Posts

Showing posts from March, 2012

Vanilla Muffin with Kismis

Image
As'salam dan selamat petang buat semua ... Esok cuti dan selamat berhujung-minggu. Jalan ke mana esok? Moga-moga hari cuti nanti dapat di manfaat bersama keluarga tercinta.... Ok laaa .... jap tadi Nina buat muffin tapi kali nie Nina letak kismis. Baik untuk otak dan minda ;))  Betul kannn, kan kannnn..?? Hehhe . . . Tak mau citer banyak lah hari nie, masa tak mengizinkan ...... Vanilla Muffins with Kismis Bahan A 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung) 1 cawan susu segar Bahan B 2 cawan tepung gandum 3 sudu kecil baking powder 3/4 cawan gula halus (kalau nak letak 1cawan pun ok) secubit garam Bahan C Kismis - Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit. Cara-caranya Panaskan oven pada suhu 180c Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk Buatkan lubang di tengah-tengahnya Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, (pukul satu persatu - kacau rata hingga sebati) . Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang...

Heavenly Carrot Cake

Image
Asā€™salam dan Salam Sejahtera buat teman-teman tersayang ā€¦ Pernah makan Carrot Cake tak? Eermmm ā€¦.. sedap tak? Atau biasa-biasa ajerr ā€¦ Tentu ada yang kata pernah dan Nina tahu pasti ramai yang kata Carrot Cake kat Secret Recipe  tu sedapppp. Betul lah tuuu ā€¦. Cuma  ā€¦ā€¦. Nina nak story mory sikit hari nie ... Sebelum-sebelum ini, Nina pernah makan Carrot Cake tapi semuanya biasa-biasa ajerā€¦ (tak termasuk yang Secret Recipe) Entah mengapa setelah Nina search kat Mr.Google dan ternampak resepi Carrot Cake Kak Jee, hati Nina meronta-ronta nak mencubanya.  Mau tak ā€¦ā€¦ CMG , Kak Azlita  pun dah mencubanya dan memuji-muji kesedapan resepi Carrot Cake Kak Jee, Aduhhhh ā€¦.. Lagi lah hati Nina tak keruan nak memulakan operasi. Jeng.. Jeng.. Jenggg ā€¦ā€¦ setelah kesemua bahan dah lengkap, Nina pun memulakan operasi dengan bantuan my girl ā€“ Eillya.  Tukang kacau, bukan kacau mengganggu tauā€¦ memang tolong kacau adunan. Hehhee . . .. Sebenarnya, Eillya nie suka ...

Sambal Sotong

Image
As'salam buat semua ... Sedang buat apa tuuu? Dah makan Lunch ker belum? Tentu dah makan kannn ... Yelah, dah jam berapa nie kan, dah nak masuk Tea Time. Makan apa tadi? Sedappp tak ... Eh eh .... banyak tanya lak Nina nie..  Hehehee . .. .  Walaupun ingin berdiet, makan Lunch jangan diabaikan yea. Bukan apa..  apabila kita sengaja biarkan perut kosong terlalu lama, sebenarnya kita telah mengundang nafsu untuk makan lebih banyak dari sepatutnya. Bila kita makan terlalu banyak, itu akan merosakkan diet kita. So rugi tau skip makan Lunch  tadi~~~~ Dan  keadaan lebih bertambah teruk kerana perut kita perlu kerja keras lebih dari biasa untuk memproses  penghadaman yang banyak tadi. Kesian kat perut kita kan .....  Kalau perut kita tak mampu menjalankan proses penghadaman yang lebih, maka ..... lemak-lemak yang ada terkumpul sebagai muzium. Lama kelamaan, pabila muzium semakin membesar wujud pula harta karun. Jika tiada siapa mampu jum...

Nasi Impit dan Kuah Kacang

Image
As'salam dan Salam Sejahtera ... Apa khabar semua hari nie? Moga-moga semua sihat walafiat dan dapat menjalankan segala urusan untuk hari ini dengan lancarnya. Amin .... Baru-baru nie Nina ada buat nasi impit yang dimakan bersama kuah kacang. Dah lama tak makan ...... Kalau nak tunggu time Raya lambat lagi ~~~~  So, Nina pun buat lah sikit untuk makan Nina sekeluarga. Puas Nina godek-godek kat Mr.Google untuk mencuba resepi Kuah Kacang, akhirnya Nina ambik keputusan untuk mencuba resepi kak DjDayang yang sebelum beliau pernah post kat fb nya.  Alhamdulillah ..... menepati citarasa Nina sekeluarga. Sedapppp kak ;) Kak DjDayang, Nina mohon copy paste resepi akak kat blog Nina dan sebagai rujukan Nina tuk masa depan yea ... Tq kak  Kuah Kacang  Rujukan : Kak DjDayang bahan-bahan 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar) 2 1/2 senduk cili giling  (Nina guna cili ready made ajer sama ngan kak DjDayang 'Cap Puteri') Gula melaka...

Puding Karamel Tanpa Telur Lagii ~~~~~

Image
As'salam dan Salam Sejahtera buat semua ... Dup dap dup dapppp .... berdebar-debar rasa hati ini kala memulakan entry untuk kali ini.  Al-maklum lahh .... setelah sekian lama Nina tak update entry.   Alhamdulillah syukur ..... Nina dapat memulakan kembali hobi Nina untuk berblogging bersama rakan-rakan yang tersayang semula. Sebelum nie ada masalah yang tidak dapat dielakkan sehingga dunia Nina  terasa kosong tanpa CoratCoret Nina . Tak terkata sedihnya bila Nina tak dapat berkongsi ilmu, resepi, minat Nina - snap snap picture terutama sekali picture masakan... Segala yang Nina ada untuk seharian berlalu begitu sahaja. Kecewa rasanya hati ini kerna tak dapat dilakarkan untuk rujukan Nina kemudian hari dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Rupa-rupanya, bila hati ini sedih teramat sangat sampai Nina boleh berpuisi lagi .... Sungguh tak sangka. Nak baca puisi Nina? Sudilah intai-intai dan berjiwang-jiwang jap kat  SINI yea .... Chewahhhh!! Terror tak Ni...

Happy Women's Day!

Image
As'salam dan salam sejahtera buat semua  .... Lama sungguh Nina tak bersiaran. Rindu yang amat jari jemari nie ..... tapi apakan daya .... Keadaan tidak mengizinkan.. Hari ini merupakan Hari Wanita Sedunia! Jom kita layani lirik-lirik dari lagu seorang penghibur wanita yang comel Sheila Majid berjudul WANITA Wajah selembut bayu Lenggang dan lenggokmu Keperibadian wanita Ayu Di dalam keayuan Ada kekuatan Engkaulah racun Kau penawar Insan Bagai dermaga di pelabuhan Diri gagah sendirian Hadapi gelora kehidupan Kau memberi Menerima Menempuhi segala dengan rela Tapi ada masanya Engkau api panas membakar Ada ketikanya Kau penawar bisa Kaum wanita ciptaan istemewa Suka duka berganti Rahsia tersembunyi di hati Tabahnya hatimu Beriman berilmu Wanita sumber ilham selalu Wanita adalah kaum yang teramat istimewa didalam dunia ini. Kita punya berbagai keistimewaan yang dikurniakan oleh NYA. Bak kata pepatah, "Tanga...