Posts

Showing posts from November, 2011

Cuti-Cuti Malaysia - Gambang bersama Orange Cake

Image
As'salam buat semua ..... Lama sungguh Nina tak bersiaran. Rindu pula rasanya . Heheheee . . . ..  Kemana lah agaknya Nina menghilang ehhh ..... Bertapa agaknya, tekaan antara kawan-kawan Nina. Ada-ada ajerrr mereka kan ...?? Buat makluman semua, Nina sekeluarga pergi Holiday (dalam Malaysia ajerrr yang mampu) Cuti-Cuti Malaysia sempena cuti sekolah dan public holiday. Nina sekeluarga bercuti di Bukit Gambang Resort City & Water Park, Pahang. Stay kat Caribbean Suites. Dalam hotel apartment tuu ada 3bilik 2 bilik air. Walaupun sekadar dalam Malaysia dan serba sederhana, apa yang penting kami semua ENJOY dan FUN!!  Syukur Alhamdulillah . . . .. Jika di izinkan, Nina akan kembali lagi ~~~ Beberapa hari nie Nina agak sibuk dirumah, maklumlaaa baru balik dari bercuti. Selalunya selepas balik dari bercuti pasti Nina akan istiharkan satu hari "Laundry Day". Hahahaaa . . . . Ada-ada ajerrr Nina nie kan .... sampai hari mencuci pakaian pun nak istihar.  Hehehe . ...

Apa Itu COLIC ???

Image
Huwaaaaa ...... huwaaaaaa ......  Aaaaaaa....... huuuuuwaaaaaa ........ iskhhh iskh iskhhhhhh.... Baby nie asyik menangis ajer!! Kenapa lah agaknya. Dah puas dipujuk, ditepuk-tepuk malah dah pula di dodoi. Dah dimandikan semula, dah tukar pampers beberapa kali, dah juga tukar persalinannya ... kalau-kalau kain baju nya yang membuatkan baby tak selesa. Tak mau juga henti tangisannya. Tolong ... tolong ...... macammana nie????? buntu dibuatnya... Antara keluhan ibu-ibu muda bila baby meragam hingga boleh mengakibatkan terjadinya STRESS.  Gambar hiasan ini dari My. Google.... Jom kita tambah ilmu pengetahuan tentang "COLIC" Kembung Perut (COLIC) Apa itu kembung perut (Colic)? Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut: Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas. Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sek...

Nasi Lemak Emak Bersama Sambal Sotong Kering

Image
Good Morning !!  Salam ceria di hari minggu. Hujung minggu nie pasti ramai yang bersantai-santai bersama keluarga atau pun pasti ramai yang menghadiri majlis perkahwinan. Maklum lah, cuti sekolah dah bermula. Banyak jemputan yang perlu dihadiri. Termasuk laa Nina. Sejak dari minggu lepas, Sabtu & Ahad dah penuh jemputan walimatul urus. Wajib pergi tuuu jika tiada halangan. Weekend nie Nina ada majlis yang harus dihadiri. Insya'Allah, tiada halangan Nina dan keluarga pasti sampai.  Tahniah di ucapkan buat pengantin. Selamat mengharungi liku-liku masam manis alam berumahtangga....... Harunginya dengan tabah yea adik-adik. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran semua. Semestinya nasi lemak pilihan dihati semasa breakfast. Malahan, sekarang nie Nasi Lemak boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Tak kira pagi, tengah hari mahupun malam. Time supper pun ada...... paling sedap Nasi Lemak yang di alas daun pisang. Wangiiii ajer aroma nyer dan nampak sangat menyelerakan....

Info Tentang Cirit-Birit (Diarrhoea)

Image
Hari nie Nina nak berkongsi ilmu kesihatan iatu sakit cirit-birit (Diarrhoea). Jom kita tambah ilmu pengetahuan yang ada tentang sakit ini. Terutamanya buat ibubapa yang punya anak kecil. Jangan ambil mudah yea kerana tanpa rawatan yang sewajarnya boleh membawa maut terutama kepada kanak-kanak. gambar dari Mr.Google Cirit - Birit (Diarrhoea) Pengenalan Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain. Apakah Diarrhoea? Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa. Diarrhoea akut ā€“ terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu Diarrhoea teruk (kronik) ā€“ berterusan hingga lebih dua minggu. Apakah penyebab diarrhoea? Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berla...

Roti Goreng Pisang - Rangup !!

Image
Pisang Oh Pisang ..... !!  Alkisah ...... Tersebut lah kisah .... Disuatu petang yang nyaman, Aunty Nina ada beri Nina sebiji Pisang Tanduk.  Punya lah besarr ..... Sekadar perasaan Nina Pisang Tanduk tu besar atau sebenarnya Nina nie yang tak berapa kenal pisang... hehehe Apa ehhh nak buat ngan pisang nan sebiji nie ???? Kalau nak makan ngan anak-anak perlu di  kerat-kerat lak .... Yelah, Nina biasa beli pisang emas utk dibuat makan bersama keluarga. Nina pun saje-ajer lah bilang kat my Aunty, yang Pisang Tanduk nie lebih secawan dapat kalau dilenyek-lenyekkan. Dia pun tanya Nina nak buat apa lenyek-lenyekkan pisang tersebut. Nina bilang nak bikin cake. Tetiba Uncle Nina yang menjawab " Pisang Tanduk buat cake??? Selalunya orang buat goreng, pengat ajerrr. Buat cake tuu pisang lain laaa .... Nie mesti kes tak kenal pisang "    Oppssss ... !! kuang kuang kuang ~~~~~~~ (malu nyerrrr) hik hik hikkkk  Esoknya, apa ehh nak buat ngan Pisang Tand...

Ohhh My 1st Muffin = Orange Muffins!! senang rupanya buat Muffins. Hehehe . . .

Image
Alhamdulillah .... Akhirnya Nina buat Muffin.!!   Malu sebenarnya nak citer, bukan apa.... dah macam2 jenis cake Nina dah cuba, hanya muffin yang belum pernah terlintas nak cuba. Tak tahu laaa kenapa .... tak minat makan muffin kuttt .. Time muda mudi dulu , (ehh dah tua ker Nina - hahaha ......) pernah makan muffin kat Kenny Rogers tapi tak minat sangat dan tak terfikir nak makan lagi. Tak menepati citarasa Nina kuttt ~~~ Baru-baru nie, Eillya request nak makan muffin (mungkin dia ada makan kat sekolah kutt). Apalagi Nina pun godek-godek buku resepi lama Nina. Hah !! Ada punn resepi Muffin, tak perlulah Nina skodeng kat Mr.Google. Internet pula slow like snail ~~ huhuuu . . . Oooooo .... punya lah senang cara-cara membuat muffin. Tak perlu mixer, blender. Bukan apa, mixer Nina dok dalam kotak simpan kat dalam cabinet (atas pulak tuuu) sama lah ngan blender. Tu yang cik "M" sikit tuuu kalau nak buat cake. Maklum laaa rumah Nina nie kecik ajerr, pass tu segala benda tak m...

Cucur Jagung

Image
As'salam buat semua ... Pagi tadi Nina buat sarapan Cucur Jagung. Jom intai resepi nyerrr .... Cucur Jagung Bahan-bahan 3 cawan tepung gandum 1 cawan jagung / sebiji jagung (dihiris ambil biji jagung sahaja) 2 cawan susu segar 4 sudu besar gula  *** kalau suka manis tambah lagi yea 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam Cara-cara 1.  Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.  2.  Masukkan susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau berselang seli dengan jagung hingga adunan licin dan sebati. 3.  Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan. 4.  Angkat cucur dan hidangkan. 5.  Sedap dimakan panas-panas !! Selamat mencuba ....

Frankfuter Puff

Image
As'salam ..... Apa khabar sahabat .... Moga ceria-ceria hari nie hendaknya. Jika badan tu terasa lemah longlai disebabkan perasaan malas, sebaiknya segera lah tukarkan mind setting. Cergas kan diri !! Segera berdiri dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Buat beberapa kali beserta senaman ringan sedikit. Longgarkan segala skru-skru dalam badan tu supaya ready untuk bergerak. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga .... Semuanya bermula dari mind setting kita sendiri. Kita yang tentukan corak perjalanan kita seharian. so, jangan malas-malas yea . Orang yang malas selalu rugi. Betapa ruginya masa seharian kita jika masa dibuang begitu sahaja tanpa sebarang perkara yang berfaedah. Renung-renungkan dan selamat beramal !!  hehehe . . .  Walau macammana malas sekalipun perasaan tu bertapa dalam badan, sebagai seorang isteri dan ibu pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menghidang juadah buat keluarga tersayang. Bak kata lain, pasti akan sediakan menu yang paling ringkas, ...

Cucur Susu Lemak Manis

Image
Ehem ehemmm .....  tengah buat apa tuu ...??  Masih menghirup sup daging korban kerr ...  ehehehe ....   Agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha tapi Nina nak wish juga laaa ... Ada pesanan dari penaja ; ; ; ;  Jangan makan banyak sangat daging buat yang punya pakej penyakit. Cukup lah sekadar ala-kadar takut nanti membawa padah pada diri. Tambahan lagi, kalau daging yang punya banyak lemak tuuu .... Lemak memang lah sedap !! Tapi berpada-pada yea .... Lepas makan sup daging, jangan terus minum air sejuk lagi berais. Tak bagus untuk kesihatan !! Sebaiknya tunggu beberapa minit dan kemudian haruslah minum minuman panas. Bukan apa, buat yang ada pakej penyakit tu, takut nanti saluran darah terhenti. Bahaya!! Dah lewat malam baru Nina nak upload N3 sarapan pagi. Tak per laaa .... dunia blog nie  tanpa sempadan iyer tak? Bila-bila masa akan dibaca dan walau dimana juga berada.  Lagi pun Nina  sekadar nak berkongsi a...