Posts

Showing posts from November, 2021

Jommm.. BRISK WALK senaman paling mudah untuk sihat

Image
 BRISK WALK SENAMAN PALING MUDAH Brisk Walk pepagi tadi Punya lah terik ari ni Rasa dah takde nya der sun kissed tapi dah tahap kena rawat sunburn ! Naya. HAhaaa Masa balik muka memasing merah padam. Its ok, cahaya matahari pagi sebelum 10 pagi bagus sebab adanya khasiat  Vitamin D. PERCUMA jer! Nikmat dari Allah, Alhamdulillah.. Rugi sapa dok berkurung pepagi Apa itu brisk walk ? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat. Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos. Jalan-jalan je.. Jalan laju ya bukan jalan macam pi window shopping tu tau! Kelebihan BRISK WALK Senaman paling mudah riadah bersama keluarga eratkan kasih sayang. Vitaman D cahaya matahari bagus untuk tingkatkan tahap kesihatan. Tidak dinafikan! Boleh dikatakan ni laa aktiviti kitaorang pepagi selepas Geng...