Posts

Showing posts from December, 2014

2014 Banjir terbesar di Malaysia. ... hibanya hati ini...

Image
As'salamualaikum dan salam sejahtera... Hujan masih tak henti mencurahkan airnya ke.bumi. Walaupun sekadar gerimis di Kuala Lumpur namun buat di kawasan pantai Timur banjir besar melanda. Sedihnya... Nina di sini mendoakan agar semua mangsa dalam lindungan yang ESA. Berilah mereka kekuatan dan ketabahan mengharunginya. Jauhilah mereka dari kesukaran. Permudahkan segala urusan mereka. Segerakan lah tamat musibah ini Ya Allah. Walaupun Nina sekadar membaca dan mendengar berita pun tak sanggup nak teruskan.... Apatah lagi yang menanggungnya di sana..... Buat para penyelamat -  bomba, polis, doktor dan semuanya....jasa u all meninggalkan Ibubapa, anak, suami mahupun isteri  dan orang tersayang sangat lah dihargai..... Moga mereka juga dipermudahkn segala urusan mereka. Besarnya pahala u all.... Ini gambar yang sempat MyGang snap beberapa hari lalu sewaktu Nina dan keluarga ziarah adek ipar Nina yg bekerja di Kem Batu 3, Temerloh Pahang. Gambar bawah pula Nina dpt da...

Happy Birthday to me! Hari ini 11th December 2014 genaplah usia Nina yang ke-.......

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Happy Birthday to me!  Hari ini 11 December 2014 genaplah usia Nina yang ke- ........ 37tahun? eh ehh.... 27tahun buleh?? hehee.... a'ahh.... dah pun berusia 37tahun :) Gambar masa Nina kecik tuu berumur sekitar 3-4tahun :) Sama tak hingga kini??  Syukur Alhamdulillah Nina masih bernafas, dipanjangkan umur dan masih dikurniakan kesihatan yang baik… Pepagi tadi Nina dah call Mama Nina. Terima kasih banyak Mama, telah melahirkan Along. Telah membesarkan Along dengan penuh kasih sayang dan dalam kesederhanaan. JasaMu tiada gantinya… Terima kasih mama! Dan tak lupa buat Abah! Sejak semalam, email penuh dengan birthday wish. Asal on bunyi tak henti beep beep~ Syukur Alhamdulillah..... Terima kasih juga buat rakan-rakan facebook yang ucapkan Hari Lahir beserta doa buat Nina kat wall Nina dan ramai tahun nie yang pm.  ** malu ehhh** hehee Anyway, Terima kasih diucapkan.. Tanda ingatan u all kat Nina dah cukup bermakna ...

Magic Filter? erkk~~ Apa tu..??

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Sapa pernah cuci Magic Filter. Bila? Berapa kali sebulan? Perlu ker? Kenapa? Huh?? Magic Filter. Apa tu? Tahu tak? Pernah dengar tak? Hah! Benda alah nie ada dalam semua washer machine. Cuma reka bentuknya berlainan antara jenama. Kalau tak pernah tengok, cer pegi kat u all punya washer machine dan peratikan kat dalam washer machine akan nampak benda alah ni kat dinding tab. Ada tak? Try tanggalkan dan bukak tengok…. Apa fungsinya? Magic filter ni ditugaskan untuk menapis segala kekotoran yang ada semasa washer machine bekerja. So? Apa masalahnya…… Kenapa perlu tengok dan kenapa perlu di usik dari tempatnya dan di cuci? Supaya proses pencucian kita lebih bersih bila penapisan kekotoran ini bersih!  Hari nie Nina nak story mory pasal Magic Filter. Kalau nak tahu, mostly setiap hari Jumaat Nina akan bukak Magic Filter yang ada dalam washer machine Nina kat rumah. Nina akan bersihkan, brush brush dan hilangkan segala kekotoran yang ada...

Alhamdulillah Syukur.... Baby Eilhan Mirza - anugerah Nina yang ke-4 dah pun setahun.....

Image
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera Tanggal 3/12 yang lalu genaplah anugerah Nina yang ke-4 EILHAN MIRZA berumur setahun! “Happy Bithday Eilhan” Terasa pantas masa berlalu. Tup-tup baby Eilhan dah pun setahun. Masih terbayang saat Nina nak melahirkan Eilhan tahun lalu. Cabaran yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.. Chewah! Nak tahu citer tak?? Boleh baca kat  SINI..... Teringat masa dalam pantang, Baby Eilhan so small dan hanya tahu minum susu ajer. Yelah, dah baby kan, memang lah tahu minum susu ajer. Takkan baby dalam pantang dah reti ngaji lak kan?? hahahaa..... Sekarang nie dah besar! Dah pandai merangkak, duduk, faham bila orang say “No” dan paling seronok dah pandai nak joint the group sama kakak dan abangnya.  Dia pun sama nak buzy sama bila semua kumpul dalam bilik buat homework.  Aduh …. Riuh kalau tak bagi joint.  Selain tu, bila part abahnya nak pegi keje sibuk nak ikut. Anak abah lah katakan…. Hhrrmm… semua pun gitu, rapat sama abahnya :) Alhamdu...

Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

Image
As'salamualaikum dan Salam Sejahtera Aduh ..... dah beberapa hari Nina tak berkesempatan nak update entry. Maaf sesangat buat yang ternanti-nanti story mory Nina yea. Ke'buzy'an yang amat sejak cuti sekolah nie. Rumah Nina  riuh dengan anak-anak dan syukur Alhamdulillah order untuk cake, dessert dan juga goodies door gift kenduri kendara perlu diselesaikan. So terpaksa lah Nina dahulukan apa yang penting dulu. Terharu lak ada yang email dan whatsapp bertanya khabar Nina.... Nina amat hargai keperihatinan anda.  Hari nie Nina update kan sikit story menu petang yang Nina prepare buat anak-anak.  Maaf sekali lagi, dah lewat petang baru done  nak update.  Asal petang ajer Nina jadi buntu nak sediakan menu minum petang buat anak-anak....  Kali nie Nina nak share roti telur. Tapi ..... roti telur kali nie akan lebih menarik minat anak-anak sebab ada cheese! Laju jer licinnya~ Kalau ada yang punya anak-anak yang kurang nak minum susu, boleh digant...