Pages

Tuesday 31 July 2012

Grilled Salmon With Black Pepper Sauces


A'salamualaikum dan salam sejahtera ...


Doa Ramadan: Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan." 
Amin...

Pernah makan Ikan salmon tak? Ikan Salmon nie sedappp, isinya lembut dan punya rasa yang tersendiri. Memang sesuai lah dengan harganya yang agak mahal kerna ikan salmon nie punya bermacam-macam khasiat berbanding ikan-ikan yang lain. Antara khasiatnya adalah 

  • kaya dengan Omega-3. Baik untuk otak! Tidak hairan lah ramai ibu-ibu mengandung akan makan ikan salmon nie time pregnant. Disamping itu, kebanyakkan para ibu akan memilih ikan salmon nie sebagai hidangan untuk sikecil. Masih dalam ingatan time baby Nina yang sulung baru mula belajar makan, pasti ikan salmon yang Nina pilih untuk dimasukkan dalam bubur. 
  • Omega-3 juga baik untuk jantung. Lemak omega-3 membantu mengurangi kolesterol dan trigliserida, mempertahankan kelenturan pembuluh darah, dan menguatkan otot jantung. Ianya juga dapat mengawal tekanan darah agar tidak terjadinya hipertensi. Maklum lah sekarang nie, penyakit hipertensi banyak terjadi....
  • Khasiat ikan Salmon juga mempercepat metabolisma sehingga mengurangkan kesempatan lemak menetap kat tubuh badan kita.. Sesiapa yang nak berdiet bagus mengamalkan makan ikan salmon nie..... (tapi kena juga berseman dengan teratur yea...)Selalunya kat negara matahari terbit - Jepun, mereka makan ikan salmon nie mentah begitu sajer. Mereka masukkan sebagai inti kat sushi mereka. 
Kalau ikut selera tekak Nina pula, Nina lebih gemar goreng tepung dan berkuah tomato. Paling best grilled!! Memang terasa keenakkan lembut, manis isinya. Pastu pula, Nina suka style well done sebab nanti part kulitnya garingg! Wallaaaa~

Senang sangat menyediakan menu nie. ... Cuma perlukan masa sebab kena perapkan ikan tersebut lebih kurang 3-4jam gitu. Sebaiknya perapkan time lepas sahur ataupun sebelum pegi keje, then masa nak berbuka terus digrilled kan .... Lagi terasa bahan perapannnya masak menikmati ikan salmon nie nanti. ..

Part kuah black pepper nya, boleh lah intai-intai kat SINI. Masa nie Nina buat chicken chop with mushroom black pepper sauces. Dah beberapa method black pepper sauce yang Nina dah cuba, dan hanya resepi nie yang sesuai dengan selera tekak Nina sekeluarga. So pusing-pusing, resepi nie juga yang Nina guna pakai selalu....



Mula-mula kita buat sauce nya dahulu....
Mushroom Sauce / Sos Cendawan Chicken Chop
Sumber : My Resipi -   Kak Fida
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)

Cara-caranya
  • Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
  • Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api. Nina guna whisk untuk kacau rata tepung
  • Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati. 
  • Siap untuk disajikan bersama grilled ikan salmon.


Grilled Salmon 
Bahan-bahan
5 kepingan isi ikan salmon (untuk Nina sekeluarga)
sedikit garam
black pepper
butter garlic

Sayuran Sampingan
Bunga Kobis - dicelur
Brokoli - dicelur
Tomato - potong ikut suka

Garlic bread
Beberapa keping roti gardenia potong panjang-panjang. Disapu dengan butter garlic dan dibakar pada suhu 170c selama lebih kurang 5-8minit.

Cara penyediaanya
  • Ikan salmon dibersihkan lalu diperap bersama sedikit garam, serbuk black pepper dan butter garlic lebih kurang 3-4jam. Lagi lama lagi bagus!
  • Sebelum dibakar, sapukan lagi butter garlic di atas permukaan ikan. Kemudian dibakar pada suhu 180c lebih kurang 20minit. Kalau nak garing macam Nina adjust lah masa lebih lama sikit. (Bergantung pada citarasa individu)
  • Setelah masak, boleh lah dihidangkan bersama roti, sayuran sampingan yang dah dicelur dan black pepper sauces. 
  • Mmmmm.... Nyummy!
Senangkan ?? Selamat mencuba!








4 comments:

  1. adda xpernah pun makan ikan salmon ni...tp nampak cm sedap jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salamualaikum Adda...

      Cuba lah beli sikit dulu buat rasa. Atleast dah merasa baru tahu
      sedapppnya rasa keistimewaan ikan salmon nie :)
      Memang lain dari rasa ikan biasa..

      Delete
  2. Asslamualaikum.
    Tertarik sungguh tengok menu ni.Laju2 sue datang sini..hehehehee mcm la dapat makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Sue...

      dah laju-laju sampai sini, pastu lak dah tertarik >>>
      jawabnya nak kena buat lah tuuuu~~
      hehee

      Delete