RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK LAGI SEDAP DARI BISKUT MARIE! Buat penggemar Kek Batik korang harus cuba. Selalu orang buat kek batik guna biskut Marie kan. Tapi kali di inovasikan amboi ayat... HAhaa! Takde inovasi manapun, hanya tukar biskut marie kepada biskut cream crackers atau orang dolu-dolu suka panggil biskut lemak. Jenama apa pun ikut suka korang yang penting pastikan halal.

KEK BATIK

Bezanya bila guna biskut lemak lagi senang sebab susun susun je biskut lemak yang dah bentuk petak petak dalam bekas. Yelah, kalau biskut Marie kan bulat so kita kena pecahkan atau lenyek nak bagi mampat sebati sama sos coklat. Biskut lemak ni lembut so kita layer layer kan aje sama sos coklat.
Resepi Kek Batik Cream Crackers ni takde telur, sukatan cawan yang mudah untuk korang cuba dan follow.

resepi kek batik biskut lemak

RESEPI KEK BATIK BISKUT LEMAK  

bahan-bahan
1 paket biskut lemak / omputeh panggil cream crackers
1/2 potong butter
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan mil0 atau serbuk air coklatmalt - jika suka tambah sikit serbuk coffee instant

Cara buat Kek Batik Biskut Lemak

  • Cairkan 1/2 butter dlm kuali, api kecil je
  • Setelah cair, tutup api
  • Masukkan 1/2 tin susu pekat dan 1 cawan Milo Eh! Kita tukar coklat malt. Nak lagi sedap letak serbuk coffee (instant)
  • Then kacau sampai tak berketul
  • Lepas dah siap masukkan sikit adunan ke dalam loyang/bekas dan ratakan menutupi dasar loyang/bekas. Saya guna tupperware petak senang nak susun
  • Then susun 1st layer biskut dalam bekas, curahkan adunan dan ratakan then susun biskut lagi
  • Ulang step ni sampai penuh bekas
  • Akhir sekali permukaan atas, tuang lebihan adunan setebal sekeping biskut hupseng dan tabur dengan serbuk milo.
  • Letak dalam peti ais 2-3 jam. Siap!

Cuba tau!
Nanti share kita apa kata korang... Hope kena laa citarasa korang.

Tambah pendapatan belajar buat kek bajet berniaga modal murah rendah

Buat yang baru baru nak belajar buat kek, belajar baking atau baru nak terjebak dunia berniaga modal murah rendah online, boleh laa cuba resepi mudah ini. Kos pun tak mahal mana, InsyaAllah nak jual pun takde laa susah sangat sebab kek batik ni kategori kek bajet murah so boleh laa korang cuba cuba.
Moga dilimpahi rezeki mencurah-curah. Aamiinnn...

KEK BATIK LEMBUT GEBU


RESEPI KEK BATIK LEMBUT GEBU

Tapi faham..
Citarasa kita ni tak sama. Dah nama pun manusia, tekak lain-lain. Rambut sama hitam , hati lain-lain. Aceceehh... Berperibahasa pulak! HAhaaa

Kalau korang sukakan versi Kek Batik Lembut Gebu korang wajib cuba Resipi Kek Batik Lembut Gebus yang Nina dok ulang ulang buat ni. Dia punya melting ya ampunnn... Makan sejuk sejuk pun lembut sangat!


Tapi
Tapi ... Tengok atas ni, Cheesekut Tiramisu ni lagi sedap kannnn?
Musnah laaa diet! HAhaaa...
Nah salin RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU PALING SEDAP MUDAH

Amacam nak cuba yang mana dulu?
Sila confius dan selamat mencuba! Sorry .... larikkkkkk


Comments

POPULAR POST

Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Muffin Vanilla dan Tips Membuat Muffins

Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

Mee Hoon Goreng Hailam