Posts

Showing posts with the label Daging

Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...

Image
As'salamualaikum dan Salam Jumaat Daging korban masih ada dalam fridge ni... Uolls percaya tak? Betapa lama dok dalam freezer kan sejak Raya Korban lepas. Simpan lelama, mana tau kot beranak daging tu tetiba jadi 2kilo.  Untung kann?? Hahahaa... Ppsstt >>> Jangan lah ikut perangai buruk Nina ni ya.. Perap lelama dalam freezer. Hehe... Ker ramai macam Nina gak?? Cepat ngaku.... Tak baik bohong tau. Hahahaa.. HAHAHA.... **gelak jahat..!!** Sebenarnya tak tau dah nak masak apa daging ni. Ulang-ulang dok masak sup, goreng, Satay Goreng, masak Kicap. Hurmm.... Akhirnya masak Kicap juga pilihan di hati. Hitam tu kan menawan..!! Chewah~ Bukan apa, menu ni senang, anak-anak pun suka.  Jom intai resepi mudah dan ringkas ni. Mana lah kot ada yang tak reti masak Kicap rujuk aje sini.... Hehe Daging Masak Kicap Lemak Manis  Bahan-bahan +-300g Daging - dipotong kecil2 1 labu bawang besar - mayang halus 2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr ...

Roti Pita Berinti Daging... Diet ke?

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera, Roti pita antara menu paling senang dan cepat disediakan buat yang tak makan nasi.   Konon-konon diet kan.... Rotinya beli aje yang dah siap pastu inti nya lak terpulang pada citarasa individu. Part sayur juga terpulang selera tekak masing-masing. Kot ada tak minat makan mix vege boleh digantikan dengan tomato, timun atau coleslaw. Part intinya pula,.kalau tak minat daging, boleh jer ganti ngan ayam, seafood, fillet ikan. Ikut mana suka dan mana yang mudah. Yang penting berkhasiat dan seimbang.  Kata nak diet makan nasi memang bagus tapi jangan lak dok belasah roti pita sampai 3set.  Rosak rosak..!! Hahaa Nak diet lagi bagus, ikut style P.Ramlee. Macam adengan 3 Abdul.  Ambik bau aje! Hehee.... Ok, sebelum Nina dok tambah ngan dialog P.Ramlee Jom tengok resepi simple Roti Pita Berinti Dating yang mudah ni... Zassss~ Roti Pita Daging Simple Bahan-bahan 5 keping roti pita 1 paket daging kisar 4 ulas bawang p...

Juadah berbuka puasa simple dan mudah : MyHomeMade ROTI JOHN...

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera, Apa menu sampingan yang paling anda  suka buat juadah berbuka puasa? Mengikut pencarian google blog Nina sepanjang bulan Ramadhan dimenangi oleh En.John. ... Sapa tuu? Hehee.... Bukan Mr.John tapi Roti John.  Sapa pun pasti suka kan ... Kalau tak, takkan ramai dok beratur panjang sanggup tunggu. Iyer tak?  Jangan bohong tak baik dosa.. Hehee.. Nina dah pernah share sebelum ni (tahun Bila punya entry tahh...)  Boleh tengok   SINI sini sini .... ada gambar step by step  Dan alhamdulillah  masih ramai yg dok google resepi ini. Terima kasih banyak diatasi sokongan anda semua. Baru-baru Nina Nina buat lagi dan Nina share kan semula di sini.   My Homemade Roti John Bahan-bahan 2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus 2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu 2 ulas bawang putih - cincang halus 1 inch halia - ketuk dan cincang halus 1 sudu besar rempah kari 1/2 sudu kecil...

Menu ringkas dan cepat untuk juadah Berbuka Puasa dan Sahur : Daging Masak Kicap Lemak Manis

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Bila memikirkan apa menu untuk Sahur dan Berbuka Puasa kadang tuu memang boleh bikin tetiba stress kan? Nak  fikirkan bahan asas, pastu masak apa,nak prepare nak masak pastu lak ngemas.... huhuuu~ Nina lak memang malas nak merasai nikmat stress. Dah lama berlalu Nina tinggalkan jauh-jauh. Tak mau stress-stress! Nak yang mudah cepat dan senang ajer. So Nina sharekan resepi yang mudah untuk uolls.  Bahan asas nya daging. Hurmm.... Ada yang rasa macam sengal tak nak masak daging?  Yalah, daging lah yang paling makan masa nak masak dan empuk. Tips Nina nak cepat empuk, Nina guna magic Pan HIG yang Nina beli masa cuti-cuti Malaysia yang lalu. Dah bertahun daaa.... Suka magic pan ni. Apa pun masak semuanya cepat dimasak. Jimat masa! Daging Masak Kicap Lemak Manis  Bahan-bahan +-300g Daging - dipotong kecil2 1 labu bawang besar - mayang halus 2 ulas bawang putih -  diketuk ajerr 2 inch halia - dihiris nipis ...

Bubur lambuk pre-Ramadhan yang simple dan mudah. ..

Image
As'salamualaikum dan Salam sejahtera Bubur lambuk pre-ramadhan. Amboi.. Tajuk! Pre-ramadhan lah sangat kannnn... **poyo** Tak sabar nak tunggu Ramadhan ;) Ramadhan hampir tiba. Banyak yang request  suh Nina share  menu dan resepi yang mudah dimasak  untuk juadah berbuka nanti. Sebelum ni, Nina dah pernah share Resepi bubur lambuk. Boleh singgah kat sini sini sini Memandangkan kopsep blog Nina adalah Resepi yang ringkas lagi mudah disediakan so jangan verangan akan jumpa resepi yang payah lagi banyak bahan nak masak dalam ni. Nasi , lauk-pauk, agar-agar, dessert mahupun cake semuanya sap-sap suii~ Ok Jom timbang-timbang beras buat bubur lambuk simple ni~ Moga ianya menepati citarasa uols dan memberi manfaat bersama hendaknya. Aamiin... Bubur Lambuk simply simple style Nina  Bahan-bahan Beras - dibersihkan dan ditoskan Air Udang kering - dicuci bersih dan ditoskan Daging yang dicincang halus Halia  - letak lebih lagi uummph..! sedikit rempah ...

Kari Daging yang Simple dan cepat dimasak......

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Kari *** Kari *** Kari Kari masak apa pun sedap. Kari ayam, kari daging, kari udang, kari ketam, kari telur rebus.... Macam-macam pun boleh dimasak kari.  Kuah kari lak kalau yang pekat tuu sedap dibuat cecah sama roti. Sebuku roti pun tak perasan dah licin. Nak nak kalau kuah karinya sedap! Kuah kari yang sedap tuu camner ehh? Payah nak cerita.  Kuah kari ni kategori subjektif. Setiap orang punya selera yang berlainan. Ada yang suka style mamak, style baba nyoya dan ada yang suka yang simple. Asalkan ada rasa kari! Hehehe...... Tepuk dada tanya lah selera. Dan yang uolls sedia maklum, Nina selalunya masak yang simple aje. So hari ni Nina kongsikan resepi kari daging yang simple juga. Daging memang lambat nak empuk so silalah potong nipis dan size comel lotte... Jangan lak potong besar gabak macam besar ayam lak yea.. Kalau besar gitu mau sampai malam pun belum tentu empuk daging tuu... ** tercabut lak gigi nak kunyah nant...

Nasi Goreng Satay... Satay sedap kat mana?

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari nia Nina share kan lagi menu dari lebihan makanan. Kali nie, menu utama adalah satay. Sapa kat sini suka makan satay?  Angkat tangan....!! Angkat, angkat tangan... angkat!  Ala-ala iklan deodorant kat TV. So, pesanan dari penaja hari nie >>> lepas mandi gunalah deodorant :)  **plak daaaa** dari citer pasal satay tetiba deodorant  hehee~ Satay merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia tanah tumpah darah ku... Nina penggemar satay. Kalau ada tempat yang dikatakan sedap, Nina sedaya upaya nak pegi try merasa. Kalau sedap gerenti Nina akan tapau sikit buat makan2 kat rumah lagi.  Dan kalau tak sedap pun Nina akan tetap akan tapau. **macam sama aje kan**  Tak kisah laaa.... Janji tapau kalau tak rugi ooo….  Tak baik membazir. Kan kan kannn? Selalunya kengkawan  yang rekemen tempat makan satay semua sedap belaka. ker tekak nie tolak batu kayu jer kot Satay yang sedap kat mana? ...

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Image
  As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Memandangkan MyGang kurang nak makan nasi so Nina sediakan menu dinner yang tak heavy tapi simple, mudah dan cepat disediakan. Yang penting ianya berasaskan roti.  Dah beberapa kali Nina nampak resepi nie kat facebook namun Nina tak sempat nak save. Tetiba rasa nak buat so Nina main agak-agak ajer sukatannya.  Untuk intinya, Nina buat ala-ala inti MyHomemade Roti John yang Nina pernah buat sebelum nie. Boleh tengok SINI   Hhrmm…. Gambar Roti John Nina nie pun dah bersepah orang yang tak bertanggungjawab dok guna pakai tempek kat page/blog mereka. So sad~ huhuu . .. Apalah nasib badan……. Setidaknya bagi lah credit pada tuan empunya gambar. Iyer tak? Berbalik pada cerita resepi Roti Lapis Daging Cheese nie, Nina gunakan loyang size 210mmx210mmx65mm maka Nina pun kecikkan adunan sukatan. Kalau guna loyang sama size macam Nina, kena lah rajin potong-potong dulu rotinya mengikut ketepatan size loyang. Kalau nak senang just guna lo...

Kids Menu lagi....... Creamy Pasta Sauce!

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Hari nie Nina nak share menu untuk kids lagi….. Sudah semestinya ini antara menu kegemaran anak-anak Nina… Of course lah kannn! Tak kan nak masak favorite menu anak babu roti lak kannn…. Hehee… Semestinya simple senang dimakan, tak de tulang, tak pedas, creamy, ada mushroom dan paling penting ianya berasaskan pasta! Dan….. tidak lupa, mama dan abahnya pun boleh tumpang makan sama... (bukan baby food ehhh) So kira ala-ala family menu lah senang citer~ Anak-anak Nina amat menggemari pasta. So mostly Nina akan pelbagaikan sauce nya. Samada sauce bolognaise, carbonara, creamy black papper …. Dan macam2 lagi Nina kombinasikan dan ada gak kadang tuu try an error. Error?? Aaahh….. Error! Nina pun manusia biasa ada gak buat silap kadang tuu. Maklum lah nak mencuba. Tak cuba tak tahu kann….? Yang terharu nya….. dah lah error, pun anak-anak akan say “Thank you mama, sedappp! Nanti mama masak macam nie lagi yea…” Huhuuu…... Air tangan ibu/mama memang s...

Anak tak mau makan nasi?? Menu Western lah jawabnya..... Swedish Meatballs ala IKEA

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Anak-anak tak suka makan nasi? Sapa mengalaminya? Cepat angkat tangan! Ini perkara biasa bagi yang punya anak kecil. Mostly ramai mama,mummy akan stress bila anak-anak tak mau makan! Betulkan? Tapi kenapa ehh...?? Entahlah... Nina pun kurang pasti dan yang pasti banyak faktor juga yang mendorong akan tak mau makan nasi. Sejujurnya Nina pun turut mengalaminya.  Eilyana (anak Nina no3) memang payahhhhh sangat nak makan nasi. Haishh..... kadang tuu geram dibuatnya. Itu belum lagi dengan style makannya yang ala-ala mengira butir-butir nasi dalam pinggan. Hadoi..... sabar ajer laaa menunggu... Akan tetapi, dia suka makan pasta! Anak-anak Nina dah banyak kali request nak makan spaghetti. Pasta merupakan menu kegemaran mereka. Tak kisah laaa pasta tuu nanti dikombinasikan sama apa sauce pun. Janji pasta! Fav utama anak-anak Nina. Hhrrmm.... Depa nie taste western always~ So mana-mana anak yang tau mau makan nasi, dan mereka sukakan pasta.... ...

Sup Tulang Merah Singapore.. Memang Sedap Seyhhh~~

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Apa khabar teman semua? Nina doakan semuanya sihat walafiat hendaknya... Aamin Bertemu kembali setelah sekian lama Nina menyepikan diri.... Nina tak kemana-mana pun..... cuma berehat seketika  :) Baru-baru nie Nina dok teringat-ingat akan Sup Tulang Merah Singapore yang pernah Nina makan tiap kali menghadiri majlis kenduri kahwin di Singapore. Disana, menu nie merupakan menu utama mereka untuk setiap majlis keramaian. Sup nie memang sedap!! Ada rasa sikit pedas, masam dan manis.  Tambah-tambah lagi kalau pekena dengan tulang kambing. Kemanisan air rebusan tulang kambing menaikkan aromanya yang tersendiri. Kenikmatan tatkala menghirup air kuahnya memang tak terkata~~~  Cuma kalau nak masak sup tulang nie, perlukan masa yang agak lama..... Maklumlah nak merebus tulang dan memastikan dagingnya betul-betul empuk.  Hrrmmm...... nak sedap kena lah bersabar. Kannn....?? Nina pernah mendapat resepi nie dari Mak ...

Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .. Jumaat kunjung tiba lagi .... Syukur Alhamdulillah Kejap ajer kan dan nak weekend dan dah nak bermulanya cuti sekolah.... Apa plan cuti sekolah nanti? Pastinya membawa anak-anak balik kampung @ holiday kann...?? Kalau ada kampung best laaa..... kalau tak der, hhrrmmmm .......  cuti-cuti Malaysia lah jawabnya~~~ Moga masa cuti sekolah ini memberi manfaat bersama dan merapatkan lagi ikatan sekeluarga.  Time seronok-seronok tuu nanti jangan lupa keselamatan bersama~ Setiap hari dok masak dan ada ketikanya tak tahu dan jadi buntu dibuatnya bila memikirkan apa menu yang nak dimasak. Pasti ramai yang mengalaminya kann...? standard lah tuu.. Nina juga selalu mengalaminya ~~ huhuuu . . . . Nina ni pula type yang tak suka melakukan benda yang remeh. Semestinya sesuatu yang simple, cepat dan berkhasiat menjadi menu pilihan Nina. Baru-baru ni, Nina buatkan tuk MyGang menu yang ringkas dan tentunya MyGang sukakann..! Maklumlah, ...

Daging Korban Goreng Berempah

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ..... Daging korban! Nak masak apa dengan daging korban nie....?? Pasti kekadang tu terlintas dibenak fikiran masing-masing memikirkan perihal daging korban  nak dimasak apa agaknya ..... Kalau setakat nak masak sup dah biasa sangat, kurma boleh lah rujuk SINI ,  dan boleh juga try berempah ala-ala mamak nasi kandar yg dah beberapa kali Nina masak - tengok  SINI Kali nie Nina nak share resepi yang berempah juga, tapi lebih kepada jintan manis dan sangat memerlukan daun sup untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya ... Memang sedapp kala tergigit daun sup dan jintan manis tuu... Kalau nak tambah black pepper pun ok juga cuma takut nanti hilang rasa asli jintan manis dan daun sup tu nanti tenggelam dek kepedasan black pepper tuu... Sebaiknya kalau nak pedas, tambahkan cili blend ataupun cili padi sikit. Nina kalau masak untuk sekeluarga memang tak berapa pedas, bukan apa.... masak untuk semua makan terutama sekali untuk dikecil Yan...

Daging Berempah Ala-Mamak

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ... Apa khabar semua ....?? Moga-moga semuanya sihat walafiat hendaknya .. Amin.... Lama juga Nina tak bersiaran. Terima kasih banyak-banyak buat yang sudi singgah teratak Nina walaupun tiada entry terkini. Asyik-asyik Nina dok tengok Fish & Chips with Coleslaw  ajer ehhh ..... Sorry yea~~~ Schedule Nina agak sibuk minggu lepas bersama urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan. Kelam  kabut Nina dibuatnya ...!!! Alhamdulillah, ada beberapa tempahan yang perlu Nina buat   ditambah pula dengan urusan kuliah yang memerlukan Nina memberi tumpuan yang lebih dari biasa minggu lalu. Syukur alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar dan tanggungjawab dapat Nina galas sebaiknya. Insya'Allah ...... Jutaan terima kasih juga buat Hubby dan anak-anak Nina yang amat memahami situasi Nina dan banyak memberi sokongan serta dorongan ;)  Mereka lah anugerah yang amat berharga untuk Nina. Syukur Alhamdulillah ...... Suka tak maka...