Posts

Showing posts from June, 2011

Tauhu Jepun Bersos

Image
Alhamdulillah ..... hari nie cuaca amat baik sekali. Harap semua nya sihat belaka. Kekosongan minda berlaku buat diri Nina. Buntu rasa ..... may be sebab  asyik dok buat puding ajer kann .... hehhee . . ..  So, hari nie Nina share makanan yang berkhasiat.  Tauhu - salah satu makanan yang semua tahu punya banyak kalsium didalam nya. Kalau terasa diri tak cukup kalsium untuk tulang & gigi, boleh lah amalkan makan tauhu.  Untuk pengetahuan semua, Nina tak berapa suka makan Tauhu yang biasa (petak), tapi kalau Tauhu Jepun nie plak, Nina memang gemar.  Tak tahu lah kenapa agaknya ...... Tau Foo Faa pula mmg fav dari kecik.  Errmmm ...... dah lama tak makan Tau Foo Faa. Hari nie  Nina nak share Tauhu Jepun Bersos untuk hari ini. Tauhu Jepun Bersos Bahan-bahan 2 buku Tauhu Jepun (dipotong bulat-bulat) 1 biji bawang besar merah 3 ulas bawang putih sedikit halia beberapa hirisan daging ayam cendawan hitam (direndam dahulu hingga kembang...

Triffle Puding

Image
Setelah sekian lama, akhirnya Nina berkesempatan untuk membuat Triffle Puding. Bukan tak pernah buat sebelum nie, pernah ... dan dah beberapa kali membuatnya cuma untuk membuatnya lagi masa sangat cemburukan kesibukkan Nina yang sebenarnya tak berapa sibuk mana punn ... hehehee ..... Alhamdulillah  syukur, ada tempahan yang perlu di tunaikan. Permintaan kawan2 kebanyakkannya.  Berat rasa nak menolak permintaan mereka. Sungguh tak sangka, kebanyakkannya tempahan untuk kali kedua dan ada yang kali entah ke berapa kali  ..... ..... kerap juga.  Resipi Triffle Puding nie Nina dapat dari salah seorang kawan kat FB - Nurni Fazleen. Dia yang banyak bagi tunjuk ajar cara-cara nak buat Puding nie. Resipi yang simple tapi sangat sedap dimakan sejuk-sejukkk .......  Terasa keenakkan kastardnya, creamy ~~~  Terasa kemanisan mix fruit nya ~~~ Terasa kelembutan jellynya ~~~~  Senang cakap, memang sedap laaa ....... Ringkas jerrr buat nya ::...

My Western Breakfast ... Heavy & Healthy , Simple & Easy

Image
Breakfast / sarapan pagi merupakan waktu makan yang harus tidak dilupakan walaupun sedang berdiet. "HARUS" sarapan.  Makanan awal pagi merupakan makanan permulaan untuk kita memulakan perjalan seharian. Sarapan yang berkhasiat perlu untuk tubuh badan kita seharian.  Last weekend Nina sekeluarga sarapan yang simple. My hubby memang gemar akan baked beans. Anak2 pula suka scramble egg. Nina pula ikut ajerr ..... Untuk pengetahuan, menu ini merupakan menu breakfast kegemaran Nina sekeluarga. Mudah, ringkas, & kenyang. Hehehee ..... My Western Breakfast Heavy & healty !! Memang heavy sbb kenyang sampai lunch time. So Nina sekeluarga lunch lewat hari minggu lalu. My Western Breakfast Bahan-bahan :- Roti - Nina bakar Baked Beans Mix Vege - Nina rebus, toskan & taburkan serbuk lada sulah & garam Hotdog - Nina rebus dan tuangkan sos cili kesukaan family. Scramble egg - Resipi Nina agak2 ajerr ...... tengok kat gambar yea.... ...

KFC Egg Tart

Image
Selamat pagi buat semua ...  Di pagi Isnin nie, hujan gerimis tanpa henti. Syahdunya rasa .....  Last weekend Nina keluar bersama FIL. Makan malam sesama kat KFC Tesco Ampang. Seingat Nina memang dah lama tak makan KFC. Kami dah kurang makan fastfood dan makanan luar. Bapa mertua Nina nak belanja makan KFC so, ikutkan ajerr .... Apa yang Nina nak kongsikan disini adalah KFC Egg Tart. Mmmm ....... memang sedapp !!! Terasa keranggupan di luar dan kelembutan egg didalam.  Hohohooo ...... memang tak terkata lah ~~~  Nina memang penggemar Egg Tart & tak sangka pula KFC pun ada Egg Tart yang menerujakan.   Kalau ada sesapa nak bagi Nina hadiah, tak usah pening2 kan diri fikir apa nak bagi,  "Egg Tart  KFC" pun OK ... Tapi mesti SEPULUH (10) box tau !! Hehehee ...... Kalau setakat 1 box tak cukup sebab mmg SEDAPPP .....  Pergghhhhh .... sampai hari nie teringat-ingat ~~ Buat penggemar Egg Tart, sila lah merasa KFC Egg Tart. past...

Sotong Masak Pedas Chinese Stlye

Image
Apa khabar semua .... Cepat sungguh masa berlalu, tup tup hari nie dah Jumaat. Penghulu segala hari. Teringat masa keje dolu-doluu ..... Long time ago ~~ Kalau hari Jumaat jerr, Nina suka pakai baju kurung colour plain. Kain nyer ada corak & songket. Paling tidak pun Nina akan pakai baju yang tanahnya warna putih.  Hari nie Nina nak share masakan kegemaran My Hubby. "Sotong Masak Pedas". Semalam Nina masak tapi disebabkan agak sibuk semalam tak dapat lah Nina nak kongsi.  Rasa Sotong Masak Pedas nie mmg umpphh ... !! Pedas dia tak sama macam pedas sambal yang biasa kita masak untuk harian. ini resipi masakan Cina. Nina memang minat masakan Cina. Kebanyakkan masakan Cina nie, ada pedas tapi tak terlalu pedas macam sambal.  (Nina tak berapa kuat makan pedas sebenarnya ..... ) pecah tembelang ~~~ hehehe . . . ..   Apa yang Nina perhatikan, masakan Cina mesti ada letak sos tiram & bawang putih. Kat Resipi Sotong Masak Pedas" nie tak laa pedas pun, so ...

Ayam Kurma

Image
Salam sejahtera buat semua, Kadang-kala kebuntuan melanda bila memikirkan nak masak apa setiap hari.  Ermm ..... agak lama Nina tak masak ayam. Tapi  .....  Ayam masak apa yea ...??  Anak2 Nina memang layan kalau makan Ayam Masak Kurma.  Walaupun Kurma Nina yang paling simple. Main campak-campak ajerrr .....   4 sekawan pun Nina tak masukkan. Ala kadar ajer.... May be, air tangan kita yang membuatkan anak-anak berselera makan walaupun sekadar masakan yang ringkas. Jom layan resipi Nina yang ala kadar & semua orang sedia maklum masakan Ayam Kurma nie... Ayam Kurma Bahan-bahan 1/2 ekor ayam dipotong kecil 2 biji bawang besar - dimayang 2 ulas bawang putih - diketuk  sedikit halia perencah serbuk kurma ADABI + air dijadikan pes 1 cawan santan pekat kentang carrot garam & gula secukup rasa Cara-cara ayam dibersihkan & dibasuh lalu di toskan airnya panaskan minyak untuk menumis tumis bawang besar, bawang putih...
Image
BRONKITIS Apakah itu Bronkitis? Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis. Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu) Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih). Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut. Apakah yang menyebabkan Bronkitis? Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan ...

Notis Gangguan Bekalan Air SYABAS 22 Jun - 28 Jun 2011

Image
NOTIS MAKLUMAN : GANGGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA DI BEBERAPA WILAYAH SYABAS AKIBAT KERJA-KERJA PENYENGGARAAN DAN MENAIKTARAF LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) OLEH SYARIKAT PENGELUAR AIR SUNGAI SELANGOR SDN BHD (SPLASH) SERTA KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM BEKALAN AIR OLEH KONTRAKTOR SYABAS . Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS. Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual: 1. TARIKH/MASA GANGGUAN 8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat) SEBAB-SEBAB GANGGUAN Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja...

DoorGift My Mini Choc Moist Cake

Image
Alhamdulillah syukur ...... Beberapa minggu nie Nina agak bz dengan My Mini Chocolate Moist Cake. Bukan apa, setelah Nina post gambar terbaru My Mini Choc Moist Cake Nina, ramai la plak kengkawan yg teringin merasa air tangan Nina. Sungguh tak sangka.... Dan, siapa yang sangka ..... dari sekadar berkongsi resipi & gambar terbaru hasil baking Nina di FB personal Nina, Kongsi Resipi, My Group ; My Mini Choc Moist Cake kerap menerima tempahan. Boleh dikatakan setiap hari Nina akan membaking dan lagi dan lagi dan lagiiii ........ hehehee . . . .  Alhamdulillah .... dapat lah menambah pendapatan sampingan Nina. :)) Ini lah gambar terbaru My Mini Choc Moist Cake yang Nina upload untuk FB personal, Blog & Group. Sungguh tak sangka mendapat tempahan yg begitu menggalakkan.  My Mini Choc Moist Cake single - RM1.80 each Yang ini My Mini Choc Moist Cake 3in1  - RM5 (atas permintaan tempahan) Ada 25 biji dalam satu box  - RM42 (harga d...