KEMPEN RAMADHAN BERSAMA PALESTIN. "Semulia-mulia sedekah adalah dibulan Ramadhan" - Riwayat At-Tirmidzi
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Rabu – 3 Jun 2015 Syukur Alhamdulillah Nina berkesempatan turut serta dalam Majlis Pelancaran Ramadhan Bersama Palestin yang bertempat di Megaview Banquet Hall di Menara KL Tower. Di majlis ini juga Aman Palestin Berhad telah menandatangani MOU dengan Syarikat Nubex Sdn Bhd. Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung adalah satu alternatif buat para penyumbang dan orang ramai untuk memberi sumbangan kepada Palestin melalui pembelian wang dinar dan dirham. Termetarai lah MOU antara Aman Palestin Berhad dan Nubex Sdn Bhd Kempen ini akan berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. Pada tahun ini, pihak Aman Palestin Berhad mensasarkan kutipan sebanyak RM30juta yang akan disalurkan untuk beberapa kategori antaranya sahur dan berbuka, imarah Masjid Al-Aqsa serta bantuan untuk keluarga miskin dan keluarga Syuhadah di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, dana tersebut juga akan disalurkan unt...