JUADAH BERBUKA PUASA : Dessert paling senang > PUDING SUSU KIWI


As'salamualaikum dan Salam Sejahtera


DOA RAMADHAN : HARI KE -10
Bismillahirrahmanirrahiim
Allâhumma shalli ’ala Muhammad wa âli Muhammad

Allâhummaj’anî fîhi minal mutawakkilîna ‘alayka, waj’alnî fîhi minal fâizîna ladayka, waj’alnî fîhi minal muqarrabîna ilayka, bi-ihsânika yâ Ghâyatath thâlibîn.

Ya Allah, jadikan aku di bulan yang mulia ini tergolong pada orang-orang yang bertawakkal pada-Mu, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang beruntung, jadikan aku di dalamnya tergolong pada orang-orang yang mendekatkan diri pada-Mu, dengan kebaikan-Mu wahai Tujuan orang-orang yang berharap.
Ama@Syamsuri (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

Pencuci mulut ataupun dessert yang paling senang nak buat adalah agar-agar dan puding. Bahan yang diperlukan tak banyak dan amat mudah didapati. Cara penyediannya pun cepat lagi ringkas.

Hari ni Nina kongsikan Puding Susu Kiwi. Memandangkan kat rumah Nina punya extra kiwi so nak bagi cepat licin Nina buatkan puding kiwi. 
Kiwi kan kaya dengan vitamin C yang tinggi so ini menu yang sihat untuk hidangan anak-anak dan seisi keluarga. 
Selain kiwi, uolls boleh aje gantikan dengan buah-buah yang lain. Ikut citarasa masing-masing. Kot-kot kat rumah ada mangga, anggur, mix fruit malah kalau nak letak durian pun boleh. Belasah ajer laaa... (Kita yang buat dia)
Durian?? Eerkkk~~ sedap ker? Hehee…..

Puding juga sesuai  buat juadah berbuka puasa nanti. Sejuk aje lalu kat tekak yang seharian kering dan dahaga.

puding susu kiwi . juadah berbuka puasa puding

PUDING SUSU KIWI
Bahan-bahan
10gm agar-agar serbuk / 6sudu rata sudu KFC
1liter air
250ml susu cair
¾ cawan gula – kalau suka manis lebihkan lagi
Buah kiwi secukupnya (Nina guna 4biji buah kiwi) – potong dadu atau ikut suka

Cara penyediannya
1-.  Masukkan serbuk agar-agar, air, gula dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
2-.  Selepas itu masukkan susu cair. Masak hingga mendidih.
3-.  Kemudian tutup api dan tuang dalam bekas acuan
4-.  Taburkan buah kiwi secukupnya dan biarkan sejuk lalu masukkan dalam peti ais.
5-.  Dah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah kiwi.


Selamat mencuba






Comments

  1. adoii..terus rasa sejuk je tekak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoorin,
      slurppp~ laju jer lalu kat tekak.... hehee

      Delete
  2. Sedap ni.... Boleh tambah dalam bloglist masakan blog Nina ni.

    Keep up blogging ya Nina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Eita,
      Terima kasih banyak yea ...
      Insya Allah, selagi daya Nina akan terus berkongsi apa yang perlu buat yang memerlukan :)

      Delete
  3. Replies
    1. Bonda,
      Kiwi banyak khasiat dan vitamin.... Nina suka sikit-sikit jer kiwi nie
      sebab tu tak cepat licin kat rumah, dah bikin puding laju pula... ehhee

      Delete
  4. nampak sedap..mixed fruits pun aci kan?
    nak try lah
    tq resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhailey,
      mixed fruits pun cun! Asal boleh ajer.....
      Terima kasih kembali dan TQ sudi singgah blog Nina..
      Moga ianya memberi manfaat bersama :)

      Delete

Post a Comment

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam