Daging Masak Kicap.. Mudah lagi cepat. Anak-anak pun suka...
As'salamualaikum dan Salam Jumaat
Daging Masak Kicap Lemak Manis
Daging korban masih ada dalam fridge ni... Uolls percaya tak? Betapa lama dok dalam freezer kan sejak Raya Korban lepas. Simpan lelama, mana tau kot beranak daging tu tetiba jadi 2kilo. Untung kann?? Hahahaa...
Ppsstt >>> Jangan lah ikut perangai buruk Nina ni ya.. Perap lelama dalam freezer. Hehe...
Ker ramai macam Nina gak?? Cepat ngaku.... Tak baik bohong tau. Hahahaa..
HAHAHA.... **gelak jahat..!!**
Ppsstt >>> Jangan lah ikut perangai buruk Nina ni ya.. Perap lelama dalam freezer. Hehe...
Ker ramai macam Nina gak?? Cepat ngaku.... Tak baik bohong tau. Hahahaa..
HAHAHA.... **gelak jahat..!!**
Sebenarnya tak tau dah nak masak apa daging ni. Ulang-ulang dok masak sup, goreng, Satay Goreng, masak Kicap.
Hurmm.... Akhirnya masak Kicap juga pilihan di hati. Hitam tu kan menawan..!! Chewah~
Bukan apa, menu ni senang, anak-anak pun suka.
Jom intai resepi mudah dan ringkas ni. Mana lah kot ada yang tak reti masak Kicap rujuk aje sini.... Hehe
Daging Masak Kicap Lemak Manis
Bahan-bahan
+-300g Daging - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - mayang halus
2 ulas bawang putih - diketuk ajerr
2 inch halia - dihiris nipis
2 inch halia - dihiris nipis
Rempah 4 sekawan
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
Minyak masak
Sedikit air
Untuk hiasan
Bawang besar
cili hijau
cili merah
Cara-caranya
1- Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Nina guna magic pan HIG. So masa merebus tak lama. Daging cepat empuk.
2- Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih
3- Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.
4- Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.
5- Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung gandum atau tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.
6- Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau

Selamat mencuba!
tengahari tadi dkna masak menu sama.. tapi resepi lagi ringkas, campak2 jer sebab nak kejar masuk opis lak hahahaa
ReplyDeletedaging korban nad pon ada lagi...hehee...Insyaallah weekend ni boleh habiskan..try resepi nina ni pon ok jugak ya.
ReplyDeleteSA tahun ni x dapat daging korban...huwaaaa lapar lagi tgok entry ni
ReplyDeleteDap jugal ni mkn ngan nasi panas2
ReplyDelete