaja! Akan tetapi, itulah resepi yang digunakan dah berbelas tahun sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang bakery nie. So far, tiada complain dari customer malah ramai yang sukakannya. 

Bila Nina dah try, memang sedappp! Tak jemu/muak dan kanak-kanak amat menggemarinya! DAN yang paling penting bahan asas nya amat mudah, tak perlu macam-macam bahan. Nak deco pun senang dibentuk, colour pun cantik cuz krimwell nie colour base nya putih berbanding kalau resepi yang letak butter - colournya agak kuning dan susah nak dapatkan colour yang tepat. Bila putih, macam-macam colour yang kita kombinasikan semuanya terserlah dengan cantiknya! 
Kalau tak percaya...... cuba lah! :)
Jom tengok resepinya~~



Butter Cake Simple
Bahan-bahan
250g Gula caster
250g Butter
5 biji telur (B)
250g Tepung naik sendiri

Cara penyediaanya
1-  Panaskan oven terlebih dahulu
2-  Putarkan butter dan gula caster hingga kembang
3-  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
4-  Masukkan tepung naik sendiri, pukul hingga rata
5-  Kemudian tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris, hentak sekali (jangan pula hentak sampai nak terkeluar balik adunan tuu yea - pelan-pelan sudaaa) 
6-  Bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak.  (cucuk tengah ngan lidi - kalau lidi bersih tandanya kek dah masak)

Cream Icing 1 
Bahan-bahan
1kg krimwell
1/2kg gula icing ( di ayak 2x)

Cara penyediaannya
1-  Pukul krimwell hingga kembang
2-  Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
3-  Adun bersama colour (oil base) dan dah boleh guna tuk mendeco-deco

Resepi 2
500g krimwell
300g golden syrup
160g butter
***** Resepi2 ini colournya sedikit kuning susu sebab adunan golden syrup dan butter.
Tapi sangat mudah nak pukul hingga kembang dan halus berkrim berbanding resepi1 yang menggunakan gula icing yang sedikit kasar.

>>>>> Adunan cream icing akan dapat sangat banyak so boleh lah buat separuh dari adunan yea
Kalau terasa banyak juga, belah cake kepada 2-3 bahagian dan buh lah cream icing kat lapisan tengah cake  tuu :)


Selamat mencuba!

Comments

  1. Salam nina...cantek nye kek...deco2 bunga tu..mmmg pro lh ni kn..nnti nk try krim versi ni..tq sharing :-)

    ReplyDelete
  2. slm kak Nina cyg...
    cantik kejadian kek ni..kemas n mnarik

    ReplyDelete
  3. macam sedap je kek ni..pandai akaq buat..

    ReplyDelete
  4. As salam Nina. Dah cuba cream ising tu malam tadi. Sebelum ni, pekerja bakeri di City Bakers pun recommend menggunakan krimwell dan gula. Rasanya macam kek ising zaman kecil kecil dulu. Boleh tahan panas ke ni?

    Regard,
    Azie Kitchen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Azie,
      Terima kasih kerna sudi mencuba :)
      Yup, cream ising nie boleh tahan panas, tak akan mencair seperti fresh cream. Mostly banyak kedai-kedai kek menggunakan resepi nie.

      Delete
  5. As salam..krimwell mcm mn rupe die? Klo d psar raya die trletak bhagia ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Hyun Ayumi,
      Krimwell berwarna putih ala-ala macam mayonnaise. Tak dijual kat PasarRaya. Hanya boleh dibeli kat kedai bahan kek Bakery.

      Delete
  6. Salam...akak camne nk deco bunge2 tu???sy trgin sgg nk buat nihhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ...
      kak Nina pun bukannya pandai sangat.. Cuba2 pastu gi kelas deco baru dpt step yg betul. Practise make perfect!
      kena rajin mencuba, In Sya Allah mesti boleh buat nanti :)

      Delete
  7. Very simple. I really wanna try

    ReplyDelete
  8. salam..mcm mana nak tau krimwell yg dipukul tu dah kembang yer...agak2 kena pukul berapa minit dgn speed berapa....tenkiuu nina... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Wawawiwi,
      - semasa pukul kita akan nampak krimwell tuuu kembang naik dua kali ganda dari asal dan gula icing larut sebati....
      - kalau kita rasa guna jari akan terasa smooth. (tak akan rasa kasar gula icing tuu)
      - mula2 guna speed perlahan, dah agak kembang baru naikkan speed.
      - berapa lama nak pukul tuuu bergantung pada kuantiti krimwell. (Nina selalunya pukul sekali banyak so agak lamaaaa~)

      Delete
  9. Bpa lama nk pkul krimwell ngan gula icing???

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Linda,
      - berapa lama nak pukul tuuu bergantung pada kuantiti krimwell. (Nina selalunya pukul sekali banyak so agak lamaaaa~)
      - kena pukul sehingga krimwell kembang dua kali ganda dan sebati bersama gula icing.
      kita akan nampak kejadiannya yang gebu, ringan dan boleh dicorak bentukkan :)

      Delete
  10. Krimwell 1kg bpe hrge?

    ReplyDelete
  11. Assalam...sis, nak tnya cara simpan lebihan icing tu camne?

    ReplyDelete
  12. Wslm ...
    Nina akan simpan dalam fridge belah bawah ajer. Bila nak guna lagi, just keluarkan ke suhu bilik (cream tu akan lembut semula) then dah boleh digunakan lagi...

    ReplyDelete
  13. Krimwell tu rasanya mcmna ek? Tak rasa cepat muak mcm buttercream kut ye?

    ReplyDelete
  14. Thanks sis. lama dah cari recipe icing :)

    ReplyDelete
  15. SALAM..KRIM WELL NI NGAN WHIPPING CREAM SAMER KER..TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ...
      krimwell & whipping cream berbeza (tak sama)

      Delete
  16. salam nina. saya tengah tengok icing kek nina. warna putih mmg warna kegemaran sya. masalahnya saya tak pandai nak buat icing. apakah alat2 nak buat icing dan cara nak icing

    ReplyDelete
  17. Asalamualaikum. .nina nak tnya, rasa krimwell ni mcm whipping cream yek..klu sy nak nk buat icing coklat .sy tambah serbuk koko boleh? Bpa anggaranya? Dan sbnarnya sy tgh mencari resepi icing yg drp marjerin planta yek...sebab sy bpa suka butter ada x resepi boleh x kongsi..hehe..sy nak buat kek harijadi anak saya ahad ni.pls share nina.klu ada.tq...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Linda,
      Rasa krimwell nie tak sama macam whipping cream yang lemak manis. Krimwell nie rasanya macam icing cream tuk deco cake yang selalunya jual kat kedai2 kek. (kek biasa bukan continental cake).
      Ya, rasanya ala-ala icing cream yang menggunakan resepi drpd marjerin cuma resepi Nina nie tak letak marjerin.
      Untuk icing coklat, hanya letakkan pewarna coklat. Kalau serbuk koko akan membuatkan icing kental dan susah nak mendeco nanti. Nina sarankan kalau nak rasa coklat sebaiknya buat ganache cream. Lebih sedap...!!!
      Resepi boleh rujuk sini >>>http://ninamirza.blogspot.com/2012/12/chocmilo-crepe-wallaaaa.html
      Moga penjelasan Nina ini dapat menbantu Linda membuat kek harijadi tuk anak Linda nanti
      HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE untuk anak u....

      Delete
    2. Akak nk tanya krimwell 1kg bpe ?

      Delete
    3. Maaf lambat reply, baru perasan....
      1/2kg krimwell harganya anggaran RM4

      Delete
  18. Salam kak.. nk tanye gule icing tu ke yg buat kn kek tahan lame klau suhu bilik?

    ReplyDelete
  19. kakak tak payah pakai vanilla esen eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amirah,
      tak perlu... kalau nak letak sikit pun boleh :)

      Delete
  20. Kak sy nk tya icing nie tahan panas tak.. sy baru first time nak ttry buat icing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iska Na Diya,
      Icing nie tahan panas cuma dengan syarat tak der laaa jemur/direct matahari yea..
      Sesuai untuk long distance, outdoor function, dan apa saja majlis :)
      Selamat mencuba!

      Delete
  21. aslm..kak klu letak krimwell dgn gula icing saja bolh x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Greenz Smilez,
      boleh ... memang resepi cream icing nie menggunakan krimwell & gula icing sahaja :)

      Delete
  22. Salam kak, icing ni kita juz campur warna yang kita nak dengan pewarna je la ye? contoh kalau nak hijau campur pewarna hijau? and nak letak berapa sudu?tq ツ

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,
      yup, just tambah pewarna (yg berasaskan minyak yea -oil base) untuk mendapatkan colour.
      Sukatan pewarna tu bergantung pada warna yang di inginkan. Kacau adunan tu sampai menepati colour pilihan

      Delete
  23. Salam kak kl guna gula pasir then blender bg halus bleh x ganti gulla icing

    ReplyDelete
  24. wslm, tesktur dan rasa gula pasir blend dan gula icing tak sama.
    gula pasir blend sangat manis.
    sebaiknya guna gula icing (ianya juga untuk mengekalkan deco tahan lama)

    ReplyDelete
  25. Salam kak...nk tanya la....knp saya bt bila keluarkan kek dr peti Sejuk, cream tu berair n kaler dia jadi luntur yer? Terima kasih

    ReplyDelete
  26. W'salam Lily,
    Kak Nina pun kurang pasti puncanya. Faktor kemungkinan :-
    - krimwell tak pukul sehingga betul-betul kembang dan gebu.
    - colour tuu oil base ker pewarna biasa? Kena guna oil base sebab pewarna biasa tu berasaskan air so mungkin ianya mencairkan cream icing tadi.
    .
    ini hanya pendapat kak Nina secara rawak. Moga ianya membantu Lily..

    ReplyDelete
  27. Salam boleh guna letak kat pavlova x untuk perjlnan yg jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azira,
      untuk pavlova bukan menggunakan icing cream. Icing cream nie lebih kurang macam butter cream. Kombinasi icing cream tak sesuai untuk pavlova
      Pavlova menggunakan whipping cream non dairy (hanya pukul hingga kembang dan sedia digunakan). Whipping cream ini juga yang digunakan untuk crepe durian dan juga sebarang continental cake
      Info : whipping cream utk pavlova ini pula tak berapa lasak untuk perjalanan jauh.
      Moga inya membantu Azira

      Delete
  28. nina blh x tunjuk step wat bunga rose drpd icing cream ni..sy teringin sgt nk tau mcm mana wat bunga rose tu...kl nina sudi blh x sharing tools yg nina guna utk deco2 kek.
    tq nina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaseby,
      Nina memang teringin nak buat ala-ala VT namun tak berkesempatan.
      Syaseby boleh refer banyak youtube cara2 nak buat bunga. mostly caranya sama.
      Kena selalu try an error.

      Delete
  29. Icing ni rs masin x..mcm d kedai kek. Da byk kl da beli sume icing rs masin..kl ni nk try icing cream nina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lela wati,
      rasa masin? musykil Nina .....
      Resepi ini In Sya Allah tak akan rasa masin. Sikit garam pun tak der
      Oooo.... maybe yg sebelum nie ada tambah butter kot.
      Lela cuba resepi no.1 ehh....
      Selamat mencuba!

      Delete
  30. Lbhan Krimwell yg blum guna cmne nk simpan ye n brapa lma dia tahan..
    Buttercream lak brpa lma ye dia tahan simpan dlm fridge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct,
      Lebihan krimwell simpan dalam bekas kedap udara suhu bilik. Kalau nak simpan dalam fridge pun boleh (lebih baik). Nanti nak guna semula just keluarkan suhu bilik sehingga lembut semula. Tahan ikut expired date kata aunty bakery.
      (Pengalaman Nina tak pernah simpan hingga expired date)
      .
      Utk butter cream pula, sejujurnya Nina kurang pasti seberapa lama boleh tahan sebab mostly dalam seminggu ajer Nina simpan. (Dalam fridge).
      Minggu kedua Nina dah add perisa dan buat sapuan kat roti kasih settle ;)

      Delete
  31. salam macam mana nak buat krim\ aising

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyra Shy,
      Boleh refer entry kat atas ... Ada cara2 dan resepinya
      Ada resepi1 dan resepi2. Kak Nina prefer resepi1
      TQ

      Delete
  32. Klu buat icing tu mmg kene ltk kaler ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada individu....
      Kalau x letak color, putih adalah base.colournya.

      Delete
  33. Klu buat icing tu,bole pki majerin je.x paya pki butter?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga cuma kalau pakai butter lebih sedap dan wangi..
      Deco juga lebih tahan lama rekabentuknya.

      Delete
  34. Wa'alaikumussalam Sya,
    Mula-mula beat perlahan, kemudian Sya akan nampak krimwell kembang 2kali ganda dan tekstur.adunan ringan dan mudah di bentuk. Lastly beat lain sekejap dan ready to add color dan deco.
    Masa Kak Nina tak pasti sebab Kak Nina sebab. Ianya bergantung pada kuantiti.
    Yang pasti krimwell akan kembang 2kali ganda dan gula icing dah sebati.
    Akan terasa smooth licin.... Kalau gini dah ok siap.

    ReplyDelete
  35. Sama-sama Sya...
    Aamiin... Terima kasih di atas DOA nya

    ReplyDelete
  36. Wa'alaikumussalam Sya,
    Alhamdulillah.... Kak nina tumpang happy!
    Mesti cantik Kek yg Sya deco kan....? Pasni dah buleh ambik order~ hehee
    Terima kasih di atas DOAnya... Aamiin

    ReplyDelete
  37. salam kak nina..cemana nak buat ye kalau buttercream kita nmpk berat sikit..tk nmpk ringan..kalau nk ikutkn dh habis pukul smpi kembang..sbb sy derhaka sikit dgn resepi..suka menokok tmbah ratio di setiap ingredient..hehe..blh tak klu nmpk berat campur dgn susu cair atau kena tmbh lagi krimwell>?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam....
      Alamak!! Kalau dah banyak adjust Kak nina pun payah nak jawab.
      Boleh try add krimwell lagi. Gunakan 1/3 bahan yg sedia ada pastu add krimwell. Pukul.sampai kembang. Part susu cair tak sure lah yang..... Maaf yea...
      Huhuuu~~

      Delete
  38. Assalamualaikum..nk tnya resepi cream icing1.. Untk disapukn pada kek ke...Dan boleh digunakn untk deco .time kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam....
      Resepi no.1 buleh guna untuk dua-dua... Lapisan kek dan juga deco. Senang kan....

      Delete
  39. Assalammualaikum...kak nk tya icing 1 tu boleh buat deco bunga tak..n mcm mn caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam....
      Yup, icing no.1 boleh buat Bunga..
      Camber yea nak ajar, atau Suhara boleh try tengok tutorial kat YouTube
      Kak nina tak done nak snap pic step.by step... Sebab semua pun buat sendiri. Tak de assistant...

      Delete
  40. Assalam kak. Nak tanya klau pakai 250gm krimwell so gula aising nk guna bape ek. Nk bt 1 kg tu mcm bnyak sgt la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Syidah,
      250gm krimwell + 125gm gula icing (di ayak 2kali)

      Selamat mencuba

      Delete
    2. Wa'alaikumussalam Syidah,
      250gm krimwell + 125gm gula icing (di ayak 2kali)

      Selamat mencuba

      Delete
  41. saya dah cube.. mmg sedap dan mmg rasa macam kedai kek yang sedap tu. bg budak pon budak suka. mmg mcm kedai! TQ! akan simpan

    ReplyDelete
  42. salam. sy cuba buat tapi pakai cream cheese Philadelphia campur gula akstor and esen vanila. tapi bila saya angkat kek then terus sapu kt kek, cream yg sy buat jd cair mcm minyak...sedih betul...nasib kek xrosak...n cream yg sy buat terpaksa buang..

    nak tanya, sepatutnya memg xsesuai ke guna cream cheese tu n sebelom sapu kt kek memang kena pastikan kek betul2 sejuk dulu ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Nazlini,
      Alahai.. Sayang nya cream cheese tuu~
      Ya, proses melepa / deco kek harus pastikan kek sejuk dulu. Sebaiknya simpan dalam fridge beberapa jam sebelum mendeco.
      Apapun jenis cream.
      It's ok, pengalaman Cikgu terbaik. Jangan mudah putus asa yea
      Nina dulu pun byk belajar dari kesilapan.

      Delete
  43. Salam kalau pakai creamwell ni blh ke letak edible image

    ReplyDelete
  44. Kak nina, resepi sy 150g shortening dan 200g gula icing, mmg boleh deco bunga tp dari segi rasa sama tak ye dgn resepi akk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti laa peCot bab rasa
      Kak.nina tak pernah try

      Delete
    2. Tak pasti laa peCot bab rasa
      Kak.nina tak pernah try

      Delete
  45. Kak, macam mana kalau guna tepung gandum je, dan letak serbuk penaik, nak agak tu tak reti? Mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosul,
      Homemade Tepung Naik Sendiri
      .
      Untuk 150gram tepung :
      150gm tepung gandum
      2 sudu teh (rata) baking powder
      secubit garam

      Untuk 1 kilo tepung :
      1 kilo tepung gandum
      14 sudu teh (rata) baking powber
      secubit garam

      Caranya :
      Tepung gandum dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali
      Dan sedia digunakan

      Delete
    2. Rosul,
      Homemade Tepung Naik Sendiri
      .
      Untuk 150gram tepung :
      150gm tepung gandum
      2 sudu teh (rata) baking powder
      secubit garam

      Untuk 1 kilo tepung :
      1 kilo tepung gandum
      14 sudu teh (rata) baking powber
      secubit garam

      Caranya :
      Tepung gandum dan baking powder di ayak sebanyak 3 kali
      Dan sedia digunakan

      Delete
    3. Okay terima kasih kak nina 👍🏻👍🏻

      Delete
  46. Assalam nina...krimwell +gula icing ne aka buttercream ke?
    Kalau 250gm krimwel+125gm icing sugar yg ne dah x brp maniskn...sbb sy x suka manis sgt..
    Deco krimwell ne blh letak kt atas topping creamcheese topping carrot cake ke...just nak wat tulisan n deco ckit2 kt tepi...
    Adakah ia akan mengganggu rasa creamcheese topping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Syairsalleh,
      Sukatan tuu dah sedang elok manisnya
      Kalau suka lebih manis just add golden syrup sikit.
      -setakat buat tulis nama atas cake sikit jer... tak jejas rasa.

      Delete
  47. Assalam nina...krimwell +gula icing ne aka buttercream ke?
    Kalau 250gm krimwel+125gm icing sugar yg ne dah x brp maniskn...sbb sy x suka manis sgt..
    Deco krimwell ne blh letak kt atas topping creamcheese topping carrot cake ke...just nak wat tulisan n deco ckit2 kt tepi...
    Adakah ia akan mengganggu rasa creamcheese topping tu

    ReplyDelete
  48. assalam.
    nak tanya, macam mana nak buat deko lorek (line) kat tengah2 kek tu?
    guna sudu atau scraper?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam,
      Kat tengah tuu guna scraper bergigi
      Ada jual kat bakery

      Delete
    2. thanx sis..
      nk request.. bole x buat tuto camne nak melorek guna scraper tu sbb klu deko bergigi utk tepi kek tu sya tau.. tp yg lorek kat ats tu x tau.. mohon tunjuk ajar

      refer pd berat kek spt yg ditanya oleh kak nora mimi, biasanya berat tu dikira selepas dilepa krim atau berat kek selepas bakar sahaja. mohon pencerahan.

      tq.

      Delete
  49. as salam sis..tumpang tnye ye... mase nk bakar kek tu,perlu gune api atas bawah ke or just api bawah.. tq :-)

    nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Nana,
      Guna api atas bawah

      Delete
  50. Asslmm..sis Nina, kek yg sis buat ni brpa kg yer? Klu nk buat 5 kg, berapa sukatannya? Krna trim kek dulu sblm ltk icing ke? Trm ksh..

    ReplyDelete
  51. Asslmm..sis Nina, kek yg sis buat ni brpa kg yer? Klu nk buat 5 kg, berapa sukatannya? Krna trim kek dulu sblm ltk icing ke? Trm ksh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Nora, resepi di atas untuk kek 1kg

      Kalau Kak Nina biasanya kek dah siap adun sebelum Bakar Kak Nina timbang. Nanti dah siap berat akan ada (+) dari kek asal.
      Ianya bergantung juga pada individual. Ada juga yang dah siap baru timbang. Terpulang..

      Delete
    2. Wa'alaikumussalam Nora, resepi di atas untuk kek 1kg

      Kalau Kak Nina biasanya kek dah siap adun sebelum Bakar Kak Nina timbang. Nanti dah siap berat akan ada (+) dari kek asal.
      Ianya bergantung juga pada individual. Ada juga yang dah siap baru timbang. Terpulang..

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam Nora, resepi di atas untuk kek 1kg

      Kalau Kak Nina biasanya kek dah siap adun sebelum Bakar Kak Nina timbang. Nanti dah siap berat akan ada (+) dari kek asal.
      Ianya bergantung juga pada individual. Ada juga yang dah siap baru timbang. Terpulang..

      Delete
    4. Trm ksh byk sbb reply, tp ada satu lg soalan blm reply, nk kena trim kek dulu sblm letak icing x?

      Delete
    5. Trm ksh byk sbb reply, tp ada satu lg soalan blm reply, nk kena trim kek dulu sblm letak icing x?

      Delete
    6. Sama²...
      Nak trim kek bergantung pada kek dan design yang di ingini.
      Kalau nak kek bentuk hello kitty kenalah potongan sana sini sikit.
      Kalau kek naik cantik, boleh terus lepa cream.

      Delete
    7. Trm ksh..ok..klu saya nk guna acuan 4 segi panjang, berapa saiznya? Tq

      Delete
    8. Trm ksh..ok..klu saya nk guna acuan 4 segi panjang, berapa saiznya? Tq

      Delete
    9. Alamak.... Maaf sesangat. Kak Nina tak arif bab Loyang. Sebaiknya refer bakery. Maybe mereka ada kepakaran tentang sukatan untuk loyang.

      Delete
    10. OK, xper..sbnrnya saya dh but kek resepi Nina TD, tp kek tu mcm berminyak ckt, mmg mcm tu ke?
      Lg satu soalan klu guns telor saiz A Jena reduced JD brpa biji? Tq..

      Delete
    11. Alhamdulillah Tahniah...
      Kek butter memang moist. Kalau sponge cake lqin pula texturenya.
      Kejadian kek juga bergantung pda jenis butter yang kita gunakan.
      Sedap.moist ~~

      Delete
  52. Tq Nina, kek mmg lembut tp texture dia kasar mmg sesuai letak aicing, tp kenapa ia sedikit mendap Kat bhgn tengahnya? Utk pngetahuan Nina saya pakai acuan yg 4 segi panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Banyak faktor kek mendap tengah.
      Maybe loyang terlalu besar untuk adunan
      Sekadar andaian

      Delete
    2. Alhamdulillah...
      Banyak faktor kek mendap tengah.
      Maybe loyang terlalu besar untuk adunan
      Sekadar andaian

      Delete
    3. Alhamdulillah...
      Banyak faktor kek mendap tengah.
      Maybe loyang terlalu besar untuk adunan
      Sekadar andaian

      Delete
  53. Tq Nina, kek mmg lembut tp texture dia kasar mmg sesuai letak aicing, tp kenapa ia sedikit mendap Kat bhgn tengahnya? Utk pngetahuan Nina saya pakai acuan yg 4 segi panjang..

    ReplyDelete
  54. as salam nina...pertama skali tahniah sbb bg resepi kek yg memang simple...smoga Allah murahk rezeki nina..soalan sy..klu lepas siap semua tu..klu letak dln peti..x keras ke nnti kek tu..sblm deko...

    ReplyDelete
  55. as salam nina...pertama skali tahniah sbb bg resepi kek yg memang simple...smoga Allah murahk rezeki nina..soalan sy..klu lepas siap semua tu..klu letak dln peti..x keras ke nnti kek tu..sblm deko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Eiyda,
      Terima kasih banyak ya...
      Aamiin di atas DOA nya
      Cake mmg akan keras sikit tapi Jangan risau, lepas letak suhu bilik, anggaran 15minit kek dah lembut dan sedia dimakan.
      Kalau sebelum deco simpan fridge dulu menyusahkan proses potong belah tengah.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Menyusahkan = memudahkan sebenarnya.
      Typo tadi. Maaf ya

      Delete
  56. satu lagi...nk mntk fb nina blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Click logo fb kat atas profile
      Atau
      www.facebook.com/NinaAzerin

      Delete
  57. satu lagi...nk mntk fb nina blh x?

    ReplyDelete
  58. assalammualaikum Nina mirza,

    1) boleh tanya 1kg krimwell dgn 1/2kg gula icing sahaja (hanya guna 2bahan shj untuk resepi 1) ini berapa adunan Kek boleh salut/deco ya? Contoh jika adunan Kek untuk 1kg dapat berapa buttercream icing ni ya…..

    2) jika tidak letak esen vanila cream icing resepi 1 ni ada bau tak Kak Nina mirza? Dan jika mahu letak esen vanila/strawberry kena letak perisa biasa tukan jenama starbrand atau ADA juga perisa Dari Jenis oil base

    3) saya belum pernah buat guna resepi akak Nina ni guna 2 bahan tapi saya minta akak halalkan dunia akhirat ya… Saya mahu tnya adakah Jenis resepi ini akan berwap Kek selepas kita letak Kek dalam chiller bila keluarkan nya akak Nina.. Dan hidang buttercream tu akan jadi berwap-wap Dan nampak tak cantik corak jadi cair…bagaimana mahu jadikan ianya cantik seperti di Kedai bakery bila di bungkus walaupun Kek ITU di simpan lama TP masih cantik corak Dan warnanya…..

    Mohon akak bagi pencerahan ya Kak……akak boleh reply di marasyraf135@gmail.com pun boleh….saya budak ingin belajar…..utk cari rezeki tambahan…terima kasih Kak Nina.....

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam