Kuey Teow campak-campak jadinya.... nak cepat punya pasal~
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jumaat buat semua... Mulakan setiap perkara yang kita lakukan dengan "Bismillah'.. Dah lama tak masak kuey teow, ikutkan hati nak bikin char kuey teow tapi tetiba masa masak dok layankan pot pet pot pet Yana akhirnya jadi Kuey Teow campak-campak jer... hehee... Yana anak Nina no.3. Orangnya memang suka bercakap. Dan jenis tak henti bila bercakap. Asal celik mata ajer mulalah celotehnya. Ada aje yang nak diceritakan, nak ditanyakan. nak dipersoalkan.. tak lupa - nak diperbentangkan segala usul idea yang ada dalam mindanya. Kalau Nina tengah drive, memang tak perlu on radio. DJ pun tak serupa dia. ada gak time rehat masa lagu dimainkan. Yana ni dari mula kereta gerak sampai dah sampai ke destinasi dia berceloteh~ pot pet pot pet >>>>> Kalau tetiba senyap tuu maknanya dia tido! hahaa.. Bayangkan..... sampai ada seketika masa sampai Nina minta tolong dia diam kejap...