Posts

Showing posts with the label Muffin

Muffin Coklat..... Mmmm.... nyum nyumm

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Muffin lagi dan lagi ..... Senang ajer nak buat muffin nie. Godek-godek, kaup balik, bakar dan siap! Muffin juga amat sesuai buat kudap-kudapan anak-anak. For breakfast, minum petang atau bila-bila masa pun ok.  Kat rumah Nina nie, selalu ada stok muffin. Maklumlah, nak buatnya pun senang. Tak perlu mixer pun..... Dan yang penting bahan-bahannya juga mudah didapati. Nina rasa mostly bahannya juga ada untuk setiap dapur.  Bila punya anak dah berderet-deret gini, (4orang ramai ker sikit???) hehee..... Pastinya resepi yang simple dan mudah akan dok ulang buat, tambahan lagi kalau anak-anak pun suka!  B ila terpancar wajah kegembiraan anak-anak tatkala menikmati tiap hidangan yang kita sajikan t erasa kepuasan yang tak terhingga dari lubuk hati yang paling dalamm  ceh ceh cehhhh~~   . Betul kan?? kan kan kannn.....? Semua orang pun alaminya.... Bila pula En Suami aka MyGang pula suka menikmati hidangan kita, bunga-bun...

Muffin Pandan. Wanginya aroma. . . .

Image
As'salamualaikum & Salam Sejahtera .... Hari nie Nina nak share resepi yang mudah dan ringkas dan berkhasiat. Nina tak done nak cerita panjang-panjang, kesuntukan masa... Nanti free time kita story mory ehh... Yang penting, resepi yang nak dikongsikan.. Nina gunakan daun pandan dan diblend bersama susu fresh milk. Tatkala proses bakar, memang tak terkata lah aromanya menusuk seluruh ruang rumah Nina :) Kalau tak punya masa, cukuplah sekadar pandan paste dan sedikit pewarna hijau. Itu pun dah sedap!! Masa Nina baking nie, Yana sedang lena tido pun terbangun dek aromanya dan tegur Nina kat dapur masak apa tuuu.... Siap ajer, dah dibawa lari 3-4 ketul.... Hahahaa . . .!!! Ok lah, jom tengok resepinya.  Daaaaa . . . .  Pandan Muffin Bahan A 1 biji telur 1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung) 11/4 cawan susu fresh milk 1 sudu kecil pandan paste (Nina blend 3/4 helai daun pandan bersama susu - tapis 2kali) sedikit pewarna hijau Bahan B 2 cawan tepung g...

Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Lama Nina tak bersiaran.... Rindu juga dihati ni~~ Maaflah yea, kesibukkan melanda. Ada tempahan yang perlu dipenuhi.. Syukur Alhamdulillah :) Apa khabar semua? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia disamping family tersayang hendaknya.... Aamin.. Hari nie Nina nak share resepi yang dah lama Nina nak try buat tapi selalu tak terbuat (lupa nak buat lah tuu....) Ada-ada ajer Nina nie kannn... Hehehe ..... Resepi nie ada keunikkannya yang tersendiri. Nak tahu apa yang best? Resepi nie tanpa menggunakan telur! Tak pakai telur?? Ehh.... tak pakai telur boleh jadi ker cake nie?  Sedap ker? Itulah yang bermain diminda Nina... Setahu Nina mostly semua kek memerlukan telur. Itu yang membuatkan hati Nina meronta-ronta nak mencubanya.  Untuk pengetahuan, resepi nie Nina ambik dari Buku Istimewa Pemanis Mulut dari Dapur Ct  : sitidelima.com  dan setahu Nina resepi nie asalnya dari Kak Dayang - DapurKu S...

Cheese Muffin

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari nie Nina nak share resepi dari Buku 'Istimewa Pemanis Mulut' Siti Delima.com Dari Dapur CT - page 14. = Cheese Muffin. Nina memang kerap buat muffin kat rumah Nina nie... maklumlah anak-anak gemar makan muffin termasuklah mamanyer~ Lagi pula, muffin lah antara menu yang paling ringkas penyediaannya. Tak perlu mixer bagai. Cepat lak tuu... Hehee . . . Antara tips untuk membuat muffin boleh lah belek-belek kat  SINI .  Sedapp cheese muffin nie tau~ ada rasa lemak masin cheese tuu yang membuka selera. Tambah-tambah kalau makan Cheese Muffin dan minum bersama White Coffee! Walla~~ Ermm .... kat belakang tuu Nina buat Roti Pizza. Untuk resepinyer boleh rujuk dan click kat  SINI Ok lah, jom tengok resepi Cheese Muffin >>>> Cheese Muffin Bahan kering 2 cawan tepung gandum 1 sudu besar baking powder 3 sudu gula kastor 1 sudu teh garam  Bahan Basah 1 biji telur gred A 1 cawan susu segar/ susu cair 1/2 ...

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Pagi nie Nina buat muffin untuk breakfast Nina dan anak-anak. Anak Nina yang bongsu - EilYana suka makan muffin  dan dia suka sangat bila muffin dah siap, cilok bawak lari ...!! Nanti tau-tau ajer dah kurang~ Hehehe ..... Hhhrrmmm ..... kerap juga yang bertanyakan tentang tips nak buat muffin kat Nina. Actually Nina bukannya expert sangat pun buat muffin nie. ... Masih banyak yang perlu Nina pelajari lagi. Tak per laaa, Nina sharekan serba sedikit info yang Nina sedia guna pakai selama Nina buat muffin ehh.. Kita belajar sesama key .... Secara asasnya, muffin nie menggabungkan bahan kering dan bahan basah dan kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tak perlu hand mixer atau stand mixer bagai. Menggunakan kaedah kaup balik. Guna spatula atau senduk ajer... Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, samada nak pakai bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis lagi murah ataupun tanpa berbaju ala-ala seksi...

Muffin Pisang Choc Chips

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .... Buat pertama kalinya Nina beli pisang dan beli extra sebab kalau tak memang tak akan pernah dapat buat cake/muffin yang berasaskan pisang. Kat rumah Nina nie, kalau beli pisang ajer sekelip mata dah licin. Anak-anak Nina memang penggemar tegar pisang.  Untuk sekian kalinya, dengan sengaja Nina beli dan simpan hanya untuk kegunaan Nina sahaja. Notty kan Nina nie~~~ Hehehe ......  Dan bermula lah episod Muffin Pisang Choc Chips Nina. Asalnya Nina just agak-agak ajer sukatannya. Berdasarkan resepi muffin yang Nina biasa buat sebelum nie. Alhamdulillah, cubaan pertama Nina menjadi ;) Suka yang amat. Tak terkata dibuatnyer !! Muffin pisang nie moist sangat ;)) Ok laa... jom tengok resepi nyer ~~~ Muffin Pisang Choc Chips Resepi : Nina Mirza Bahan-bahan 1 cawan gula 1 1/2 cawan tepung gandum - di ayak 2 sudu kecil baking powder - di ayak 1 biji telur 1 cawan minyak 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan pisang yang di lecek/l...

Vanilla Muffin with Corn & Almond~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ..... Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya.  Awal minggu - Isnin bermula kembali. Episod demi episod untuk minggu ini mencatatkan sejarah untuk kita. Tentunya  setiap insan punya cerita mereka yang tersendiri. Pastinya banyak hikmah disebalik yang terjadi. Selalu lah berfikiran positif dengan menilai setiap perkara yang berlaku dengan perkara yang baik-baik ajer..... Hari nie Nina nak share resepi yang simple - Muffin lagi~~~ Bermacam-macam jenis muffin boleh di olah. Hanya tambah ajer apa-apa yang diingini. Actually, tambah apa yang ada kat dalam peti ais. Hehehe . . . . Sebelum nie Nina dah pernah buat Muffin with almond slice. Boleh tengok kat  SINI . Kali nie Nina tambahkan lagi dengan jagung lak .... Sedappp!! Cuma rasanya next time Nina tak nak letak esen vanilla... nak ganti ngan corn esen pula,  mesti lagi terasa rasa jagungnya~ Vanilla Muffins with Corn & Almond Bahan A ...

Muffin Coklat lagi dan lagi~~

Image
As'salam Dan Salam Jumaat buat semua ... Dari tadi Nina agak sibuk hari nie. Setelah semuanya selesai baru lah dapat mengadap Cik Lappy nie... Sambil tuu Nina pun merasai kenikmatan muffin coklat resepi Izah Daut. Terima Kasih Izah... Resepi Muffin Coklat nie sangat menepati citarsa Nina. Tak jemu Nina membaking muffin, tambah-tambah lagi muffin coklat. Anak-anak pun suka sangat~~ Terutama sekali mamanya laaa.. Hehhe . .. Sebelum-sebelum nie Nina dah pernah buat. Boleh lah jenguk resepinya kat  SINI Ok laaa ... jom cuci mata dengan muffin coklat Nina Hahh! Tengok nie.... kesian anak-anak, Dah tak sabar nak makan muffin, mamanya sibuk dok snap snap picture! Eilman, Yana ...Tenung jangan tak tenung muffin coklat tuuu ...  Jap yea sayang~~ Hehehe . . . .

Vanilla Muffin with Kismis

Image
As'salam dan selamat petang buat semua ... Esok cuti dan selamat berhujung-minggu. Jalan ke mana esok? Moga-moga hari cuti nanti dapat di manfaat bersama keluarga tercinta.... Ok laaa .... jap tadi Nina buat muffin tapi kali nie Nina letak kismis. Baik untuk otak dan minda ;))  Betul kannn, kan kannnn..?? Hehhe . . . Tak mau citer banyak lah hari nie, masa tak mengizinkan ...... Vanilla Muffins with Kismis Bahan A 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung) 1 cawan susu segar Bahan B 2 cawan tepung gandum 3 sudu kecil baking powder 3/4 cawan gula halus (kalau nak letak 1cawan pun ok) secubit garam Bahan C Kismis - Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit. Cara-caranya Panaskan oven pada suhu 180c Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk Buatkan lubang di tengah-tengahnya Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, (pukul satu persatu - kacau rata hingga sebati) . Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang...

Muffin Coklat

Image
As'salam .... dan Salam Sejahtera ... Apa khabar? Moga-moga semuanya sihat sejahtera disamping family tersayang. GONG XI FA CHAI  buat kaum Chinese dan seluruh yang menyambutnya.  Berdentam dentum bunyi mercun semalam. Terasa macam sedang berada di peperangan lak.. Bom atom menyerang !!! Sembunyi, sembunyi selamatkan diri ~~~~ Hehee .... Meriah sungguh! Anak-anak Nina suka benar dapat tengok sana-sini bunga api yang cantik-cantik. Bertuahnya kita dok kat bumi Malaysia yang aman damai lagi indah. Apatah lagi bersama rakyat 1Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Banyak perayaan dan banyak 'coti-coti Malaysia' :) Cuti-cuti Malaysia datang lagi. Kemana tuu .....? Hargailah saat-saat yang ada dan manfaatkan masa terindah bersama family tersayang sebaik-baiknya. Buat Nina pula, hari nie baru dapat memulakan cuti-cuti Malaysia. Semalam Nina ada urusan yang amat penting yang perlu dilaksanakan. Nak buat macammana, dah jadi sebahagian dari tanggungjawab.  Alha...

Vanilla Muffins with Almond

Image
Selamat pagi semua .... Apa khabar? Bagaimana mood hari nie? Eermm .... Dah breakfast? Jangan abaikan breakfast kerana breakfast amat lah penting. Apa yang kita ambil sebagai sarapan di waktu pagi merupakan titik permulaan perjalanan harian kita untuk hari ini. Mulakan hari dengan makanan yang berkhasiat. Agak-agak tak sempat tuu, apa kata kita buat muffin ajer. Cepat ringkas dan mudah. Kenyang juga......  Jom kita semak resepi muffin Nina. Amat sesuai untuk breakfast (sekadar alas perut bak kata anak-anak Nina), sebagai kudap-kudapan atau pun untuk minum petang :) Vanilla Muffins with Almond Bahan A 1 biji telur 1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung) 3/4 cawan susu segar 1 sudu kecil esen vanilla Bahan B 2 cawan tepung gandum 3 sudu kecil baking powder 3/4 cawan gula secubit garam Bahan C Almond slice - Nina letak kat atas dan dalam sikit.  Cara-caranya Panaskan oven pada suhu 180c Ayak Bahan B dan satukan dalam mangk...

Ohhh My 1st Muffin = Orange Muffins!! senang rupanya buat Muffins. Hehehe . . .

Image
Alhamdulillah .... Akhirnya Nina buat Muffin.!!   Malu sebenarnya nak citer, bukan apa.... dah macam2 jenis cake Nina dah cuba, hanya muffin yang belum pernah terlintas nak cuba. Tak tahu laaa kenapa .... tak minat makan muffin kuttt .. Time muda mudi dulu , (ehh dah tua ker Nina - hahaha ......) pernah makan muffin kat Kenny Rogers tapi tak minat sangat dan tak terfikir nak makan lagi. Tak menepati citarasa Nina kuttt ~~~ Baru-baru nie, Eillya request nak makan muffin (mungkin dia ada makan kat sekolah kutt). Apalagi Nina pun godek-godek buku resepi lama Nina. Hah !! Ada punn resepi Muffin, tak perlulah Nina skodeng kat Mr.Google. Internet pula slow like snail ~~ huhuuu . . . Oooooo .... punya lah senang cara-cara membuat muffin. Tak perlu mixer, blender. Bukan apa, mixer Nina dok dalam kotak simpan kat dalam cabinet (atas pulak tuuu) sama lah ngan blender. Tu yang cik "M" sikit tuuu kalau nak buat cake. Maklum laaa rumah Nina nie kecik ajerr, pass tu segala benda tak m...