Ayam Bersos Lemon Madu

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


Salam Jumaat dan Salam ceria buat semua yang tersayang....
Apabila kita Redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka- Ustaz Don

Amboi ~~~ hari nie Nina share kata-kata dari Ustaz Don yang kacak lagi tampan yang amat terkenal sekarang nie. Siapa pun pasti suka dengan cara dan penyampaian beliau dalam menyebarkan info keislaman terutama di TV Al-Hijrah.


Kebiasaaannya dalam resepi masakan cina bersos lemon, mereka  hanya memerahkan perahan lemon  ke atas ayam goreng.  Kali nie Nina adjustkan sikit sos nyer mengikut citarasa Nina pula dan Nina masakkan air perahan lemon tuuu agar kombinasi antara lemon, mangga  dan madu mesra gabunganya.... Akan terasa masam lemon + manisnya madu. 
Memang terangkat kombinasi nie ~~~~ Nina akan buat lagi lain kali....
Jom tengok resepi nya ....

Ayam Bersos Lemon Madu
Di adjust mengikut citarasa: Nina Mirza

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 biji putih telur
Minyak masak

Bahan sos
2 biji lemon - diperah, ambil airnya sahaja
1/2 sudu kecil pati jus mangga sunquick
4 sudu besar madu - lebih kurang bergantung kepada tahap rasa masam lemon tersebut
1 sudu kecil esen vanilla - optional

Cara penyediannya
1. Ayam dipotong dan dibersihkan dan toskan hingga kering
2. Satukan tepung jagung dan tepung kastard dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan garam
3. Celupkan ayam dalam putih telur dan golek-golekkan dalam adunan tepung tadi hingga rata
4. Ayam digoreng dalam minyak yang banyak hingga kekuninggan. Ala-ala deep fried gitu...
5. Toskan dan ketepikan


Untuk sosnya
1. Satukan kesemua bahan sos, masak atas api sederhana sehingga mendidih.
2. Tutup api dan tuangkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi
3. Sedia dihidangkan 

**** Note : Adunan sos boleh ditambah madu dan gula jika perlu kerana rasa masam setiap biji lemon tak sama dan bergantung juga mengikut citarasa masing-masing.

Krak kruk krak krukkkk eiissstttttt >>>>> Keranggupan ayam + masam- lemon.
hehehe . . . ..

Selamat mencuba !!

Labels: