Pages

Wednesday 6 June 2012

Pandan Bread Pudding

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...


Ada lebihan roti? Tak tahu nak dibuat apa ngan lebihan roti tersebut? Jangan dibuang.... Sayanggggg!! Rezeki tuuu  . . . .
Kalau kat rumah Nina nie memang jarang lah ada lebihan roti sebab semuanya suka makan roti. Terutama sekali anak bujang Nina - Eilman. Asal bangun tido ajer mesti nak breakfast ngan roti dulu dan lepas balik dari sekolah ajer mesti nak pekena 1set roti dulu then baru lah nak makan lunch pula......
Kalau kat rumah tuuu ada lebihan roti pass tu plak dah nak dekat expired, usahlah dibuang begitu sahaja. Apa kata roti tersebut dibuat puding roti.

Puding roti ... !! Eerrmmm ........ sedap kan? Tambah-tambah kalau dimakan bersama dengan sos kastard ataupun vanilla syrup. Sangat menyelerakan....
Pasti ramai yang sedia maklum akan resepi  puding roti nie. Ada bermacam-macam style dan resepi yang ada di luar sana.  Ada yang jenis kukus dan juga bakar. Kalau tanya kat tekak Nina pula, Nina lebih gemar yang bakar. Agak rangup dilapisan atas dan tepi-tepi nyer... 
Suka sangat !! Tapi yang nie ikut selera Nina laaaa... Lain orang lain pula citarasanya.

Ok lah.... Jom kita tengok resepi Pandan Bread Pudding style Nina. Nina guna loyang 6inc dan agak tinggi dan tebal puding nie jadinya. Apa rasanya bila dah letak pandan? 
Nak tahu kena lah mencuba.... Sedappppp !!!
Ada yang kata lebih kurang macam kuih bakar pandan tapi lebih sedapp dari kuih bakar. 
Iskh iskh iskh ........ macam-macam kann.. Tapi itulah pendapat mereka ;)
Pandan Bread Pudding
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
8 keping roti putih ( tak perlu dibuang kulit tepinya )
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pandan emulco
sedikit pewarna hijau
Kismis ikut suka banyak mana nak letak
sedikit butter

Cara penyediaannya
  • Panaskan oven pada suhu 170c
  • Bakar roti sebentar untuk mendapatkan tekstur roti yang lebih padat dan sedap (Petua nie Nina dapat dari Nigella Lawson)
  • Loyang dilenserkan dengan butter
  • Roti dipotong-potong kecil. (potong 4 boleh, potong segitiga pun boleh - ikut suka)
  • Susun roti di dalam loyang dan disusuli dengan taburan kismis sehingga roti habis
  • Sapukan butter diatas lapisan yang atas sekali.
  • Dalam mangkuk lain - pukul telur hingga rata dan kemudian masukkan susu segar diikuti gula, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau hingga rata dan sebati. (Nina guna whisk ajer) 
  • Tuangkan ke atas roti dan tekan-tekan perlahan agar adunan tadi meresap ke dalam roti.
  • Biarkan roti seketika dalam 15 minit
  • Kemudian bakar adunan pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga roti masak. Ianya bergantung pada oven masing-masing dan juga ketebalan/ketinggian adunan. (boleh juga dikukus selama lebih kurang 40minit- 1jam)
  • Dah siap tunggu sejuk barulah dipotong.
  • Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sos kastard/vanilla syrup. Amat sesuai dijadikan menu minum petang. Pass tu lawan lak ngan black coffee. Perghhh ...!! memang tak toleh kiri kanan laaaa  . . . .

Selamat mencuba !!




8 comments:

  1. salam singgah sini nina..sedap bread puding tu,biasa kite buat bread putih biasa tu je..nnti nk try versi nina punyer ni..:)salam perkenalan dr sy.;)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga dari Nina utk Sury

    Sekali sekala buat bread pudding nie mmg sedappp ! Nina suka tambah rasa pandan sikit....
    Nanti free2 singgah lah selalu yea & selamat mencuba resepi Nina ;)
    Moga menepati citarasa Sury nanti

    ReplyDelete
  3. As'salam Nina

    wahhh ada puding roti versi bako2 lah, ni kena cubalah eh. selalu dok tenggek atas api main kukus2 aje hehehe. kena cuba ni mesti lag9i sedap kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Kak CT cayangg ....

      kak Ct should try versi bakar2 nie lak .....
      Kita bako bakor~~ hehehe . . .
      Moga versi bako bako nie lak mene[ati citarasa Kak CT
      sekeluarga nanti.. ;)

      Delete
  4. salam Nina...wah nmpk sedap betul laaa bread pudding nih...FnF pun suka versi bakar...rasa rangup2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam FnF ...

      sama lah taste kita. Suka bread pudding versi bakar.
      Lagi garing lagi sedappp kannn...
      hehee

      Delete
  5. asslm Nina....sedapnye bile tpandang puding roti pandan ni...mintak spotong bleh x...teringin nk rasa la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam QH..

      sila sila..... yg dah potong tuu memang untuk QH
      Nak puding roti ajer ker? Air air atau nasi berlauk tak nak ker?
      Hehehee . . . (gurau ajer) ;p

      Delete