Grilled Dory Fish With Garlic And Lemon Sauces

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....


Mama, masak apa tuu...?? 
Mama nak panggang ikan Dory..
Hah??? Ikan Dory yang colour biru yang banyak cakap pass tu selalu lupa macam kat dalam cerita 'Nemo' tu ker...???

Haishhh ..... itu cerita dalam filem. Kuat pengaruh filem laaaaa bebudak nie
Hahahaaaa . . . . .


Ikan Dory berasal dari laut dalam Australia. Kebanyakkannya dijual dalam bentuk fillet. Mostly menu  Fish and Chips menggunakan ikan fillet nie. Isinya berwarna putih dan sangat lembut. Selalunya ikan dory nie  sedap dimasak panggang ataupun goreng salut tepung. Ada juga yang buat masak masam manis setelah digoreng salut tepung dulu. Terpulang laaa kepada setiap citarasa.


Hari nie Nina nak share kan lagi antara menu berkhasiat untuk semua. 
Grilled Dory Fish With Garlic & Lemo Sauce. 
Wahhh .....!! Ala-ala menu western hari nie kita~~
Ikan dory nie boleh dibeli kat pasaraya bahagian frozen. Selalunya dalam satu pack ada beberapa keping. Cukup laaa untuk Nina sekeluarga. 
Manakala garlic spread pula Nina guna yang ready made ajer .... Senang cerita  (tak done laa nak buat sendiri)
Lemon sauce tuu... lagi senang penyediannya.  Sebelum nie Nina dah pernah buat lemon sauce nie makan bersama ayam goreng. Memang sedapppp kombinasi tuu... Boleh tengok SINI untuk resepi nyer ~~~


Kalau ikut selera tekak Nina, memang mengasyikkan tatkala menikmati ikan dory nie bersama kombinasi black pepper, garlic spread dan sos lemon  tuuu  ..... 
Pedas-pedas + masam bersama rasa bawang putih.  (itu ikut tekak selera Nina laaaa..)
Hehehe .  . . .


Kalau tak suka boleh ajer nikmati bersama cili sos dan mayonnaise. Disebabkan ini antara menu berkhasiat dan sihat so Nina abaikan sahaja cili sos dan mayonnaise tuu... 
Lain kali kita buat versi tuuu pula yea~~~


Ok laaa .... jom tengok resepi nya
Grilled Dory Fish With Garlic & Lemon Sauce
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4 ketul Ikan Dory Fillet
4 sudu lada hitam (Nina tumbuk kasar)
sedikit garam
sedikit mix herb
Garlic spread
Butter

Bahan Sos
1 biji lemon - diperah dan diambil air nya
1/2 sudu teh pati jus mangga sunquick
2 sudu besar madu - lebih kurang bergantung kepada tahap rasa masam lemon tersebut
***** Satukan kesemuanya, masak atas api perlahan sehingga mendidih dan sedia dihidangkan bersama ikan dory panggang tadi

Bahan Sampingan
Sayur brokoli
Sayur bunga kobis
Carrot
Tomato
***** Didihkan air dalam periuk bersama sedikit garam lalu rebus seketika kesemuanya kecuali tomato dan toskan.

Cara penyediaan
1- Ikan dory dinyahbekukan, kemudian tabur garam, serbuk lada hitam dan mix herb. Simpan dalam peti ais untuk pemerapan seketika. Nina perap lebih kurang 3-4jam.
2- Kemudian letakkan sedikit butter di non-stick pan lalu panggang ikan tersebut sehingga masak.
3- Setelah masak, sapukan garlic spread ke atas ikan tersebut.
4- Hidangkan bersama sayuran dan lemon sauce.
5- Sedia dihidangkan ....

Selamat mencuba ..!!





Labels: ,