Roti Pita Berinti Daging yang paling simple

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ..


Jumaat kunjung tiba lagi .... Syukur Alhamdulillah
Kejap ajer kan dan nak weekend dan dah nak bermulanya cuti sekolah....
Apa plan cuti sekolah nanti? Pastinya membawa anak-anak balik kampung @ holiday kann...?? Kalau ada kampung best laaa..... kalau tak der, hhrrmmmm ....... 
cuti-cuti Malaysia lah jawabnya~~~
Moga masa cuti sekolah ini memberi manfaat bersama dan merapatkan lagi ikatan sekeluarga.  Time seronok-seronok tuu nanti jangan lupa keselamatan bersama~

Setiap hari dok masak dan ada ketikanya tak tahu dan jadi buntu dibuatnya bila memikirkan apa menu yang nak dimasak. Pasti ramai yang mengalaminya kann...? standard lah tuu..
Nina juga selalu mengalaminya ~~ huhuuu . . . .

Nina ni pula type yang tak suka melakukan benda yang remeh. Semestinya sesuatu yang simple, cepat dan berkhasiat menjadi menu pilihan Nina. Baru-baru ni, Nina buatkan tuk MyGang menu yang ringkas dan tentunya MyGang sukakann..! Maklumlah, menu berasaskan roti merupakan menu asas pilihannya.
So, untuk anak-anak pula, inti daging ni Nina jadikan sebagai lauk untuk mereka makan bersama nasi. Senang kann...? hehehe . . . .

Ada bermacam-macam versi resepi untuk inti roti pita ni. Apa jua bahan yang ada dalam stok fridge tuu boleh ajer digunakan. Ikut suka nak letak apa pun... (kita yang nak makan) hehe ....
Kalau nak gantikan daging tuu ngan ayam pun boleh, sotong, udang, crab pun boleh..
Part sayurnya pula, mix vege tuu boleh ajer digantikan ngan timun, tomato, salad atau apa juga bahan yang ada kat rumah tuu. Yang penting kombinasi antaranya penuh dengan khasiat dan seimbang.
Ok laa, jom intai resepi versi Nina ...



Roti Pita Daging Simple
Bahan-bahan
5 keping roti pita
1 paket daging kisar 
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar sos tiram
1 cawan mix vege
2 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cili sos dan mayonnaise secukupnya

Cara penyediaannya
1-  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga keemasan dan berbau wangi
2-  Masukkan daging kisar, sambil goreng pecah-pecahkan daging kepada ketulan kecil.
3-  Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk kari, kacau hingga mendidih dan gaul rata.
4-  Masukkan mix vege dan pecahkan telur, kacau hingga masak.
5-  Rasa dengan garam secukup rasa jika perlu. 
6-  Sedia digunakan sebagai inti roti pita.
7-  Roti pita dibakar sekejap atas non-stick pan, belah dua dan masukkan bahan inti tadi kat tengah-tengah poket roti pita. Sedap juga ditambah dengan mayonnaise dan cili sos kegemaran.
8-  Sedia dihidangkan...!!

Selamat mencuba~~

Happy weekend :)



Comments

  1. sedapnya roti pita.. tengok daging yg melimpah2 tu... nyam nyam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam JassNani,
      sekali sekala dinner ngan roti pita mmg layann~
      hehehe

      Delete
  2. Salam...makasi banyak2 sudi kongsikan resepi ni...izinkan saya untuk menyalin dan mencubanyer...Jazakallaho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm ...
      silakan, resepi yg ada disini mmg untuk dikongsi bersama
      Selamat mencuba moga ianya menepati citarasa anda sekeluarga :)

      Delete
  3. jazakillah atas perkongsian. saya try. terbaik =]

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Mee Hoon Goreng Hailam

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.