Kuey Teow Goreng
A'salamualaikum dan salam sejahtera ... Doa Ramadan: Hari Kedua Belas "Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut." Amin... Hampir 2 minggu kita berpuasa. Betapa pantas masa berlalu jangan lah dibiarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik yang ada haruslah dimanfaatkan dengan segala kebaikkan dalam diri dan jauhilah segala keburukkan dan kemungkaran. Setiap insan telah tertulis oleh DIA dengan liku-liku corak perjalanan hidup mereka yang tersendiri. Semuanya ada ceritera yang tersendiri dan penuh dengan kenangan terindah masing-masing. Namun pastinya setiap insan itu pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. Ianya datang dari kealpaan kita sendiri. Tiada insan didunia ini sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Dengan kesil...