Menu Ringkas dan Mudah.. Sotong Goreng Kunyit. Semua pun masuk dalam ni.....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini antara menu yang rajin Nina masak. Rajin konon... hehee
Sebenarnya malas nak masak pelbagai menu lain, so semua pun Nina masuk sekali dalam ni. Senang kan.....?? Tak perlu masak menu sayur lak.. hihii

Kot apa yang ada stok dalam fridge tuu, masukkan aje. Janji boleh makan dan disesuaikan ngan bahan utama. Jalan...
Sebelum ni Nina pernah share Ayam Goreng Kunyit yang fofuler sebagai menu lauk tuk  nasi campur. Orang keje office suka menu ringkas gini. 
Orang kat rumah pun suka gakkk.... hehee

Oh ya, kot nak tengok resepi Ayam Goreng Kunyit silalah click SINI sini sini sini.......
Manalah tau, resepi yang Nina sharekan ini memberi inspirasi buat uolls yang buntu nak masak apa nanti....

Kali ni gambar live update dari dalam kuali kat dapur kecik Nina.. Tak done nak buh kat pinggan bagai Baby Eilhan dah berbisik kerinduan lagi syahdu nak bully mama dia ni...
Semak Phone lak ada tepi ni, terus snap aje asal done... Kalau tak jawabnya memang tak akan wujud pun kenang-kenangan gambar bersama sotong goreng kunyit ni.. 
Chewahh~~ jiwang lak! hahaha... 
Ngan sotong pun layan.. Jangan muntah hijo lak ehh Biasalah surirumah yang didera oleh baby nya sentiasa. Huhuu  ...

Moh lerr... tengok resepi sebelum Nina meneruskan puisi indah yang kengkonon bak mimpi digapai pelangi petang. Walaupun pandangan semakin kabur dek Jerebu..



SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
500gm sotong sederhana besar - cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - Nina ketukkan aje
2inch halia - hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya - potong serong 
Carrot - potong kecil
Bunga kobis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1-  Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2-  Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3-  Kemudian masukkan sotong goreng hingga masak. 
4-  Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis dan carrot, gaul rata hingga  masak. 
5-  Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak...
6-  Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~

Selamat mencuba!



Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam