Pages

Tuesday 5 June 2012

Udang Goreng Bersos Masam Manis

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .....


Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya..  
Dah makan lunch?   Makan apa tadi? Pastikan ambil makan makanan yang berkhasiat dan yang paling penting ianya mestilah seimbang. Kalau tak seimbang takut nanti badan tuu tak balance. Yelah kannn, nanti akan terjadinya kembang sana kembang sini. Betul tak? 
hehehe . . . .


Hari nie Nina nak share menu yang sangat simple tapi pasti akan membuka selera terutama sekali buat anak-anak. Resepi nie tak pedas langsung so kalau terasa nak menyengat sikit haruslah ditambah cili padi semasa menumis nanti yea..


Ok lah..... jom tengok resepinya, masa teramat cemburukan Nina. Cuti sekolah nie rasanya bertambah sibuk ngan urusan bersama anak-anak. Kalau time sekolah tuu, dok keluar masuk rumah jemput anak-anak pegi balik sekolah, time cuti sekolah nie pula dok melayan mereka dengan aktiviti game supaya tak der lah bosan dan asyik dok minta bawa ke Giant ajerr....
Rasanya pekerja kat Giant tu pun dah cam muka Nina dan anak-anak. Mana tak nya, boleh dikatakan setiap hari ke sana... sabar ajer laaaa....
Hehee . . .


Udang Goreng Bersos Masam Manis
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
500g udang kertas sederhana size (kalau lagi besar lagi cun)
Tepung beras + sedikit garam 
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
minyak untuk menumis dan menggoreng


Hiasan
Daun bawang


Cara-caranya

  • Udang dibersihkan dan ditoskan. Gaul udang bersama tepung beras dan sedikit garam
  • Goreng hingga kekuning-kuninggan dan toskan, ketepikan
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau
  • Masukkan cili sos dan  tomato sos. Kacau rata
  • Kemudian masukkan gula.
  • Setelah itu, masukkan cuka.
  • Masak lagi selama 2minit dengan api yang besar sehingga kuah pekat.
  • Siap dan tuangkan ke atas udang yang telah digoreng tadi.
Senang kan...?? Kalau nak kuah banyak sila gandakan sukatan dan boleh ditambah air jika terlalu pekat. Ikut citarasa masing-masing juga~~~







2 comments:

  1. As'salam Nina

    amboiii berselera k.ct tengok hidangan udang sos ni, k.ct pun lama dah tak masak udang kat rumah. bukan sebab mahal atau apa. Tapi suami dah jemu nak makan udang2 ni.

    dulu masa duk kat jb bila balik kampung mak cik kat teluk sengat area 'bandar johor kota lama' dia ada ternak udang sekali dia bagi dalam 6-7 kilo udang harimau tu yang masak sampai dah jemu kot nak makan hehehe.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Kak CT cayanggg ....

    Aduhh ...!! Best nyer kalau Nina dapat udang harimau tuuu. Banyak tuu kak..
    Anak-anak Nina semuanya hantu udang. (termasuk mama & abahnya juga) Hehehe..
    Boleh dikatakan semua hidangan dok letak rencah udang memanjang. (Nak pancing selera mereka lah kata kan.....)

    Nanti satu masa Che Mat dah teringin makan udang boleh kak CT singgah semula jenguk resepi Nina yea~~
    hehhee . . . .

    ReplyDelete